Source by http://resipinoraini.blogspot.com/

Semasa saya mengadakan kursus kek lapis, ada juga peserta yang bertanya kepada saya bagaimana nak memulakan perniagaan kek atau biskut secara kecil-kecilan dari rumah? Saya rasa ini satu soalan yang baik kerana antara matlamat saya menulis buku, menganjurkan kursus dan mewujudkan blog ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai orang Melayu kita menceburkan diri dalam perniagaan ini. Maklumlah rata-rata kita lihat,kedai kek dimana-mana bandarpun dimonopoli oleh satu kaum saja. Belum tentu apa yang dijual itu Halal. Sebagai umat Islam, persoalan halal haram adalah sangat penting. Jadi marilah kita bersama-sama melaksanakan Jihad Ekonomi.

Apa yang akan saya paparkan disini adalah dari pengalaman saya berniaga kecil-kecilan selama 10 tahun sejak saya meletakkan jawatan sebagai wartawan majalah. Saya mengambil tempahan kek dan biskut raya. Pernah tempahan biskut raya saya mencapai 35,000 biji sedangkan saya tiada pekerja, hanya bantuan ahli keluarga.Lain orang lain pengalamannya. Harap dapat dijadikan panduan sebagai batu loncatan untuk mengorak langkah menjadi usahawan berjaya. Insyaallah.

1. Dapatkan ilmu

Sebelum memulakan sesuatu, kita hendaklah mendapatkan ilmu tentang bidang yang ingin kita ceburi. Jika anda berminat menjalankan perniagaan kek , belajarlah dari orang yang berpengalaman atau institusi yang berkaitan. Banyak tempat dimana anda boleh belajar membuat kek. Saya sendiri walaupun telah mengikuti pelbagai kursus, tetapi masih lagi berminat untuk belajar. Pendekata, proses pembelajaran jangan terhenti walaupun kita sudah pandai membuat kek. Mungkin ada idea-idea baru yang belum kita pelajari. Memanglah memerlukan wang, tetapi ilmu yang dipelajari akan mendatangkan lebih wang kepada kita.Ada seorang rakan saya yang sanggup mengeluarkan RM1000 untuk belajar membuat roti selama 1 hari dari seorang pakar. Pelaburannya tidak sia-sia kerana beliau kini mengusahakan perniagaan roti dari bengkel belakang rumahnya.

2. Mempraktikkan ilmu
Selepas kita mendapat ilmu, sekarang praktikkan apa yang dipelajari. Ada sesetengah orang, selepas belajar, terus notanya disimpan dalam almari. Jadi ilmu itu menjadi sia-sia.Cuba buat resipi yang dipelajari. Mungkin cubaan pertama kurang menjadi. Jangan cepat berputus asa, cuba lagi hingga anda berpuas hati dengan kek yang anda hasilkan. Bila kita hendak mula menjual, pastikan mutu kek itu memuaskan. Samada dari segi rupabentuk mahupun rasanya. Alkisah pengalaman kawan saya yang membeli kek lapis sarawak dari seorang penjual .Harganya satu biji RM90.00.Tengok dari gambar memang cantik.Apabila melihat kek yang dihantar, masyaallah tak menjadi seperti dalam gambar. Pelanggan tidak berpuashati dengan si penjual,mengutuk lagi di belakang. Jadi ini satu promosi yang tidak baik. Pastikan pelangan anda berpuashati dengan barangan yang dijual. Promosi mulut ke mulut adalah sangat berkesan.

3. Promosi

Untuk permulaan, promosi anda berkisar pada orang-orang disekeliling anda. Anda hendaklah bermulut manis (hatipun mesti baik) kepada jiran-jiran, rakan-rakan dan saudara-mara.Jangan lokek untuk menghadiahkan sebiji kek kepada jiran yang membuat kenduri atau membawa beberapa biji kek pulang ke kampung semasa hari raya. Pendekata anda hendaklah menjadi orang yang pemurah dengan memberi kek percuma kepada orang-orang di sekeliling anda. Jika sedap, pasti mereka akan membuat tempahan. Tentang harga, kek anda hendaklah lebih murah dari kek orang lain atau dikedai. Maklumlah harga kawan-kawan. Tetapi pastikan masih ada untung. Untuk promosi juga, anda boleh mencetak flyers yang menyatakan perniagaan anda dan hantar ke rumah-rumah di kawasan kejiranan anda.Jika ada internet,anda boleh membuat blog sendiri untuk mengiklankan produk anda.

