APABILA HAID TIDAK DATANG

APABILA HAID TIDAK DATANG ……sumber (http://www.hamidarshat.com/content/view/131/138/)

Pusingan haid yang teratur sangat penting bagi setiap wanita. Kedatangannya adalah satu lambing kewanitaan dan kesuburan. Apabila pusingannya terganggu, beberapa masalah mungkin timbul dan menggangu ciri kewanitaan.

Gangguan ini boleh menjadi insiden yang menggembirakan khususnya bagi wanita yang sudah berumahtangga dan sedang berusaha mendapatkan anak. Bagi mereka yang tidak bercadang dan tidak mahu hamil pula, gangguan haid itu amatlan mencemaskan.

Tegasnya, tidak datang haid adalah tanda awal kehamilan. Walaupun demikian, ia mungkin juga satu petanda bagi beberapa jenis penyakit lain khususnya penyakit kanser pada anggota peranakan.

Wanita yang menyusukan anak atau sedang menghampiri waktu putus haid mungkin juga mengalami gangguan haid ini. Kedatangannya juga boleh dihentikan dengan sengaja untuk tujuan tertentu seperti mengerjakan ibadat haji atau umrah ataupun untuk tujuan rawatan sesuatu jenis penyakit.

Tanda Kehamilan

Kehamilan adalah punca utama kelambatan atau tidak datang haid bagi wanita berkahwin yang tidak mengamalkan sebarang kaedah mencegah hamil. Seelok-eloknya, berita ini disambut dengan rasa gembira khususnya bagi mereka yang sedang berusaha kuat untuk mendapatkan cahaya mata.

Berita seperti ini memang dinanti-nantikan oleh pasangan yang kurang subur atau mandul dan yang sedang menjalani rawatan untuk meningkatkan kesuburan mereka. Alangkah hampanya jika pada hujung bulan darah haidnya turun semula.

Tidak semua gangguan haid ini menandakan kehamilan kerana ada kalanya wanita yang terlalu ingin dan ghairah untuk hamil tertipu dengan kelambatan haid walaupun sebenarnya dia tidak hamil.

Ini adalah disebabkan oleh pengaruh psikologi atau kejiwaan kerana wanita itu terlalu sangat berkehendakkan kehamilan.

Keadaan itu mempunyai pengaruh pada sistem kawalan hormonnya sehingga haid yang sepatutnya datang pada bulan tersebut terhenti dengan sendiri.Kelambatan ini tidak menandakan kehamilan. Ia hanyalah menandakan satu gangguan dalam kawalan hormon yang berpunca daripada pengaruh jiwa.

Oleh yang demikian, apabila haid terlewat dalam masa dua minggu, dia perlulah menjalani ujian kehamilan seperti ujian air kencing ataupun ujian ultrasound. Tujuannya ialah untuk memastikan apakah kelambatan itu benar-benar berpunca daripada kehamilan, sebelum dia dapat berasa gembira dan yakin dengan kelewatan itu.

Wanita yang belum bersedia untuk hamil pula, sebaik-baiknya janganlah mengambil tindakan melulu untuk memaksa haid keluar apabila terlambat beberapa hari. Saya kerap kali menemui wanita yang datang ke klinik untuk mendapatkan nasihat setelah mereka memakan pucuk betik, putik nanas, jamu, ubat singse atau ubat moden dengan harapan usaha ini boleh memaksa haid turun semula setelah beberapa hari terlambat.

Ramai wanita salah faham dengan memikirkan jika haid terlambat boleh dipaksa keluar dengan mendapatkan suntikan doktor. Sebenarnya, jika kehamilan berlaku, segala usaha sama ada secara tradisi ataupun perubatan moden tidak akan berjaya memaksa haid keluar, malah usaha itu boleh menimbulkan bahaya besar terhadap kandungan jika kehamilan kekal.

Ada kemungkinan kandungan boleh menjadi cacat; cacat anggota, pancaindera atau kecerdasan otak. Usaha dan perubatan seperti ini patutlah dijauhi sama sekali.

