Archive for March, 2008

Perbezaan Muffin Dan Cupcake

Written by sofieyya on Mar 30th, 2008 | Filed under: Biskut/Muffin/Kek, Tip & Trick Recipes

Mufin dan kek cawan (cupcake) sentiasa menjadi kegemaran kanak-kanak dan juga orang dewasa terutama apabila dihias dengan aising di atasnya.Ia terdapat dalam pelbagai perisa dan boleh dinikmati secara individu dan tidak perlu dipotong. Muffin dan kek cawan mempunyai perbezaan yang ketara walaupun sekali imbas ia nampak seakan-akan sama. Perbezaan yang ketara ialah dari segi rupa bentuk dimana mufin mempunyai puncak yang tinggi manakala kek cawan cuma gelembung sedikit di bahagian atas. Ini untuk memudahkan ia dihias dengan pelbagai aising.

Mufin selalunya menggunakan cawan kertas yang tinggi agar memudahkan puncaknya terbentuk dengan elok. Manakala kek cawan lebih kecil dan diisi dalam cawan kertas yang lebih rendah.Mufin mempunyai dua kaedah membuatnya iaitu kaedah mufin (tekstur kek lebih kenyal seperti roti) dan kaedah mengkerim dimana tekstur kek lebih halus dan lembut seperti kek. Mufin selalunya tidak dihias dengan aising kerana puncaknya yang tinggi menyukarkan ia diletakkan aising.

Kek cawan pula adalah kek kecil yang boleh mengunakan pelbagai kek asas seperti kek mentega atau kek span. Ia juga boleh dipelbagaikan perisanya seperti oren, coklat, strawberi, kopi dan sebagainya.Disamping itu kek cawan boleh dihias dengan pelbagai aising seperti aising krim mentega dan aising coklat.

source… http://resipinoraini.blogspot.com/

Bookmark and Share

Tod Man Plaa

Written by sofieyya on Mar 30th, 2008 | Filed under: *Aneka Masakan Thai*

Tod Man Plaa

Bahan2:-

900 gm isi ikan putih dilenyek
100 gm kacang panjang dipotong kecil
40 gm daun limau purut dihiris halus
40 gm daun selasih manis thai di hiris halus
75 gm pes kari merah Thai ( boleh dibeli di pasaraya)
1 sudu teh sos soya cair
1 sudu teh gula kabung
1 sudu teh sos ikan (fish sauce)
2 putih telur

Cara
Campurkan isi ikan dengan pes kari merah thai dan gaul hingga rata.
Masukkan putih telur, gula, 1/2 sudu kecil sos soya dan sos ikan. Gaul hingga rata. Jika tidak terlalu masin masukkan lebihan sos soya dan sos ikan.
Masuk kan daun yang telah dihiris.
Ambil sedikit adunan dan leperkan. Goreng dalam minyak panas hingga perang.

Bookmark and Share

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.