Mee Udang (pic resepi by shidaaziz)
Kuah
1 kg udang sederhana besar
1 genggam udang kering
15 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
5 sudu besar pes cili/cili boh
3 sudu besar pes mee udang/pes udang
2 cm belacan
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
2 bungkus mee kuning
Bahan hiasan
5 biji telur rebus belah 2
1 ikat kangkung
Taugeh
Cili merah hiris
Bawang goreng
Limau nipis/ kasturi
Caranya
1. Kopek udang hingga tinggal isi sahaja.
2. Cincang 8 ulas bawang putih.
3. Panaskan 2 sudu minyak dan goreng bawang putih sehingga harum dan
sedikit kekuningan.
4. Masukkan kulit dan kepala udang. Goreng sehingga bertukar ke warna
kemerahan. Masukkan air sedikit dan biar mendidih.
5. Tapis kulit dan kepala udang. Kisarkan kulit dan kepala udang dan tapis
airnya. Ketepikan air rebusan udang.
6. Rendam udang kering dalam air dan apabila telah kembang atau lembut
tumbuk sehingga lumat.
7. Tumbuk bawang putih dan bawang merah.
8. Panaskan minyak dan tumis bawang yang telah ditumbuk.
9. Apabila telah kuning dan wangi masukkan pes cili. Goreng hingga pecah
minyak.
10. Masukkan belacan, pes mee udang/pes udang dan udang kering yang
ditumbuk.
11. Masukkan air rebusan udang & yang diblender.
12. Biarkan mendidih dan masukkan gula dan garam secukup rasa.
Makan time
Masukkan mee yang telah dicelur ke dalam mangkuk. Letakkan taugeh,
kangkung (dicelur), isi udang (rebus seketika), telur rebus, bawang goreng
dan cili hiris
Lagi banyak air rebusan udang yang diguna, rasanya lagi sedap.
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih


















Leave a comment