Tanda Penyakit

Secara purata, seorang gadis mula datang haid dalam lingkungan umur 12 hingga 13 tahun. Ada juga yang mengalami masalah haid lambat datang. Satu pertanyaan yang selalu dikemukan, sehingga umur berapakah, perkara ini boleh dibiarkan dan bila nasihat dan pemeriksaan doktor diperlukan?

Menurut pandangan saya, seorang gadis yang berumur 18 tahun dan belum lagi datang haid perlu mendapat pemeriksaan dan ujian yang sewajarnya untuk menentukan punca masalah ini.

Mungkin ini perkara biasa yang digelar delayed menarche iaitu kelewatan datang haid yang normal. Apa yang membimbangkan kita, munkin hal ini satu tanda penyakit seperti ketumbuhan dalam otak, khususnya di kilang pituitari yang mengawal edaran hormon.

Hormon inilah yang bertanggungjawab terhadap pusingan haid. Mungkin juga kelewatan itu berpunca daripada masalah pada kilang ovari ataupun rahim yang tidak tumbuh dengan sempurna.

Masalah itu hanya boleh dipastikan setelah gadis itu menjalani beberapa jenis pemeriksaan termasuklah ujian darah dan kadangkala ujian yang memerlukan satu pembedahan kecil seperti laparoskopi.

Saya pernah menemui beberapa kes seperti ini di klinik saya. Gadis yang terbabit mengalami masalah kilang ovari atau rahimnya tidak tumbuh.

Kadangkala keadaan ini boleh juga disebabkan oleh ketiadaan saluran faraj. Kilang ovari atau rahim yang tidak tumbuh dengan sempurna tidak dapat diberi rawatan dengan memuaskan. Walaupun mereka boleh berkahwin dan mengadakan hubungan kelamin, biasanya tidak boleh hamil. Tegasnya dia akan terus mandul.

Ada juga gadis yang lambat datang haid disebabkan oleh kehilangan deria bau. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh sesuatu masalah yang timbul pada pusat bauan dalam otaknya dan seterusnya melibatkan atau mempengaruhi kawalan haid.

Selaput dara yang terus tertutup juga boleh menyebabkan seseorang gadis itu lambat datang haid kadang-kadang sehingga berusia 18 tahun. Gadis yang mengalami masalah ini, selalunya berasa sakit setiap kali datang haid dan ada kalanya pula dia terasa semacam ada satu ketumbuhan atau bonggol pada bahagian bawah perutnya.

Jika keadaan in berlarutan kemungkinan gadis berkenaan juga atau mengalami masalah tidak boleh buang air kecil kerana takungan darah dalam kemaluan telah menghimpit saluran perkencingan.

Gadis ini sebenarnya mengalami haid setiap bulan tetapi semua darah kotor berkumpul atau bertakung dalam saluran faraj oleh kerana selaput daranya tertutup. Doktor akan membuat satu pembedahan dan ini tidak memberi kesan buruk kepada kesuburan dan kejelitaannya. Hubungan kelamin juga tidak terjejas apabila dia berkahwin kelak.

Pusingan Haid Terganggu

Satu lagi masalah yang mungkin dialami oleh wanita ialah gangguan pada pusingan haidnya. Pusingan haid yang dulunya teratur, kini datang sekali dalam tiga bulan atau enam bulan atau mungkin tidak datang langsung selama setahun atau lebih.

Keadaan yang digelar secondary amenorrhea ini munkin disebabkan oleh kejadian tumpah darah ketika seseorang wanita itu bersalin atau ketika dia keguguran. Tumpah darah ini berlaku dengan amat banyaknya sehingga menimbulkan masalah kejutan atau shock dan ini boleh merosakkan kilang hormon pituitary. Akibatnya haid tidak berlaku dan ini boleh mengganggu kesuburan seseorang wanita.

