Written by sofieyya on May 14th, 2007 | Filed under:
*Aneka Kueh-Mueh*


STEP BY STEP By mekarmewangi.blogspot.com/Hellikonia’s Fotopages
KARIPAP PUSING resipi Hellikonia’s Fotopages
1kg tepung gandum
bahagi kpd 2 bahagian : A = 600g, B = 400g
Bahagian A:
600g tepung
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak masak
2-3 cubit garam
gaul & uli hingga sebati
bulat2kan kpd doh yg lebih kecil
Bahagian B:
400g tepung gandum
marjerin – gaul dgn 150g, gradually top up sehingga menjadi doh yg tidak melekit
bulat2kan kpd doh yg lebih kecil
bahagian A&B should get equal nos. of balls
masukkan B dalam A, jadikan satu bola & seterusnya boleh refer kat pic bwh 
* bahagian luar kulit should be bahagian yg digelek, kalau terbalik, lapisan tak jadi/ tak cantik *
inti:
3-4 bawang besar dimayang
sardin (dari 2 tin sederhana)
cili merah – sliced
3 sudu cili kisar
sedikit garam
- tumis cili kisar, masukkan bawang besar & cili merah. masukkan sardin bersama2 sosnya. hancurkan sardine chunks dgn sudip. masak, ketepikan & tunggu sehingga inti sejuk.
1kg tepung boleh dapat 90 pcs (size 3 for RM1) i.e. from 30 balls
goreng dlm minyak penuh

1 kg tepung gandum
2 biji telur
1 tbs garam
1 tbs gula
1 cup ais + 250 ml air (secukupnyer)
180 ml veg. oil (panas)

Keterangan lanjut KLIK GAMBAR
Karipap daging rangup
Bahan-bahan ( 50 biji )
* Bahan Inti :
* 500 g kentang – dipotong dadu
* 300 gm bawang besar – dipotong dadu
* 400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil
* Tumbuk Lumat :
* ? biji bawang besar
* 2 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* ? inci halia
* ? sd besar jintan manis
* 3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
* 2 sudu besar minyak
* ? batang besar kulit kayu manis
* 2 sd teh gula / secukup rasa
* 1 sd teh garam / secukup rasa
* 350 ml air
* Doh Karipap :
* 500 g tepung gandum – diayak
* ? sd besar garam
* 94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin.
* 1 biji telur
* ? cawan ais
* 250 ml air
* Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai
Cara-cara
1. Inti :
2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
3. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
4. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.
5. Doh :
6. Masukkan tepung dalam mangkuk.
7. Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
8. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti – gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Rehatkan 1 jam.
9. Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ?25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .
10. Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
11. Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.
12. Goreng terendam atas api perlahan – sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.
13. * Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastic dalam. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal. Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.
……………………………………………o0o0…………………………………….

Sumber http://rinnchan.fotopages.com
KARIPAP PUSING V2
Bahan-bahan:
1. Doh minyak
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
* Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan
2. Doh marjerin
150gm tepung gandum
100gm marjerin…sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.
Untuk inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2. Rinn biasanya menggunakan inti keledek.
Inti keledek
2 biji ubi keledek, dipotong kiub
1 biji bawang besar, dipotong halus
2 ulas bawang putih, dipotong halus
Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk ( Guna udang basah pun ok )
3 sudu besar serbuk kari
1 pelepah daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus
* Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus. Masukkan udang, tumiskan lagi sebentar dan masukkan ubi keledek. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam keledek. Masakkan sehingga keledek lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun daun bawang & daun sup, kacau sebentar dan tutup api.
