Archives for January, 2008
Posted on 2008 under Uncategorized |
21
Jan

TUMPI - sumber bibik Painin/pic by long cari.com.my
16 oz tepung beras (1 paket)
21/2 cawan air sejuk
1 bijik telur ayam
1tbsp air kapur
abt 8oz santan
sedikit garam
bahan2 ditumbuk halus :-
1sdb jintan manis
1sdk jintan putih
1sdb ketumbar
abt 1 cup kacang dhal di rendam air 4 - 5 jam - kemudian toskan airnya
ikan bilis yg dibelah 2 - basuh dan toskan airnya
minyak - utk deep frying
1-panaskan minyak didlm kuali
2-campurkan kesemua bahan2 diatas kecuali kacang dhal dan ikan bilis - bancuh hinga sebati.
3-ambil beberapa senduk batter..masukkan dlm mangkuk kecil kemudian campurkan dhall dan ikanbilis….sendukkan sedikit dan siram pelan2 batter dilereng kuali..nanti batter ni akan melorot kedalam minyak panas….dan timbul ..balik2an ‘tumpi’ ni sehingga masak..angkat dan toskan minyak..
TIPS LAIN CARA MENGGORENG TUMPI dr rrozie17
# rrozie17 .. sy pernah buat guna 2 pan, satu myk buh mcm nk goreng telur, satu lagi guna myk byk,
pas tu, myk dh panas.. buh 1 senduk batter kt dlm pan yg myk skit tu,golekkan pan mcm wat lempeng tu, pas tu angkat, sambung goreng kt myk byk, 2-2 pans skali guna dlm 1 masa.
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih
Source by http://resipinoraini.blogspot.com/
Semasa saya mengadakan kursus kek lapis, ada juga peserta yang bertanya kepada saya bagaimana nak memulakan perniagaan kek atau biskut secara kecil-kecilan dari rumah? Saya rasa ini satu soalan yang baik kerana antara matlamat saya menulis buku, menganjurkan kursus dan mewujudkan blog ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai orang Melayu kita menceburkan diri dalam perniagaan ini. Maklumlah rata-rata kita lihat,kedai kek dimana-mana bandarpun dimonopoli oleh satu kaum saja. Belum tentu apa yang dijual itu Halal. Sebagai umat Islam, persoalan halal haram adalah sangat penting. Jadi marilah kita bersama-sama melaksanakan Jihad Ekonomi.
Apa yang akan saya paparkan disini adalah dari pengalaman saya berniaga kecil-kecilan selama 10 tahun sejak saya meletakkan jawatan sebagai wartawan majalah. Saya mengambil tempahan kek dan biskut raya. Pernah tempahan biskut raya saya mencapai 35,000 biji sedangkan saya tiada pekerja, hanya bantuan ahli keluarga.Lain orang lain pengalamannya. Harap dapat dijadikan panduan sebagai batu loncatan untuk mengorak langkah menjadi usahawan berjaya. Insyaallah.
1. Dapatkan ilmu
Sebelum memulakan sesuatu, kita hendaklah mendapatkan ilmu tentang bidang yang ingin kita ceburi. Jika anda berminat menjalankan perniagaan kek , belajarlah dari orang yang berpengalaman atau institusi yang berkaitan. Banyak tempat dimana anda boleh belajar membuat kek. Saya sendiri walaupun telah mengikuti pelbagai kursus, tetapi masih lagi berminat untuk belajar. Pendekata, proses pembelajaran jangan terhenti walaupun kita sudah pandai membuat kek. Mungkin ada idea-idea baru yang belum kita pelajari. Memanglah memerlukan wang, tetapi ilmu yang dipelajari akan mendatangkan lebih wang kepada kita.Ada seorang rakan saya yang sanggup mengeluarkan RM1000 untuk belajar membuat roti selama 1 hari dari seorang pakar. Pelaburannya tidak sia-sia kerana beliau kini mengusahakan perniagaan roti dari bengkel belakang rumahnya.