Ketumbuhan Dalam Kilang Pituitari

Jika wanita tersebut tidak mengalami masalah tumpah darah, gangguan haid munkin disebabkan oleh ketumbuhan dalam kilang pituitary, khususnya ketumbuhan yang mengeluarkan sejenis hormon prolaktin. Biasanya, bagi wanita yang mengalami masalah seperti ini, buah dadanya akan mengeluarkan air susu. Air susu kadang-kadang keluar dengan sendirinya, dan dalam kebanyakan kes ia perlu dikeluarkan dengan memicit puting buah dadanya sama ada dilakukannya sendiri ataupun boleh doktor yang memeriksa.

Apabila diuji darahnya untuk menyukat hormon prolaktin, didapati hormon ini melambung tinggi. Dalam hal demikian, penting baginya menjalani pemeriksaan X-ray pada kilang pituitary dalam otaknya.

Sebahagian besar wanita yang saya rawati tidak mengalami sebarang ketumbuhan, hanya setakat kilang pituitarinya mengeluarkan hormon yang berlebihan menyebabkan haidnya tidak datang dan buah dadanya mengeluarkan susu.

Biasanya wanita ini mengalami masalah tidak subur atau mandul. Ketumbuhan di kilang ini juga boleh menekan urat saraf penglihatan menyebabkan daya penghilatannya terganggu. Wanita tersebut selalunya saya berikan ubat khusus iaitu ubat Bromocryptin sehingga pusingan haidnya pulih semula atau sehingga dia hamil. Jika ada ketumbuhan pada kilang pituitary, ia menjadi kecut dan pulih sediakala.

Penyakit Pada Sistem Hormon

Ketiadaan haid juga boleh disebabkan oleh beberapa jenis penyakit yang ada kaitan dengan system hormon. Antara masalah atau penyakit ini, melibatkan kilang tiriod di leher atau kilang adrenal yang terletak berdekatan dengan buah pinggang. Penyakit ini boleh menimbulkan masalah tidak datang haid.

Pil Pencegah Hamil

Wanita yang menggunakan pil pencegah hamil kadangkala mengalami masalah ini, tetapi bilangan mereka adalah tersangat kecil. Keadaan ini boleh dipulihkan apabila pengambilan pil kontraseptif dihentikan dan seterusnya wanita tersebut diberi rawatan ubat penyubur.

Terlalu Gemuk

Wanita terlalu gemuk juga mengalami masalah kelambatan atau ketiadaan haid. Kegemukan akan mengganggu pertimbangan hormon dan seterusnya mengganggu kawalan haid. Saya ingin menasihatkan wanita yang gemuk supaya mengurangkan berat badan dan bagi mereka yang belum menjadi gemuk pula, jagalah timbang berat supaya tidak mengalami masalah ini.

Masalah Kejiwaan

Wanita yang mengalami masalah kejiwaan seperti kesedihan, penyakit jiwa seperti psikosis atau wanita yang sedang dalam rawatan ubat tenang fikiran, boleh juga mengalami masalah kelambatan atau tidak datang haid.

Tekanan fizikal

Bukan sahaja tekanan mental boleh mengganggu kedatangan haid, malah tekanan fizikal seperti seseorang wanita yang bekerja kuat, berpindah tempat kerja, berpindah rumah atau terpaksa bertungkus lumus bekerja dengan menggunakan tenaga fizikalnya boleh mengalami masalah kelambatan atau tidak datang haid.

Rawatan Penyakit Kanser

Wanita yang menjalani rawatan secara pancaran radiation atau radioterapi oleh sebab penyakit kanser pangkal rahim, juga akan mengalami masalah tidak datang haid. Wanita ini mengalami apa yang digelar keadaan putus haid lebih awal atau premature menopause.

Ini disebabkan oleh bahang radiation yang membunuh sel dan tisu pada kilang ovari selain daripada membunuh sel dan tisu kanser pada pangkal rahim.

Pembedahan Hysterectomy

Wanita yang telah menjalani pembedahan hysterectomy untuk membuang rahimnya, juga tidak akan mengalami keluaran haid. Dalam hal demikian, darah haid tidak terjadi langsung. Ini tidak membahayakan seperti anggapan kebanyakan wanita yang kononnya darah kotor bertakung dalam badan serta menimbulkan pelbagai jenis penyakit di kemudian hari.

