Archives for the year 2007

PEACH AND ORANGE CHEESECAKE{Soure by cikna99}



BASE

2 cwn biskut marie (dikisar tp jgn halus sgt ekkk)
1/2 cwn oat segera (dikisar halus)
1/4 cwn serbuk badam (disangai)
125 gm Butter (pd suhu bilik)
1 sb gula aising

CARA MEMBUAT BASE

Mula2, sapu sket butter/gris pd bhgn tepi acuan pai 20cm diameter. Alas kertas pd bhgan bwh. Letak tepi. Amik kuali nonstick n sangai serbuk badam sampai kekuningan. Angkat n masuk dlm bekas. Masuk pula oat kisar td n kacau rata2. Biar sebentar agak2 da sjuk sket baru masuk biskut,butter n gula. Kepal2 n tempek pd tepi n bhgn bwh loyang pai. Sejukkan dalam peti sejuk.

FILLING

250 gm cream cheese Philadelphia
1/4 cwn gula aising
1/2 cwn susu cair Ideal
1 sb gelatin halal
1/4 cwn air panas
200 ml whipping cream
3 sb sunquick buah pic dan oren
sedikit pewarna kuning oren

TOPPING
- sedikit jem marmalade orange dan buah peach dlm tin

CARANYA

1. Mula2 pukul kembang whipping cream. Sampai dia tak tumpah ler kalu di tonggang..Letak tepi.
2. Amik bekas lain,pukul kembang cream cheese. Lps tu masuk gula aising,sunquick n susu cair. Pukul rata guna mixer pd kejuan 2. Sementara tu, cairkan gelatin dgn air panas, kacau sebati sehingga btul2 cair. Masukkn secara mengalir sket2 dlm adunan cheese td sambil pukul dgn mixer dlm kelajuan 1. Agak2 dah rata stop,jgn lama2 putar.
3. Masuk pulak whipping cream td ke dalam adunan cheese secara kaup balik atau pusingan 8 dgn senduk ke spatula ke..apa2 yg sesuai hehe..Jgn lama2 kacau plak ekk.
4. Da agak2 rata,trus tuang dalam acuan td. Ratakan sket. Lebihan adunan dlm bekas, tambahkan sket dgn pewrna kuning oren. Lps tu, lorekkan atas kek td. Ikut suka..nak wat mcm spider web pun bole..Da siap trus sejukkan semalaman atau plg kurang 4 jam.
5. Kluarkan kek dr peti sejuk, sapu sket dgn jem marmalade orange dulu. Pastu br kluarkan kek dgn cara tolak keatas dr bawah. Selitkan jari pd dasar loyang dulu baru tolak pun bole. Lps tu bole la dihidang n dipotong. Letakkan hirisan buah peach dlm tin dan hirisan buah oren yg da dibuang biji (jika suka) ketika menghidang.

Chocolate Cheese cake

CHOCOLATE CHEESE CAKE {soure by cikna99}

BASE:
1 cwn biskut marie (kisar)
1/2 cwn nestum (kisar)
1/3 cwn serbuk hazelnut (disangai)
1 sb soft brown sugar/gula perang
125 gm butter(cair)

FILLING:
250 gm cream cheese Philidelphia
1/2 cwn susu cair
1/4 cwn gula aising
1 sb gelatin halal
1/4 cwn air panas
200 ml UHT whipping cream (dipukul kembang)
100 gm Cadbury chocolate milk (cairkan)

TOPPING:
chocolate Hershey’s kisses filled with caramel
white and chocolate chips(small)
jem buah-buahan

CARANYA:

1. Gaul semua bahan base,uli dan tekan doh pd acuan pai 20 cm diameter..tepi dan bwh.Sejukkan.

2. Pukul kembang cream cheese.Masuk susu cair n gula.Pukul lg.Sementara tu, cairkn gelatin dgn air panas.masukkan dlm adunan td dan pukul lg.Masuk whipping cream n coklat cair.Kacau sebati.Tinggalkan sedikit coklat cair utk hiasan.

3. Tuang dlm acuan pai td.Lorekkan dgn coklat cair secara abstrak. Kmdn,masuk peti sejuk.Sejukkan semalaman atau skrg2nya 4 jam.

4. Bila keluar dr peti sjk,glaze atau sapukan atas kek dgn jem buah-buahan utk kilatkan kek,bio le nampak sinar skit kek tuh hehehe..Letak coklat Hershey’s kisses dan tabur small cip coklat pd tepi sekeliling atas kek.

