LEOPARD ROLL (Sumber dr blog resipidiana.blogspot)
Sumber: Makcik D
Bahan-bahannya
20 biji kuning telur (sejuk)
12 biji putih telur (sejuk)
375 gram gula halus
2 sudu teh double acting baking powder
40 gram ovalette
50 ml air sejuk (dari peti sejuk)
200 gram tepung gandum/ tepung hong kong/ top flour
120 gram tepung jagung
200 gram mentega, dicairkan (hangat)


1. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk mixer kecuali mentega. Pukul pada kelajuan tinggi sehingga ia likat dan pekat seperti digambar.


2. Kemudian masukkan mentega cair dan pada kelajuan perlahan pukul sehingga adunan sebati.
3. Gunakan daya kreativiti anda untuk mencorakkan design pada Swiss Roll.
4. D menggunakan loyang berukuran 10 x 10 x 1 inci. Alaskan kertas kuih pada dasar loyang dan isikan adunan setengah ketinggian loyang. Tidak payah anda sapukan mentega pada loyang ataupun kertas kuih. Kertas kuih yang telah digunakan boleh diterbalikkan untuk digunakan pada bahagian bawah untuk membakar Swiss Roll yang baru.
5. Bakar menggunakan ?api atas bawah? selama 180?C selama 8 minit atau sehingga permukaan swiss roll bertukar warna coklat.
FLUFFY BUTTERCREAM
Sumber: Makcik D
Bahan-bahannya
500 gram krimwell/ cream mixture
250 ? 300 gram gula aising
250 gram majerin/ mentega
10 ? 12 ketulan air batu (ice cubes)
Cara-caranya
1. Pukul krimwell, gula dan majerin/ mentega sehingga ia sebati.
2. Masukkan satu persatu ketulan air batu. Nanti akan bunyi keletang kelenting dalam mangkuk mixer, tak apa jangan risau memang macam gitu.
3. Ketulan air batu inilah yang akan membuat buttercream ini fluffy (gebu).
Nota: Buttercream ini boleh anda sediakan terlebih dahulu, simpan dalam Tupperware letak kat dalam peti sejuk. Anda juga boleh pelbagaikan rasanya seperti: -
Blueberi Buttercream ? letak sikit blueberry filling dalam buttercream
Strawberry Buttercream ? letak sikit strawberry filling dalam buttercream
Chocolate Buttercream ? letak sikit chocolate emulco dalam buttercream
APA YANG D GUNAKAN

- Tuala yang bersih, spray sikit dengan air jangan terlalu basah nanti Swiss Roll melekat
- mangkuk secukupnya untuk you all warnakan adunan Swiss Roll
DESIGN YANG D CUBA BUAT
Design memang D hentam sahaja, ada macam Cik Abang D cakap macam belang harimau pun ada. D hanya gunakan hujung sudu dan lorekkan bentuk ?U? turun naik dan ada juga D bentukkan seperti ?comma?, you all boleh ler juga buat ala macam marble ke apa-apa yang suka. Nak tabur chocolate rice pun boleh, macam-macam boleh buat.






















Leave a comment