(Sumber copy paste dr Fp http://fadratul.fotopages.com/)
Gulai Siam
600g daging - hiris nipis. Atau ganti dg ayam atau udang pun sedap…
Bahan Kisar - mesin semua
10 biji cili kering
15 ulas bawang merah
15 ulas bawang putih
3″ lengkuas
3 batang serai
2″ halia
1″ belacan
1 tin santan
10 biji cabai melaka/cili padi - diketuk. Kalau tak tahan pedas, kurangkan kuantiti
15 helai daun limau purut - buang tulang daun
7-8 helai daun ruku - optional. Jangan ditanya, cheq pun tak tahu camno rupa daun nie, so I omit jer.
7-8 helai daun selasih - optional. Sama gak, tak tahu mana nak dapat. Nie la kesnya, bila mak masak, asyik main game…sampai tak tahu jenis2x daun traditional. La nie baru terhegeh2x nak belajar.
1 biji terung - ungu dan panjang. Belah 2 dan potong serong2x
150g Kacang Panjang
Garam
Method:
1. Masak bahan yg telah dimesin bersama daging + cabai melaka. Api slow dan masak selama 20 minit. Kacau sekali-sekala.
2. + santan. Dah hampir mendidih, + terung + kacang panjang garam.
3. Dah empuk sayur, tutup api. + daun limau purut.
** Kelikatan kuah Gulai Siam - medium, tak cair sangat dan tak pekat sangat.
** Masakan nie memang best sebab tak perlu minyak dan tak payah menumis.
** Sediakan tisu semasa makan pasal its very HOT!



















Leave a comment