ADONAN DASAR PUFF PASTRY
Bahan :
500 gr tepung sederhana protien
10 gr gula p
15 gr garam
50 gr telur
250 cc air ais
50 gr marjerin
250 gr pastry marjerin@shortening
Cara membuat :
1. Campur tepung , gula, dan garam, masukkan telur, tuang air sedikit-sedikit sambil diuli. 
2. Masukkan marjerin, uli adunan sehingga sebati,tutup adunan denagn plastik , perapkan di dalam peti ais selama 15 minit.


3. Giling adunan, letakkan pastry marjerin di bahagian tengah, bungkus seperti amplop, giling setebal 1/2 cm.



4. Lipat adunan dari satu sisi menutupi 2/3 lembaran, lipat 1/3 bahagian baki menutup sisi sebelahnya. Giling lagi setebal 1/2 cm, simpan dalampeti ais selama 10 menit.

5. Lakukan proses langkah no.4 sampai 3 kali. Keluarkan dari peti ais giling setebal ? cm, adonan siap dibentuk.
Written by sofieyya on Jan 14th, 2007 | Filed under:
*Aneka Masakan Daging*

(Sumber copy paste dr Fp http://fadratul.fotopages.com/)
Gulai Siam
600g daging – hiris nipis. Atau ganti dg ayam atau udang pun sedap…
Bahan Kisar – mesin semua
10 biji cili kering
15 ulas bawang merah
15 ulas bawang putih
3″ lengkuas
3 batang serai
2″ halia
1″ belacan
1 tin santan
10 biji cabai melaka/cili padi – diketuk. Kalau tak tahan pedas, kurangkan kuantiti
15 helai daun limau purut – buang tulang daun
7-8 helai daun ruku – optional. Jangan ditanya, cheq pun tak tahu camno rupa daun nie, so I omit jer.
7-8 helai daun selasih – optional. Sama gak, tak tahu mana nak dapat. Nie la kesnya, bila mak masak, asyik main game…sampai tak tahu jenis2x daun traditional. La nie baru terhegeh2x nak belajar.
1 biji terung – ungu dan panjang. Belah 2 dan potong serong2x
150g Kacang Panjang
Garam
Method:
1. Masak bahan yg telah dimesin bersama daging + cabai melaka. Api slow dan masak selama 20 minit. Kacau sekali-sekala.
2. + santan. Dah hampir mendidih, + terung + kacang panjang garam.
3. Dah empuk sayur, tutup api. + daun limau purut.
** Kelikatan kuah Gulai Siam – medium, tak cair sangat dan tak pekat sangat.
** Masakan nie memang best sebab tak perlu minyak dan tak payah menumis.
** Sediakan tisu semasa makan pasal its very HOT!