Ayam Percik Kelantan
1 ekor ayam
1 mangkuk kecil santan (sebiji kelapa/satu pkt santan segera)
1 batang serai di ketuk
Bahan A)
3 ulas bawang putih
1 cm halia
sedikit garam
bahan B)
1 cm halia
3 biji cili kering (kalau tak nak pedas guna 2 sudu cili boh)
2 biji bawang merah
2 biji kuah keras
garam dan gula
Cara;
Tumbukkan bahan A dan gaulkan ayam bersama bahan tadi. Perap ia, sementara itu tumbukkan bahan B. Selepas itu panaskan santan dan masukkan bahan B ke dalam santan dan serai. Masak sehingga sedikit pecah minyak dan tambahkan garam dan gula mengikut selera sendiri. Sambil itu bakar ayam yang telah di perap tadi ke dalam ketuhar. Jika ayam tadi kelihatan hampir separuh masak (anggaran 1/2 jam) keluarkan ayam dr oven dan dilumurkan dgn kuah percik dlm periuk masak percik tadi.Bakar lagi selama 1/2 jam.
Lepas tu angkat dan lebihan kuah percik tadi di lumurkan sekali lagi pada ayam yang telah masak.sedia utk dimakan…. 
Ayam Percik Kelantan stail
* 1 sekor ayam yang dipotong 4
* 1 1/2 cawan santan pekat
* 2 biji bawang putih
* 1 labu bwg besar
* 2 cm halia
* 2 batang serai
* 1 camca kecil ketumbar
* 1/2 camca kecil jintan putih
* 1/2 cawan tepung beras
* sedikit air asam jawa@asam keping
* cili kering (optional… kalau nak kuah merah)
* garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
1. Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan…pastu peraplah dlm 1/2 jam.
2. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.
3. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
4. bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
5. hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi…hiaslah ikut selera masing2
AYAM PERCIK
Bahan-bahannya
3 ketul dada ayam
4 cawan santan pekat
1 keping asam keping
sedikit bancuhan tepung jagung( untuk segera pekatkan kuah-tapi lebih sedap kuah pekat sendiri tanpa bantuan tepung jagung)
Garam secukupnya
Sedikit gula( kuah ni manis sedikit aje)
Bahan dikisar
2 inci halia
4 batang serai-dihiris halus baru dikisar.(kalau dititik pun boleh)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih.
Bahan untuk rebusan ayam
3 ulas bawang putih-dititik
1 inci halia- dihiris2
Sedikit garam
1 keping asam keping.
Air secukupnya.
Cara Membuatnya
1. Ayam direbus separuh masak dengan bahan2 rebusan dan toskan
2. Dalam kuali, masak santan, bahan kisar dan asam keping sehingga mendidih.
3. Sentiasa kacau supaya kuah tidak berketul-ketul.
4. Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau sehingga kuah pekat. ( Untuk cepat memekatkan kuah, masukkan sedikit bancuhan jagung.)
5. Apabila sudah cantik kuahnya( berkilat sikit) angkat dan ketepikan.
Cara Bakar
1. Ayam yang direbus separuh masak dibakar dengan api yang sederhana.
2. Balik2kan ayam dan lumur ayam dengan kuah percik tadi sehingga ayam masak dan mesra dengan kuah tadi.
3. Apabila menghidang, tuangkan sebahagian kuah ke atas ayam bakar tadi. Siap untuk dimakan.
………………………….o0o0…………………………………
Ayam Perchik
- 1 ekor ayam
- 1 biji kelapa
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 biji lada merah
- 1 cawan jintan manis ? cawan jintan putih
- 5 biji buah keras
- 1 cm kunyit
- 1 batang serai
- 1 cawan tepung beras
- Garam secukup rasa
Cara:
Ayam hendaklah disiang dan dibersihkan. Kelapa diparut dan perahkan satu mangkuk santan. Serai dititik (ketuk sedikit) dan tepung dibancuh dengan sedikit air, cili, bawang merah, bawang putih, jintan, buah keras dan kunyit yang digiling hingga halus. Masukkan semua bahan, santan, serai, ayam, tepung, garam dan rempah-rempah ke dalam periuk dan bakarlah dalam ketuhar hingga masak. Kuah dimasak sampai pekat. Bila dihidang, tuangkanlah kuah ke atas ayam tadi.
………………………….o0o0………………….
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih



















Leave a comment