Puding kek gulung
Bahan-bahan :-
30 gram agar-agar strip
1 tin susu cair
2 cawan gula
5 cawan air
2 biji telur [dipukul]
3 camca besar tepung kastard - akak bancuh sket dgn air supaya tak berketul2 bila tuang..
2 sudu mentega
1 tin buah koktail
1 biji kek gulung
secubit garam
1 camca teh asen vanilla
Cara Menyediakan :-
Rendam agar-agar selama setengah jam.
Potong kek gulung. Susun ke dalam loyang sehingga menutupi bahagian bawah dan tepi loyang.
Curahkan sirap buah koktail ke atas kek tadi sehingga serap.
Kemudian masak agar-agar bersama air dan secubit garam. Masak sehingga agar-agar betul-betul hancur.
Masukkan gula. Kacau hingga mendidih. [kendian akak tapis dan didih dalam peyok lain]
Selepas itu masukkan susu cair, telur dan tepung kastard serta mentega. Kacau hingga sebati. [akak guna hand mixer!hihi]
masukkan esen vanilla. Bila agak mendidih masukkan buah koktail. Biarkan mendidih dan angkat.
Curahkan agar-agar tadi ke dalam loyang yang disusun kek. Biarkan ia sejuk dan membeku.
okeh..selamat mencuba!
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

















Leave a comment