4. Menjaga Pelanggan

Setelah anda mendapat tempahan, berusahalah memenuhi tempahan tersebut. Misalnya jika pelanggan hendak kek 2 kilo, sedangkan anda tiada tin yang besar,berusahalah mencarinya. Jika pelanggan hendak esok, berusahalah membuatnya.Kepercayaan pelanggan sangat penting. Jika mereka sudah percaya kepada anda , tempahan akan bertalu-talu datang.

5. Sikap yang Positif

Jangan mengharapkan kejayaan datang sekelip mata. Kejayaan tidak akan datang tanpa kerja keras yang tidak pernah kenal erti jemu. Memanglah penat, tetapi fikirkan tentang matlamat kita untuk berjaya dalam bidang ini.Fikirkan apa yang kita buat itu adalah semata-mata kerana jihad kita kepada Allah SWT dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Insyaallah, semangat itu tidak akan pudar.

6. Peralatan yang cukup

Walaupun perniagaan itu secara kecil-kecilan, peralatan sangat penting bagi mendapat produk yang bagus. Sekurang-kurangnya anda perlu ada ketuhar dan pengadun (mixer) yang bagus.Pembungkusan juga penting bagi menunjukkan kepda pelanggan bahawa anda serius dalam perniagaan ini.Jika berniaga biskut, isikan dalam bekas yang bersesuaian dan letakkan label perniagaan anda.

7. Mendaftarkan perniagaan

Setelah anda yakin dengan potensi perniagaan ini, anda boleh mendaftarkan perniagaan anda dengan pendaftar perniagaan. Kemudian bolehlah mengikuti kursus-kursus keusahawanan anjuran MARA dan agensi-agensi yang lain. Seterusnya anda boleh membuat pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda.

Kesimpulan, kejayaan tidak akan dikecapi dalam masa yang singkat. Anda perlu bersabar menghadapi sebarang masalah dan jangan cepat berputus asa. Tingkatkan ilmu dari segi produk atau pengurusan perniagaan seperti membuat akaun dan sebagainya. Salah satu kelemahan usahawan kita ialah cepat sangat berpuas hati dan tidak mahu menambahkan ilmu sedangkan ilmu dalam apa bidangpun sentiasa berkembang. Oleh itu, berusahalah untuk mencapai apa yang anda impikan. Tidak mustahil, impian akan menjadi kenyataan.

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs

12 Comments so far »

  1. by mushroomcute@maria, on July 4 2008 @ 6:20 pm

     

    Assalamualaikum. Kak, saya dan bbrp org kekawan, berhajat nak buat bisnes kecil2an muffin atau apam yg kiut-miut tu. Untuk permulaan, mungkin pasarannya hanya di pejabat dan sekitar. Boleh tak akak bg tunjuk ajar sebab kami ni mmg blur habis pasal ni. Semangat berkobar2. hehehhee. Nak tahu pasal peralatan2 yg perlu. Oven/microwave tu boleh tak? Sumenya mmg tak der lg. Nak kena beli. Untuk promotion kami nak wat sample dan bg kawan2 try, pastu nak wat flyer dan nak wat blog. Sila beri tunjuk ajar eekk kak. Thanks….

  2. by Lini, on July 8 2008 @ 7:16 am

     

    Waaa,,,,nasihat yg sgt berguna, Mulakan ia dgn satu matlamat!!!pasti kita berjaya.Saya jugak mengorak langkah ke arah itu.

