CENDAWAN BERSALUT RANGUP [NoorMasri]
Bahan-bahan:
25 g tepung gandum
1/2 sudu kecil rempah kari
275 g cendawan butang segar
1 ulas bawang putih } dicincang halus
2 biji telur } dipukul
minyak untuk menggoreng
80 g serbuk roti
garam secukup rasa
Cara membuat:
Campurkan tepung di dalam mangkuk bersama garam dan rempah kari. Gaul sekata.
Masukkan cendawan, gaul supaya tepung melekat pada cendawan.
Di dalam mangkuk lain, campurkan telur dan bawang putih.
Ambil cendawan yg telah bersalut tepung kemudian celupkan ke dalam mangkuk yg berisi campuran telur.
Selepas itu di golekkan pula ke dalam serbuk roti.
Untuk mendapatkan lapisan yg tebal cendawan itu bolehlah dicelupkan semula ke dalam telur dan golekkan sekali lagi ke dalam serbuk roti.
Buat begini sehingga habis cendawan tersebut.
Panaskan minyak, goreng cendawan sehingga keperangan.
Angkat dan bolehlah dihidangkan panas-panas



















Leave a comment