Wanita Yang Menyusukan Anak

Penyusuan ibu juga boleh menyebabkan seseorang wanita tidak datang haid. Ini disebabkan oleh paras hormon prolaktin yang bertanggungjawab bagi pengeluaran susu meningkat dan seterusnya mengganggu kawalan hormon yang menjaga pusingan haid.

Tempoh waktu bagi wanita yang tidak datang haid oleh sebab penyusuan, bergantung kepada beberapa factor. Ada sesetengahnya langusng tidak datang haid selama dua tahun sepanjang masa dia menyusukan anaknya. Ada juga yang tidak datang haid tiga bulan sahaja, sesetengahnya datang haid tetapi tidak tentu masanya dan ada pula yang haidnya datang setiap bulan.

Akhir kata, setiap wanita yang mengalami satu kelainan dalam pusingan haidnya, patutlah segera mendapatkan nasihat serta pemeriksaan doktor pakar sebelum mengambil tindakan bersendirian. Jika wanita ini mengandung dan mengambil tindakan melulu, ini mungkin membahayakan kandungannya. Pemeriksaan juga penting untuk mengesan penyakit yang saya nyatakan tadi. Semoga panduan ini memberi manfaat kepada pembaca budiman.

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs

26 Comments so far »

  1. by kak e, on February 27 2008 @ 1:34 pm

     

    salam… satu artikel yang baik…

    Terima Kasih kak e..mudahan memberi manfaat kpd yg lain lawati website yg di source tu,,untuk info lain2.

  2. by nuriz, on March 1 2008 @ 3:44 am

     

    <p><p>salam..artikel mcm nilah yg sy cari..slps kelahiran ank 1st,6 yrs tak period..dokt test,hormon prolaktin too high..1 1/2 mkn ubat utk period lastnya pregnant(syukur)..skrg anak br nak msk 2yrs(16/3/08),tak period pun lagi..hai pening..nak gi test hormon..dah rasa fed up..mahal plk tu..ada tak sesape alami problem yg sama??</p></p>
    <p>salam perkenalan nuriz,sy pernah membaca satu artikel ttng ini…harap dpt membantu..

    “>

  3. by suryn, on March 4 2008 @ 10:50 am

     

    saya mempunyai masalah berkaitan kitaran haid.saya belum berkahwin.sebelum ini kitaran haid saya teratur dan kosisten megikut tarikh.tetapi sejak 3 bulan lepas,saya mengalami kitran haid yang lambat dan sedikit.tapi pada bulan lepas,saya tidak datang haid langsung.apakah puncanya?

    cuba jumpa gynea….sy tk sure sngt..mengikut pembacaan sllunya ada tekanan (stress) pun boleh jd camnie..so,lebih baik berjumpa doktor..ok

  4. by era, on March 15 2008 @ 9:36 am

     

    saya juga baru mengalami masalah haid tidak teratur ni, 2 bulan lepas sy tidak dtg period, mungkin disebabkan tekanan kerja..tp yang pasti ianya amat menganggu sy..ada aper2 sugestion tak…anak first dah 3 thn lbh, plan utk second baby pulak, but now prob with period cycle…anyone can help?? thanks a lot kepada sofieya yang menyediakan artikel nie, ianya amat berguna…

    ramai yg PM saya..dan mengalami problem yg sama..sy rasa cuba jumpa gynea itu yg terbaik..sbb perkara mcm nie..mmg ada sejenis penyakit..tp sy sendiri tk pasti bahaya atau tidak..tp bg women mesti nop normalkan? so, baik check doktor..sy juga mengalami masaalah yg sama..tp bila berada diperantauan nie lg ler ssh…sbb tu sy kongsi artikel ini..

    so,saper yg ada masaalah yg sama dan selesai boleh ler PM atau tinggalkan komen.