2. Mempraktikkan ilmu
Selepas kita mendapat ilmu, sekarang praktikkan apa yang dipelajari. Ada sesetengah orang, selepas belajar, terus notanya disimpan dalam almari. Jadi ilmu itu menjadi sia-sia.Cuba buat resipi yang dipelajari. Mungkin cubaan pertama kurang menjadi. Jangan cepat berputus asa, cuba lagi hingga anda berpuas hati dengan kek yang anda hasilkan. Bila kita hendak mula menjual, pastikan mutu kek itu memuaskan. Samada dari segi rupabentuk mahupun rasanya. Alkisah pengalaman kawan saya yang membeli kek lapis sarawak dari seorang penjual .Harganya satu biji RM90.00.Tengok dari gambar memang cantik.Apabila melihat kek yang dihantar, masyaallah tak menjadi seperti dalam gambar. Pelanggan tidak berpuashati dengan si penjual,mengutuk lagi di belakang. Jadi ini satu promosi yang tidak baik. Pastikan pelangan anda berpuashati dengan barangan yang dijual. Promosi mulut ke mulut adalah sangat berkesan.
3. Promosi
Untuk permulaan, promosi anda berkisar pada orang-orang disekeliling anda. Anda hendaklah bermulut manis (hatipun mesti baik) kepada jiran-jiran, rakan-rakan dan saudara-mara.Jangan lokek untuk menghadiahkan sebiji kek kepada jiran yang membuat kenduri atau membawa beberapa biji kek pulang ke kampung semasa hari raya. Pendekata anda hendaklah menjadi orang yang pemurah dengan memberi kek percuma kepada orang-orang di sekeliling anda. Jika sedap, pasti mereka akan membuat tempahan. Tentang harga, kek anda hendaklah lebih murah dari kek orang lain atau dikedai. Maklumlah harga kawan-kawan. Tetapi pastikan masih ada untung. Untuk promosi juga, anda boleh mencetak flyers yang menyatakan perniagaan anda dan hantar ke rumah-rumah di kawasan kejiranan anda.Jika ada internet,anda boleh membuat blog sendiri untuk mengiklankan produk anda.
4. Menjaga Pelanggan
Setelah anda mendapat tempahan, berusahalah memenuhi tempahan tersebut. Misalnya jika pelanggan hendak kek 2 kilo, sedangkan anda tiada tin yang besar,berusahalah mencarinya. Jika pelanggan hendak esok, berusahalah membuatnya.Kepercayaan pelanggan sangat penting. Jika mereka sudah percaya kepada anda , tempahan akan bertalu-talu datang.
5. Sikap yang Positif
Jangan mengharapkan kejayaan datang sekelip mata. Kejayaan tidak akan datang tanpa kerja keras yang tidak pernah kenal erti jemu. Memanglah penat, tetapi fikirkan tentang matlamat kita untuk berjaya dalam bidang ini.Fikirkan apa yang kita buat itu adalah semata-mata kerana jihad kita kepada Allah SWT dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Insyaallah, semangat itu tidak akan pudar.
6. Peralatan yang cukup
Walaupun perniagaan itu secara kecil-kecilan, peralatan sangat penting bagi mendapat produk yang bagus. Sekurang-kurangnya anda perlu ada ketuhar dan pengadun (mixer) yang bagus.Pembungkusan juga penting bagi menunjukkan kepda pelanggan bahawa anda serius dalam perniagaan ini.Jika berniaga biskut, isikan dalam bekas yang bersesuaian dan letakkan label perniagaan anda.
7. Mendaftarkan perniagaan
Setelah anda yakin dengan potensi perniagaan ini, anda boleh mendaftarkan perniagaan anda dengan pendaftar perniagaan. Kemudian bolehlah mengikuti kursus-kursus keusahawanan anjuran MARA dan agensi-agensi yang lain. Seterusnya anda boleh membuat pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda.
Kesimpulan, kejayaan tidak akan dikecapi dalam masa yang singkat. Anda perlu bersabar menghadapi sebarang masalah dan jangan cepat berputus asa. Tingkatkan ilmu dari segi produk atau pengurusan perniagaan seperti membuat akaun dan sebagainya. Salah satu kelemahan usahawan kita ialah cepat sangat berpuas hati dan tidak mahu menambahkan ilmu sedangkan ilmu dalam apa bidangpun sentiasa berkembang. Oleh itu, berusahalah untuk mencapai apa yang anda impikan. Tidak mustahil, impian akan menjadi kenyataan.
