pepper-logo.jpg

RESIPI CILI SOS, PURI TOMATO & CILI SOS

Cara-cara membuat.

CILI SOS
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
20 ml kicap ikan
100 g gula pasir
100 ml cuka
100 ml air

Buang biji cili merah, kisar hingga halus bersama bawang putih. Jerang semua bahan dan kacau hingga
mendidih. Perlahankan api dan kacau sekali-sekala hingga pekat. Biar sejuk sebelum diletak dalam botol.

RESIPI PURI TOMATO
4-6 biji tomato besar
? labu bawang besar (putih)
1 cili Benggala hijau
1-1? camt garam

Buang kulit dan biji tomato*.
Kisar dengan semua bahan lain.
Jerang atas api sederhana dan buangkan lebihan air di atasnya.
Renihkan atas api perlahan dan kacau hingga pekat.

*Jika mempunyai food mill (bukan food processor), kulit dan biji akan terasing sendiri bila dikisar.
*Cara membuang kulit dan biji: Potong X pada dasar tomato, celur dalam air
mendidih selama 1-2 minit. Bila kulit nampak mengelupas, angkat tomato dan
letak dalam bekas air sejuk. Kemudian kupas dan buang kulitnya. Belah 4,
buang biji dan hiris isinya.

CILI BOH
Gunting cili kering, buangkan biji dan rendam dalam air panas hingga lembut.
Kisar dengan sedikit air. Tambah garam supaya ia tahan lama.
Letak dalam botol, tuangkan sedikit minyak di atasnya sebelum ditutup.
Simpan di dalam peti sejuk.

**Pes cili juga dikenali sebagai cili boh. Pilihlah yang berwarna merah cerah dan jangka tarikh luput yang lambat lagi. Setelah menggunakan pelbagai jenama pes cili, saya rasa anda sendiri tahu jenama apakah yang boleh dipercayai mutunya. Sesetengah pes cili agak pucat warnanya dan terlalu kental. Elakkan dari menggunakan ia.
Untuk lebih pedas, tambahkan pes cili. Begitu juga untuk cili kering. Namun begitu, adalah sukar menganggarkan jumlah cili kering yang patut anda guna. Sesetengah cili kering yang keriting memang lebih pedas. Ada orang mencampurkan cili kering, pes cili dan cili merah. Ini akan mengubah sedikit rasa rendang tetapi terpulanglah pada citarasa masing-masing.

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs

Leave a comment

Name: (Required)

eMail: (Required)

Website:

Comment:

 

About Author

RECIPES,dan ARTICEL disini kebanyakan adalah personal E-Files untuk disimpan, di pelajari dan di cuba sendiri. (Belajar Memasak Files, ini untuk personal use only). Jika teman- teman yang kebetulan melihat website ini, dipersilakan,untuk belajar bersama- sama. Jika ada teman teman yang kebetulan resepinya ada diposting bersama di sini, kami mengucapkan ribuan terima kasih dimana, telah meng-post dan memcuba resepi tersebut sehingga resepi/masakan anda dapat di view oleh public di website ini . Dan ada pula yang ingin mancuba, berkongsi kelazatan masakan anda. Sekali lagi terima kasih diatas pengkongsian resipi dari anda. **Jika ada untuk dikongsi bersama DIPERSILAKAN....dan sebarang copy paste disini ......kredit to website...HARAP MAKLUM*