  5. by celia, on March 16 2008 @ 10:48 pm

     

    salam..sy nak bertanya pd yg arif tg hl ni..myb juge leh bg pdgn pd pyakit yg sy alami…sy hanye akan period setahon skali..sejak dr 1st baligh usia 13tahon hinggalah sy umo 22..hnye lebih kurang 10kali shj sy period sampi ari ni..doc kata tu mslh hormon tak subur..tp sy kerap alami sakit di bwh perot,saket tulang belakang,saket pd pinggang,tulang2 sy lmh..sy pun tak taw knp sy saket pd tulang,myb ad kaitan pd period sy..em sedihnyer..

    ok ,rupanya ramai yg punya masaalah cmnie yer..apa kata jumpa gynea..sy pun pelik jg..rata2 kata adalah hormon..,try cuba ker hospital pakar untuk rujukan dan keterangan yg lebih detail.

  6. by vA, on March 24 2008 @ 4:44 am

     

    Salam kenal untuk semua..
    Saya gadis berumur 20 tahun. Saya mempunyai masalah tentang haid. Saya sudah 4 bulan belum haid. Sebelumnya saya pernah lancar dan kadang tidak lancar juga. Setelah saya periksa ke dokter kandungan dan di USG. Rahim saya normal dan baik-baik saja. Kata dokter hormon saya terganggu. Saya mau bertanya, mengapa saya bisa terlambat haid? apa hubungannya dengan hormon? apa pola makan berpengaruh?

    salam kenalan jg, oleh sebab sis dah berjumpa doktor, dan sprt di dalam artikal 2 sblm nie..masalaah yg berlaku mmg mengenai hormon..so, maybe sis boleh berjumpa dengan beberapa orng doktor lain untuk mdpt panduan dengan jelas..sy cuma menydiakan artikal sj..or ada saper2 disini boleh membantu,dan berpengalamn dengan problem sebegini boleh jer teruskan tinggalkan komen.

  7. by Lyana, on March 29 2008 @ 2:12 pm

     

    <p>salam.baru-baru ni sy didatangi haid. permasalahannya, darah yang keluar tidak selancar seperti kebiasaan. Sepanjang tempoh tersebut (7 hari), aliran haid saya hanya sedikit (seperti hari-hari terakhir). Apakah punca permasalahan ini berlaku? Adakah ini sesuatu yang normal?</p>

    for me..problem nie biasa juga berlaku pd setengah2 wanita….maybe masaalah biasa sj..tp klu berlarutan kena jumpa Dr.

    ok sy apporved problem u ini mudahan ada saper2 yg sudi membantu..untuk pengetahuan artikel ini untuk rujukan..sekiranya ada permasaalahan serius boleh rujuk gynea atau link dr sakit puan dr Hamid Arsyad…ok thnk Q sudi melawat website ini.

  8. by bunga, on April 8 2008 @ 1:33 pm

     

    saye sbenarnye sudah lame x dtg haid selama lebih kurang 3 bulan…tp saye x pnah melakukan hubungan seks…sye risau jugak bile sudah lame tidak datnag haid….sye x berani britau pade mak sye sbb sye segan dan x berani nk berjumpe dgn doktor…takot2 ade pape masalah ….

    apa yg nk ditakutnya jumpa doktor..kalau tk der hubungan sex, ok jer..mana yg lebih takut klu dah sakit pastu lebih parah atau segan ..Setiap masaalah itu dapt diselesaikan sebelum lebih parah.

    tp kekadang masaalah haid tk dtng bebulan2 nie, puncanya bukan permasaalahan besar sngt kecuali klu kita terus berdiam..itu saja kot dpt sy kongsi.

  9. by wondering girl, on April 19 2008 @ 6:15 pm

     

    ..salam….
    Ramai teman2 sy yg pernah tidak datang haid hampir tiga bulan…adakah ianya disebabkan kehamilan???
    sy mempunyai seorang teman lelaki dan memang kami agak rapat dan kami pernah bercium….walau bagaimanapun kami tidak pernah melakukan sesuatu yang melebihi batas..dan sekarang sudah hampir 2 bulan sy tidak datang haid…adakah su hamil??? Sy sendiri blum bersedia untuk hamil…adakah hanya dengan bercium dan berpelukan boleh menyebabkan kehamilan??????