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih
Posted on 2008 under Tip & Trick Recipes |
5
Jan
Cara Memotong Kek & Menyalut Kek
Sebelum kita memulakan kerja menyalut kek samada disalut dengan aising krim mentega, krim segar atau coklat, kita hendaklah menyediakan keknya terlebih dahulu. Biasanya kek yang digunakan ialah kek span. Anda juga boleh menggunakan kek mentega atau lain-lain jenis kek. Kek tersebut hendaklah betul-betul sejuk supaya ia mudah dipotong. Seelok-eloknya biarkan semalaman agar ia lembap.Berikut adalah langkah-langkahnya.
1. Alaskan meja dengan kertas suratkhabar agar habuk kek tidak bersepah.
2. Letakkan kek atas papan kek yang bersesuaian saiznya iaitu 2 inci lebih besar dari saiz kek.Contohnya jika kek bersaiz 8 inci, papannya bersaiz 10 inci.
3. Gunakan pisau panjang yang bergerigi (serrated knife)dan potong bahagian bawah sekali sebanyak 1 lapisan. Potong lagi dua lapisan menjadikan 3 lapisan.
4. Bersihkan kek dari habuk-habuk kek.
5. Sekarang bolehlah disapukan inti kek (filling) pada setiap lapisan.
6. Salutkan kek anda dengan krim yang disukai.
7. Hiaskan mengikut citarasa anda.
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih
Posted on 2008 under *Cake* |
5
Jan

Source by http://resipinoraini.blogspot.com/
Bahan-bahan :
250 gm mentega
250 gm tepung kek
220 gm gula kastor
4 biji telur A
secubit garam
1 sudu teh serbuk penaik
sedikit pewarna merah
1 sudu teh esen vanila
50 ml air susu
Cara Membuatnya :
1. Pukul mentega , gula, garam dan esen vanila hingga putih dan berkerim.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayak dengan serbuk penaik, sedikit-sedikit dan berselang-seli dengan air susu. Gaul sebati adunan tersebut.
4. Sediakan tin pembakar bulat bersaiz 8 x 8 inci. Griskan dan lapik kertas serap minyak.
5. Tuangkan 2/3 adunan ke dalam tin dan 1/3 lagi diwarnakan merah.
6. Tompokkan adunan merah atas adunan warna asal.Ambil pisau atau lidi dan lorekkan agar warna merah merata.
7. Taburkan dengan badam keping jika suka.
8. Bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah celcius.
Tip:
Mentega, gula, garam dan esen vanila hendaklah dipukul hingga ringan dan putih pada kelajuan maksima selama 7 - 10 minit supaya kek menjadi ringan dan gebu.
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih
Selamat tahun baru 2008 diucapkan kepada semua. Hari ini nak ceritalah sedikit pasal panduan-panduan membuat kek. Ramai antara kita yang minat membuat kek tetapi ada yang tidak ambil kisah tentang beberapa perkara penting sebelum membuatnya. Jadi marilah kita dapatkan informasi tentang panduan membuat kek.
1. Baca resipi dengan teliti untuk mendapatkan maklumat tentang cara memasak samada membakar atau mengukus, juga untuk mengetahui kaedah yang digunakan.
2. Sediakan barang-barang yang diperlukan samada bahan-bahan atau peralatan. Susunkan diatas meja.
3. Timbang bahan-bahan mengikut resipi.Jangan terlebih atau terkurang. Dapatkan bahan-bahan yang segar dan masih belum tamat tempoh.
4. Peralatan seperti pengadun(mixer), mangkuk adunan, pengaut, senduk dan lain-lain hendaklah dalam keadaan yang bersih.
5. Sediakan tin pembakar yang bersesuaian saiz seperti dinyatakan dalam resipi. Griskan dan lapik dengan kertas serap minyak. Tin untuk membuat kek span dan kek sifon tidak perlu digriskan.
6. Ketuhar (oven) hendaklah dibersihkan dari habuk atau tumpahan minyak.Panaskan ia ke suhu 180 darjah celcius selama 15 minit sebelum memasukkan kek.
7. Mentega atau krim keju hendaklah dikeluarkan dari peti sejuk 1/2 jam sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah dipukul. Telur juga dikeluarkan agar ia bersuhu bilik.
8. Setelah memasukkan kek ke dalam ketuhar, setkan masa yang diperlukan untuk membakar. Jika kek mentega masa selalunya 1 jam, kek buah mengambil masa 1 1/2 jam dan kek span 45 minit sahaja.
9. Untuk membuat kek lapis, perlukan api atas dan bawah (grill). Gunakan ketuhar yang bersesuaian. Masa membakar juga singkat iaitu 7 -10 minit bergantung kepada jenis ketuhar.
