Written by sofieyya on Sep 29th, 2007 | Filed under:
Tip & Trick Recipes
Homamade Susu Pekat Manis (Sumber Yani myresipi.com)

Bahan-bahan ( 250 ml )
- 500ml susu segar
- 100ml gula
- (* sukatan gula 1/5 dr sukatan susu segar)
Cara-cara
- Masukkan susu dan gula ke dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana sehingga sukatan susu tinggal separuh dari sukatan asal. Kemudian sejukkan dalam bekas yang sesuai.
- Berhati-hati kerana susu ni mudah hangus. Jangan guna api yg besar.
Written by sofieyya on Sep 28th, 2007 | Filed under:
*Aneka Biskut*
Blueberry cookie
(Sumber yani www.myresipi.com)
Bahan-bahan ( +/- 60 biji)
- 370g tepung gandum
- 75g gula halus
- 75g gula perang
- 2 sudu besar susu segar
- 200g mentega
- sedikit esen vanila
- 100g bluberry kering
Cara-cara
- Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim.
- Masukkan pula gula, pukul sehingga putih.
- Masukkan pula susu dan juga esen vanila. Kacau sehingga semuanya sebati.
- Ayakkan tepung masuk ke dalam mangkuk adunan tadi. Kemudian masukkan blueberry. Kacau sehingga semuanya sebati.
-

Ambik 1/2 adunan. Letakkan di atas oven paper. Gulung ketat-ketat buat bentuk selinder yang diameternya lebih kurang 2-3cm. Ulang untuk 1/2 adunan lagi. Simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam atau lebih.
-

Potong adunan tadi setebal 1cm. Bakar pada suhu 180C selama 15~20 minit.