  10. by juwita, on April 22 2008 @ 1:35 am

     

    sy ada terbaca artikel tentang masalah ini di website lain…boleh sy tahu adakah kesan seseorang wanita yang beronani juga boleh menyebabkan lmbt datang haid?
    adakah beronani boleh mendatangkan kehamilan?

  11. by mellisa, on April 26 2008 @ 5:05 pm

     

    Assalamualaikum… dah 2 buan ini saya mengalami masalah. Saya cuma datang bulan selama 2 hari sahja… kenapa kah ini boleh berlaku? saya amat takut, jika saya di jangkiti apa apa penyakit…

  12. by Azreen, on May 21 2008 @ 2:43 am

     

    Terima kasih atas artikel yang bagus ini…saya juga mengalami ganguan haid selepas melahirkan anak..mungkin disebabkan penyusuan badan..apa pun artikel ini sangat menarik…dapat memberi info yang baik pada wanita khususnya.

  13. by FASHA, on May 23 2008 @ 2:52 am

     

    assalamualaikum..
    sy ada teman lelaki b4 ni tp sdh putuss..
    sy tdk dtg haid slama 3 bln..
    ttp sy pnh mbuat pregnant test yg d beli d farmasi,tp hasil nya negatif..
    ada ka sy ada msalah hormon?atau sdg hamil?

  14. by aishah, on May 26 2008 @ 1:47 am

     

    saya sudah berkahwin dan sudah mendapat seorang cahaya mata,masalah saya ialah selepas bersalin lambat datang haid,setiap kali lambat saya akan menbeli pregnant test,tapi tiada tanda2 bahawa saya hamil. saya sudah lama ingin menimang cahaya mata lagi.setiap kali lambat saya akan sakit dibawah ari2 apa harus saya buat?

  15. by Miss Lee, on May 27 2008 @ 1:43 am

     

    hi,
    sy juga mengalami masalah kelewatan period. almost 2 months sy tak period. fizikal sy rendah (151cm) n agak gemuk (67kg).
    baru2 ini teman lelaki menggeselkan penisnya di luar vagina sy but tidak mengeluarkan sperm.
    is it possible for me to get pregnant?
    sy juga kerap masturbation, adakah ini menyebabkan kelewatan period sy?

  16. by Gadis gelisah, on June 17 2008 @ 4:40 pm

     

    Saya terlewat dtg buln 6ari dakah syg hamil.Syg cek urine test pas 2 negetive p smpai skrg pun lum mensus..Saya hnya bgesel kmaluan syg dgn bf saya tpi dia bogel sya pakai kain n sluar dlm apakah syg hamil

  17. by as, on September 12 2008 @ 7:56 am

     

    salam..
    Saya gadis berusia 21 tahun dan belum berkahwin. Saya berbadan besar dan mempunyai ketinggian yang rendah. Masalah saya haid saya tidak menentu. kadang-kadang turun, kadang-kadang tidak. tapi bila haid saya turun, banyak sangat sampai sebulan. pernah sekali, masa saya berusia 12 tahun, haid saya turun macam orang keguguran anak. Apa punca berlaku sedemikian? Boleh tak akak terangkan kepada saya?
    Terima Kasih.

  18. by oni, on September 13 2008 @ 2:43 pm

     

    salam,,,
    saya ingin tahu jika seminggu setelah persertubuhan jika kedatangan haid adakah ini bermakne yang kita tidak hamil lagi?

  19. by nurul, on September 15 2008 @ 12:38 am

     

    salam semua….emm…artikel kat atas 2 mmg sgt membantu…sy bersalin 4 bln yg lalu..b/feeed baby tp campur gak ngan susu formula bile g keje…sy blum dtg period sejak abis pantang aritu..dah bersama…ishh tkt gak klu2 tpregnant…cdg 2day nak check…hehehe!thanx everyone..

  20. by ema, on September 16 2008 @ 8:59 am

     

    saya nak tanya sikit…..