  3. by mushroomcute@maria, on July 10 2008 @ 11:54 am

     

    Lini..Thanks. Insyaallah. Wat tambah semangat yg berkobar ni…Heheheheh

  4. by Ayu, on July 23 2008 @ 3:01 am

     

    Assalammualaikum,…..Kak,
    Disini saya ingin akak memberi pendapat,idea dan pengalaman akak semasa memulakan perniagaan.Saya sebenarnya masih tercari-cari perniagaan seperti mana yg saya mahukan.Saya ingin lebih kpd perniagaan makanan saya memang berminat kearah itu.Skrg ni saya bekerja mkn gaji,tapi sebenarnya hati saya sentiasa berkorbar2 dan berhasrat utk membuka perniagaan makanan.Saya memerlukan cadangan akak dan TOLONGla bantu saya krn minat saya amat mendlm dlm perniagaan ini,ini krn saya sememangnya tiada minat bekerja di office.Dari saya baca (Bagaimana Memulakan Perniagaan Kecil-2lan)hati saya mula tertarik dengan perniagaan kek dan biskut

  5. by kassim, on September 3 2008 @ 12:28 am

     

    assalamualaikum kak,isteri bau sahaja berhenti dari berkerja setelah mendirikan rumah tangga, jadi apakah odea yang paling bagus umtuk di memulakan perniagaan.untuk bantuan modal tidak menjadi masalah…masalahnya ialah idea,walaupun baru-baru ini ada juga dia memberitahu saya ingin membuka kedai donat…tetapi saya tidak beberapa nampak pretasi perniagaan itu.. tolong bagi padangan kak..tq

    sofieyya:-
    waalakiummussalam..en.kassim..thnk Q sudi ker website sofieyya..mengenai idea tu, sy sendiri pun bukan ler pakar sngt..idea2 dan info tu dari sumber link di atas..elok rasanya en. kassim refer kt link tu..InsyaAllah puan noraini boleh membantu kot..sbb dia sendiri seorang chef terkenal..
    apa2 pun bg pandangan sy..eloklah en.kassim dan wife cari beberapa info or serve yg bnyk untuk apa2 perniagaan sekali pun, sbb skrang kenaiKAN harga brng yg melambung tinggi..itu yg perlu diambil kira..apa2pun jng terus mengalah sbb, ada jer kedai baru buka dan tumbuh..so, strategik perniagaan yg penting..
    GOOK LUCK…

  6. by kassim, on September 4 2008 @ 2:37 am

     

    Tq………puan sofieyya..tetapi memang saya juga berminat berniaga tetapi x tau tahu…apakah perniagaan yang berpontensi sekarang..ikut cara halal lah:)..tetapi selepas berumah tanggan nie..kesian kat isteri ada gak, ye lah lepas dia berhenti keje bank K.l balik ke kampung…nak cari keje payah jugak….yelah macam saya bagitau semalam lah… isteri ada gak mengeluh nak keje…tetapi payah sekarang jawatan kosong kat bank area sini penuh lak….pe2 hal tengah cari idea nak berniaga lah sekarang???????????????. yang ada potensi.

    SOFIEYYA:-

    ok en.kassim ,sama2,..sy faham masaalah en.kassim ..situasi skrng bila sudah bekrga smmgnya tidak mencukupi klu seorng jer bekerja….sprtmana sy skrng walaupun berada OBC ( cairo)..sy ttp jg bekerja..walaupun sekadar mengikut hubby bljar…tambahan bljer di sini (Egypt)..tkder tajaan mana2..so, hubby sendiri mencari inisiantif dng bljar beljar secara online…dan sy jg kekdang jerumus sama dalan bizz online..dan skrng tumpu sikit2 secara offline sekadar mencari publisiti..so,alhamdulilah walaupun tk bnyk..tp sy enjoy dn gembira dengan membuat kerja kesukaan sy…
    So, sekiranya wife en.kassim boleh berinternet..apakata cuba berniaga secara online..rajin berforum dari situ kita dpt bertukar2 idea dan brng jualan untuk di jual….HARAP MEMBANTU.

