Puding Kek Marble Fantasi
sumber : chef tania (dikutip dr. frd)
Bahan-bahannya
3 buku kek marble (setiap satu seberat 350 gram) - beli daripada mana-mana kedai kek
20 keping biskut Oreo krim vanila
100 gram ceri (potong dadu kecil-kecil)
26 gram agar-agar serbuk
1/2 sudu teh esen vanila
1 tin susu cair tin (campur dengan air untuk menjadikan 1,200 ml cecair)
300 gram gula pasir
2 biji telur (kocok)
secubit garam
Caranya
Satukan susu, agar-agar, garam, esen vanila dan gula. Masak hingga mendidih.
Masukkan telur sambil kacau bahan tadi. Apabila sudah rata, matikan api
Masukkan biskut Oreo yang sudah dipatah-patahkan dan ceri ke dalam agar-agar.
Potong kek marble setebal satu sentimeter setiap satu.
Ambil sehelai tuala tangan yang bersih, basahkan dan lapkan ke seluruh tin kek berukuran 25 X 25 X 8 sentimeter
Susunkan kek marble di dasar tin dan di sekelilingnya. Pastikan susunan padat.
Letakkan tin berisi kek di atas besen atau kuali besar yang rata dasarnya dan diisi air batu.
Dengan menggunakan senduk lauk, tuang adunan agar-agar ke dalam tin berisi kek, sesenduk demi sesenduk hingga penuh
Biarkan agar-agar keras, baru diterbalikkan tinnya untuk keluarkan kek agar-agar ini.
Nota: Jika anda mahu gunakan kek sebagai hantaran, elak simpan dalam peti sejuk kerana bimbang ia berpeluh jika terlalu lama dikeluarkan daripada peti sejuk
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

















Leave a comment