10. Jangan buka pintu ketuhar 30 minit pertama kerana kek belum set. Haba yang keluar akan menyebabkan kek bantat. Selepas 45 minit anda boleh buka untuk menukar kedudukan kek.
11. Jangan masukkan terlalu banyak kek dalam satu ketuhar. Ini akan menyebabkan kekurangan haba dan kek akan jadi bantat.
12.Untuk menguji kek masak, cucuk bahagian tengah kek dengan lidi. Jika tiada melekit, ia sudah masak. Jika masih melekit. bakar untuk 10 minit lagi.
13. Tanda mudah kek telah masak ialah warnanya kekuningan, baunya harum dan ia lekang dari sisi tin pembakar.
14. Apabila kek telah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan ia sejuk dalam tinnya selama 30 minit sebelum dikeluarkan. Untuk kek span dan kek sifon, telangkupkan tin setelah dikeluarkan dari ketuhar. Ini untuk mencegah kek mendap. Selepas 10 minit, pusingkan kek kedudukan asal dan keluarkan kek dengan mengikis sisinya dengan pisau.
15. Kek boleh dihidangkan apabila sejuk. Untuk menyimpannya, balutkan dengan kertas aluminium atau pembalut plastik. Masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk.Kek biasa tahan satu minggu sementara kek lapis pula tahan 1 bulan.
Source By http://resipinoraini.blogspot.com/
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Mufin dan kek cawan (cupcake) sentiasa menjadi kegemaran kanak-kanak dan juga orang dewasa terutama apabila dihias dengan aising di atasnya.Ia terdapat dalam pelbagai perisa dan boleh dinikmati secara individu dan tidak perlu dipotong. Muffin dan kek cawan mempunyai perbezaan yang ketara walaupun sekali imbas ia nampak seakan-akan sama. Perbezaan yang ketara ialah dari segi rupa bentuk dimana mufin mempunyai puncak yang tinggi manakala kek cawan cuma gelembung sedikit di bahagian atas. Ini untuk memudahkan ia dihias dengan pelbagai aising.

Mufin selalunya menggunakan cawan kertas yang tinggi agar memudahkan puncaknya terbentuk dengan elok. Manakala kek cawan lebih kecil dan diisi dalam cawan kertas yang lebih rendah.Mufin mempunyai dua kaedah membuatnya iaitu kaedah mufin (tekstur kek lebih kenyal seperti roti) dan kaedah mengkerim dimana tekstur kek lebih halus dan lembut seperti kek. Mufin selalunya tidak dihias dengan aising kerana puncaknya yang tinggi menyukarkan ia diletakkan aising.
Kek cawan pula adalah kek kecil yang boleh mengunakan pelbagai kek asas seperti kek mentega atau kek span. Ia juga boleh dipelbagaikan perisanya seperti oren, coklat, strawberi, kopi dan sebagainya.Disamping itu kek cawan boleh dihias dengan pelbagai aising seperti aising krim mentega dan aising coklat.
source… http://resipinoraini.blogspot.com/
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih
Posted on 2008 under *Cake* |
2
Jan
Kek Black Forest memang menjadi kesukaan ramai orang. Kek yang disaluti krim segar ini sangat enak dimakan sejuk dan menjadi pencuci mulut yang popular. Apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek ini?
Bahan-bahan :
1 biji kek span coklat 8 inci
10 biji ceri marashino (bertangkai)
1 mangkuk kecil inti blueberi
200 gm coklat masakan
1 liter Whipping Cream For Topping
sedikit beberas coklat untuk hiasan
papan kek bersaiz 10 inci
Cara Membuatnya :
1. Letakkan kek span atas papan kek.
2. Ambil pisau bergerigi dan belahkan 3 bahagian.
3. Putar ‘whipping cream’ hingga kembang dan gebu.
4. Ambil sedikit krim dan sapukan pada setiap lapisan.
5. Sapukan krim menyaluti seluruh kek.
6. Taburkan beberas coklat pada tepi kek. Buat corak rosette atas kek.
7. Hiaskan dengan ceri dan coklat diparut.
Nota : Anda boleh letak coklat hiris atau inti blueberi atas kek.


Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih
Posted on 2008 under *Cake* |
2
Jan
Kek span adalah antara kek yang paling mudah dibuat. Bahan-bahan yang digunakan pula tidaklah banyak. Kek span adalah sejenis kek lembut yang sesuai dimakan begitu sahaja ataupun menjadi kek asas untuk pelbagai jenis kek lain seperti kek lapis kastad, kek harijadi, kek keju dan lain-lain lagi.
Bahan-bahan :
125 gm gula kastor
10 gm ovalette
4 biji telur
120 gm tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik
40 gm air
60 gm mentega cair/minyak masak
1 sudu teh esen vanila
Cara Membuatnya :
1. Satukan gula, ovalette,telur , tepung kek dan serbuk penaik dalam mangkuk pengadun dan pukul kelajuan maksima selama 5 minit hingga kembang.(Guna mixer Kenwood Chef)
2. Satukan air dan esen vanila dan pukul lagi hingga kembang dan gebu selama 5 minit.
3. Masukkan minyak atau mentega dan gaul sebati.
4. Sediakan acuan bulat 8 inci . Lapik kertas serap minyak .(Tak perlu digriskan)
5. Tuangkan adunan dan bakar 45 minit pada suhu 180 darjah celcius.
6. Keluarkan dari ketuhar dan telangkupkan atas redai selama 10 minit agar permukaannya tidak mendap.
7. Terbalikkan semula kepada asal. Leretkan pisau sekeliling bekas kek dan keluarkan kek.Sejukkan.
Source by http://resipinoraini.blogspot.com/


Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih
Posted on 2008 under Uncategorized |
1
Jan

Cotton Soft Japanese Cheesecake (sumber alma dr myresipi) pic syazwaniadnan
Bahan-bahan ( 8-inci )
Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
1/4 sdk tartar krim (cream of tartar) atau 3/4 sdk jus lemon
Cara-cara
Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati.
Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama tartar krim, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih
Posted on 2008 under Uncategorized |
1
Jan

KEK KEJU BERLAPIS by-(cikna99)
Bahan A:
250 gm cream cheese Phillidelphia
1/2 tin susu krimer manis
Bahan B:
2 sb milo
1 sb susu krimer manis
200 ml air panas
Bahan2 lain:
Biskut marie secukupnya (tepulang nak letak byk mane..)
1/4 cwn nestum
1/4 cwn Nestle ’star’ cereal yg telah dikisar
Topping:
100 gm Cadbury chocolate milk
50 gm baking chocolate/cooking chocolate
1/4 cwn susu cair (kecairan mengikut citarasa, bole diubah)
50 gm butter (skit je pun bole)
1/4 cwn Nestle ’star’ cereal yg ditumbuk kasar ( cereal masuk dlm plastik n tumbuk ngan lesung….
)
Caranya:
1. Mula2 sapu butter pd tepi n dasar loyang. Alas plastik n letak dasar loyang sb cikna guna loyang yg dasarnya ble tolak keatas.
2. Putar gebu kedua bahan A dlm satu bekas. Masukkan dlm piping beg. Letak tepi.
3. Kacau rata bahan B. Celup biskut dgn bahan B n letak pada dasar loyang/acuan. Atur ikut citarasa. Pastu tabur campuran nestum + ’star’ cereal yg dkisar. Renjis skit air dr bahan B. Pastu pipekan bahan A (cheese + susu) td. Agak2 ble tutup lapisan biskut…
4. Ulangi langkah 3 sehingga habis. Sejukkan semalaman.
5. Toppingnya plak…. Masukkan 2 jenis cokelat tu dlm bekas, panaskan secara double boiled. Kacau2….Bila cair, masuk butter n susu cair. Angkat n biar sejuk jap.
6. Keluarkan kek dr peti sejuk. Pastu tolak dasar loyang kek dr bwh ke atas, angkat kek n letak atas dulang/pinggan. Tuang 1/2 adunan cokelat diatas kek. Ratakan.. Lebihan adunan cokelat tu campurkan dgn ’star’ nestle yg ditumbuk kasar. Kacau rata n ratakan atas kek.. Pastu masukkan dlm peti sejuk.. Biar dia mengeras skit…
7. Pastu bolelah dipotong…yum yum..
Selamat mencuba..
Deko kek cikna mmg saje tak sapu habis kat bahagian tepi.. Kalian bole sapu cokelat bg tutup habis gitu..
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih
Posted on 2008 under Uncategorized |
1
Jan



CHESEECAKE BE