KEK BUAH MUDAH

halimah-kekbuah-buahan1.png

KEK BUAH MUDAH

BAHAN-BAHANNYA:

2 1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 1/2 CAWAN GULA (3S/B GULA HANGUS)
1 CAWAN AIR SEJUK (250ML)
2 BIJI TELUR
250 GM MENTEGA (BUTTERCUP)
2 CAWAN MIX FRUIT (250GRM)
2 SUDU KECIL BICARBONATE
1 SUDU KECIL CREAM OF TARTAR
SEDIKIT GARAM

CARANYA:

1. AYAK TEPUNG DAN AMBIL SEGENGGAM DAN GAUL BERSAMA BUAH DAN LETAK TEPI.
2. AMBIL 3 SUDU GULA (DARI 1 1/2 CAWAN TU) DAN HANGUS DALAM PERIUK UNTUK JADIKAN
GULA HANGUS DAN MASUKKAN AIR DAN KACAU.
3. KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN-BAHAN SEPERTI MENTEGA, GULA, GARAM DAN MIX FRUIT KE DALAM PERIUK TU. BILA GULA DAN MENTEGA DAH CAIR, MASUKAN BICABONATE DAN CREAM OF TARTAR. KACAU-KACAU SEBAB IA AKAN MERUAP BILA KITA MASUKKAN BICABONATE TU. SUPAYA ADUNAN TAK KELUAR DARI PERIUK…GUNA PERIUK YANG TINGGI LEBIH KURANG 7 INCI.
4. KEMUDIAN TUTUP API DAN BIARKAN SEBENTAR (AGAK-AGAK 10-15 MINIT).
5. MASUKKAN TEPUNG DAN KACAU SEBATI. PECAHKAN TELUR DALAM MANGKUK DAN KACAU-
KACAU (TAK PAYAH PUKUL SAMPAI NAIK) DAN MASUKKAN KE DALAM ADUNAN DAN KACAU
HINGGA SEBATI. KALAU ADUNAN LEMBIK SANGAT TAMBAH TEPUNG DAN KALAU TERKERAS TAMBAH AIR. ADUNAN NI TAK BOLEH CAIR….KALAU CAIR NANTI BUAH MENDAP KE BAWAH…PANDAI-PANDAI AGAK LA YE…
6. PANASKAN OVEN DULU DALAM 170 F . MASUKKAN ADUNAN DALAM ACUAN YANG DISAPU NGAN PLANTA DAN TABURKAN SEDIKIT TEPUNG DAN BAKARLAH SEHINGGA MASAK (KALAU OVEN KAK NUR LEBIH KURANG 1 JAM)

NOTA: KEK BUAH NI KENA BIAR 1 HARI BARU SEDAP DIMAKAN

………………………………………O0O0…………………………….

Simple Fruit Cake (Kek Buah Mudah)
Source : cari.com

2 1/2 cawan tepung gandum (kita guna 2 3/4 cawan)
1 1/2 cawan gula (3 sudu dijadikan gula hangus)
1 cawan air sejuk @ 250 ml air
2 biji telur Gred B
250 gm Mentega (kita guna Mentega SCS)
2 cawan Mixed Fruit @ 250 gm
2 sudu kecil Soda Bicarbonate
1 sudu kecil Cream Of Tartar
Garam

Ayak tepung gandum dan ambil segenggam digaulkan dengan buahan campuran tadi. Ketepikan.

Ambil 3 sudu gula dan dimasak hingga gula perang, masukkan air dan kacau hingga ia cair. Masukkan mentega, gula, garam dan mixed fruit tadi. Bila telah cair mentega tadi, masukkan soda bicarbonate dan cream of tartar ke dalam adunan tadi sambil dikacau kerana ia akan membuak naik nanti. Kemudian tutup api, tudungkan periuk tadi dan biarkan ia sejuk dlm 10-15 minit.

Masukkan tepung dan kacau (saya gunakan whisker sahaja) hingga ia sebati. Kemudian masukkan telur dan kacau lagi hingga rata. Tuangkan ke dalam acuan bulat 9″ yg telah dialas dengan kertas minyak.

Bakar selama 1 jam (saya bakar selama hampir 2 jam secara water bath) pada suhu 170′C.

………………………….O0O0……………………………….


KEK BUAH MUDAH

Bahanya
500 grm buah campuran
1 1/2 cawan gula icing
2 cawan air
120 grm mentega

caranya
masukan 1 cawan air + buah campuran + gula - masak hingga gula hancur
angkat masukkan mentega. kacau rata - masukkan 1 cawan air biasa lagi - kacau
sejukkan semalaman.

adunan tepung
4 cawan tepung naik sendiri
2sudu teh rempah campuran
-aduanan tepung diayak bersamakeluarkan aduanan buah yang disimpan semalaman. masukkan tepung dalam adunan buah campuran dan kacau sebati - bakar selama 1 jam 30minit.
kek nie tahan lama ,simpan dlm petiais bungkus dlm aluminium foil tau

Tips Masa masukkan buah tu, jangan kacau terlalu lama. buah tu masukkan last sekali. kacau untuk ratakan je. tapi make sure buah tu tabur dengan tepung dulu.

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs

Leave a comment

Name: (Required)

eMail: (Required)

Website:

Comment:

 

About Author

RECIPES,dan ARTICEL disini kebanyakan adalah personal E-Files untuk disimpan, di pelajari dan di cuba sendiri. (Belajar Memasak Files, ini untuk personal use only). Jika teman- teman yang kebetulan melihat website ini, dipersilakan,untuk belajar bersama- sama. Jika ada teman teman yang kebetulan resepinya ada diposting bersama di sini, kami mengucapkan ribuan terima kasih dimana, telah meng-post dan memcuba resepi tersebut sehingga resepi/masakan anda dapat di view oleh public di website ini . Dan ada pula yang ingin mancuba, berkongsi kelazatan masakan anda. Sekali lagi terima kasih diatas pengkongsian resipi dari anda. **Jika ada untuk dikongsi bersama DIPERSILAKAN....dan sebarang copy paste disini ......kredit to website...HARAP MAKLUM*