    Sofieyya cairo,
    http://smshotcafe.com/v1

  7. by kassim, on September 8 2008 @ 4:40 am

     

    ttttttttq-reply

  8. by kassim, on September 8 2008 @ 4:45 am

     

    untuk permulaan saya rasa puan, nak berniagaan semperna bulan ramadhan nie nak jual kerepek dekat bazar ramadhan……..o.k gak kan…

    ok jugak tu kerepek maruku..sambil2 tu cuba cari pes2 segera mcm mee bandung muar or sewaktu denganyalah…cari yg bumiputera yg dijamin…skrng semua orng klu boleh nk readymade jer..tambahan time raya2 nie..orng dtng sumbat dlm periuk jer pastu hidang..tul dak en.kassim..tp sy dak ler..kikikikik…sbb kt sini mana nk cari.

    semoga berjaya..berjaya jng lupa belanja sy secawan kopi… : )

  9. by aes, on September 29 2008 @ 3:25 am

     

    wife sy pun skang wat biz kek dr rumah. Semalam baru hantar 10 choc. cake dn 5 biji choc rice cake. Kira2 dlm 1 minggu ada le 5 bijik. Leh le dpt duit skt bukan wife ada wat apa2 kat umah.

    Tahun depan nak start biz kerepek pisang plk. Pisang sendiri…..masyuk le.

  10. by Halina, on October 12 2008 @ 1:26 pm

     

    Assalamualaikum…… Saya sememangnya ingin memulakan perniagaan membuat krepek jejari ikan bilis , kerepek gunting , kerepek bawang , kuih bawang dan sebagai nya. Jadi saya ingin bertanya apakah potensi dlm pasaran? Adakah ianya menguntungkan ? Memandangkan saya ini hanyalah sorg h/wife jadi saya takut apa yg saya buat x mendtgkan hasil. Selain itu saya juga x mendapat sokongan drpd suami sbb dia takut semuanya x berhasil. Tolong lah akak saya amat berminat utk berniaga selain utk mencari pendapatan sampingan demi ank2 yg semakin membesar.

  11. by aisyah, on October 15 2008 @ 4:50 am

     

    salam…kak saya baru memulakan bisnes kecil-kecilan… dlm 3 bulan yg lepas saya berniaga nasi lemak, ramai yg suka…dan jualan saya pun makin meningkat…tapi dlm masa yg sama saya berminat nak buat bisnes jual kek di rumah dan kalau boleh ada laman web sendiri. saya baru nak belajar…tapi saya sgt berminat…sebenarnya minat saya bertambah bila setiap kerje yang saya buat suami juga akan sibuk membantu di dapur…apa cara atau step yg perlu utk seseorang memulakan perniagaan… boleh kongsikan dgn saya???

  12. by sofieyya, on November 11 2008 @ 6:47 pm

     

    terima kasih di atas kunjungan anda semua dn menjdikan website ini teman untuk rujukan ..sy sendiri masih beljar dlm selok belok berniaga..InsyaAllah tips2 lain tu boleh kawan2 lihat di LINK INI [url]=http://alkiram.net/salam/2006/11/10/cara-meletak-harga-jualan/[/url]..sebgai rujukan tambahan.

    semoga berjaya..

Comment RSS · TrackBack URI

Leave a comment

Name: (Required)

eMail: (Required)

Website:

Comment:

 

About Author

RECIPES,dan ARTICEL disini kebanyakan adalah personal E-Files untuk disimpan, di pelajari dan di cuba sendiri. (Belajar Memasak Files, ini untuk personal use only). Jika teman- teman yang kebetulan melihat website ini, dipersilakan,untuk belajar bersama- sama. Jika ada teman teman yang kebetulan resepinya ada diposting bersama di sini, kami mengucapkan ribuan terima kasih dimana, telah meng-post dan memcuba resepi tersebut sehingga resepi/masakan anda dapat di view oleh public di website ini . Dan ada pula yang ingin mancuba, berkongsi kelazatan masakan anda. Sekali lagi terima kasih diatas pengkongsian resipi dari anda. **Jika ada untuk dikongsi bersama DIPERSILAKAN....dan sebarang copy paste disini ......kredit to website...HARAP MAKLUM*