    —apakah yang perlu dilakukan oleh seorang gadis jikalau gadis tersebut tidak datang haid selama 2 tahun berturut-turut..? adakah dia mengalami kanser ovari..?

  21. by bella, on September 17 2008 @ 2:02 am

     

    salam..saya mempunyai masalah kedatangan haid..
    sudah 2 month haid tidak turun2..kerisauan membelenggu diri..adakah perlu saya berjumpa dengan doktor or tunggu lagi sekiranya haid akan turun nanti..tolonglah saya..:(

  22. by ekka, on October 9 2008 @ 7:19 am

     

    salam….
    saya 21 tahun…
    baru berkawin pada awal bulan 2 tahun ini…
    dan saya gugur pada bulan 5..kandungan saya waktu itu 2 bulan setangah…
    last priod saya pada 28 bulan 8 hingga 1 hari bulan..selepas itu priod saye tak dtg2.hingga kini..pd 30/8/08 saye telah buat urin test utk mengetahui keputusan sama ada saya hamil atau tidak…tapi jawapan nye negatif..(tidak hamil).saye sgt bimbang pasal pekare ini…

  23. by diela, on October 21 2008 @ 5:59 am

     

    askum….sy berusia 25thn..sudah brapa tahun period sy tak subur..kadang²tak datang langsung,kadang²sebulan 1 @ 2 hari jer darah turun..tapi mememg jarang period..apa masalah sy..tolong sy..

  24. by Leyha, on October 31 2008 @ 5:26 am

     

    Assalamualaikum…Akak terima kasih buka ruangan ni..Saya nak tau..apa beza tumpah darah dengan darah nifas selepas bersalin tu.. Ok, goodluck..terima kasih.

  25. by Leyha, on October 31 2008 @ 5:31 am

     

    saya nak tau lagi ni..darah nifas saya berhenti pada hari ke 55 slps bersalin.. Selepas itu pada hari ke 64 saya datang haid..tapi ia melebihi 15 hari. Saya nak pastikan betulkah itu haid atau darah istihadah berikutan selepas turun darah nifas.

  26. by fauzahm, on November 20 2008 @ 7:47 am

     

    Sy sudah hampir 2 tahun mendirikan rumahtangga dan sgt berharap utk menimang cahaya mata. Tetapi, masalah yg sy alami (ibarat kata gynea) adalah PCOS dan ia berkaitan dgn hormon. Jika search term PCOS kat Google, boleh lihat explaination ttg penyakit ini. Sy runsing kerana tidak tahu apa yg perlu dilakukan. Gynea kata, sy tidak perlu risau krn penyakit ini berkaitan hormon maka ada ubatnya. Jika mahu menimang cahaya mata, agak sukar sedikit, tapi tidak mustahil katanya. Hmm entah la. Sejak kali pertama sy dtg haid, kitaran mmg tak menentu. Selalunya, kena mkn ubat yg diberi doctor, baru boleh. Diharap ada sesiapa yg tahu bagaimana hendak solve masalah ini. Terima kasih.

Comment RSS · TrackBack URI

Leave a comment

Name: (Required)

eMail: (Required)

Website:

Comment:

 

About Author

RECIPES,dan ARTICEL disini kebanyakan adalah personal E-Files untuk disimpan, di pelajari dan di cuba sendiri. (Belajar Memasak Files, ini untuk personal use only). Jika teman- teman yang kebetulan melihat website ini, dipersilakan,untuk belajar bersama- sama. Jika ada teman teman yang kebetulan resepinya ada diposting bersama di sini, kami mengucapkan ribuan terima kasih dimana, telah meng-post dan memcuba resepi tersebut sehingga resepi/masakan anda dapat di view oleh public di website ini . Dan ada pula yang ingin mancuba, berkongsi kelazatan masakan anda. Sekali lagi terima kasih diatas pengkongsian resipi dari anda. **Jika ada untuk dikongsi bersama DIPERSILAKAN....dan sebarang copy paste disini ......kredit to website...HARAP MAKLUM*