5. Lepas tu baru le tolak pelan2 kek dr bwh ke atas utk keluarkan kek dr acuan pai.Boleh la dpotong…yummy…

Panduan Membuat Kek Keju

Source  http://resipinoraini.blogspot.com/

Kek keju semakin popular di negara kita kerana keenakan dan keunikan rasanya.Walaupun harganya agak mahal berbanding kek-kek yang lain, namun ia tetap jadi pilihan para penggemarnya.Kek keju yang terkenal seperti Kek Tiramisu adalah berasal dari Itali. Ia adalah hidangan pencuci mulut yang popular dan dicipta pada tahun 1960 di Treviso,Itali.”Tiramisu” bunyinya seakan-akan bahasa Jepun tetapi dalam bahasa Itali, ia bermaksud “pick me up” atau “carry me up”. Resipi asal Tiramisu menggunakan ’sponge fingers’ dan keju mascapone. Tetapi kita boleh ubahsuai resipi ini mengikut selera sendiri . Untuk mendapatkan bahan-bahan membuat kek keju lebih mudah mendapatkannya dari kedai-kedai menjual bahan kek seperti Bagus Marketing, Bake With Yen dan lain-lain. Harga krim keju juga lebih murah berbanding dengan membeli dipasaraya biasa. Keju mascapone sukar didapati dan harganya mahal.Anda boleh gunakan krim keju Philadelphia bagi menggantikan keju mascapone. Krim masam pula boleh digantikan dengan yogurt.

Panduan Membuat Kek Keju

1. Gunakan keju jenis krim keju( cream cheese) untuk kebanyakan resipi kek keju. Kecuali dinyatakan dalam resipi untuk menggunakan keju jenis lain.

2. Keluarkan keju 1 jam sebelum digunakan agar ia lembut dan bersuhu bilik. Ini memudahkan kerja memutar dan supaya ia tidak berketul.

3. Kek keju mempunyai 2 kaedah membuatnya iaitu cara membakar dan cara dinginbeku (Chilled). Baca resipi dengan teliti untuk mempastikan kaedah mana digunakan.

4. Teknik water-bath/steam bake/bain-marie digunakan semasa membakar kek keju agar ia masak dengan perlahan dan tidak hangus. Suhunya pula 160 darjah celcius. Teknik ini bermaksud meletakkan sedulang air dibawah acuan kek agar kek masak melalui haba air tersebut.

5. Gunakan tin bulat jenis ’springform’ agar mudah dibuka dari bahagian tepi. Anda juga boleh gunakan ‘loose tin’ yang boleh dibuka dari bahagian bawah. Jangan gunakan tin pembakar biasa kerana akan susah dikeluarkan.

6. Jika gunakan kaedah membakar water-bath, lapik tin dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk ke dalam kek.

7. Panaskan ketuhar kepada 160 darjah celcius selama 15 minit. Masa membakar pula adalah satu setengah jam (1 1/2 jam).

8. Kek keju enak dimakan apabila sejuk. Setelah kek sejuk ,masukkan ke dalam petiais sekurang-kurangnya 3 jam agar ia padat. Kemudian barulah dipotong ..

Cara Mudah Cuci Blender/Mixer (source by http://pakarhowto.com)

Adakah anda menghadapi kesukaran untuk mencuci blender/mixer, terutamanya di bahagian bawahnya??
Haaa jangan bimbang!
Saya ada satu cara yang ditunjukkan oleh kakak saya semasa membantunya memasak beberapa tahun yang lepas.

Begini caranya ;

1-Masukkan sedikit air dan sedikit bahan pencuci ke dalam blender/mixer

2-Ambil kulit telur dan masukkan sekali ke dalam blender/mixer tersebut
3-“ON” kan blender/mixer anda tu sehingga beberapa ketika

Lihatlah hasilnya.
Kulit telur yang anda masukkan ke dalam blender/mixer tersebut akan hancur setelah anda “ON” blender/mixer tersebut.
Kulit telur yang telah hancur itu sebenarnya berperanan sebagai ‘pemberus’ bagi mencuci blender anda.

Selain blender/mixer, petua ini juga boleh digunakan untuk membasuh bekas minuman/botol air/kole air yang sukar untuk dibasuh.

Caranya ialah:
1-Masukkan sedikit air dan sedikit bahan pencuci ke dalam bekas minuman/kole air
2-Masukkan kulit telur yang telah dihancurkan
3-Goncangkan bekas minuman/botol air/kole air sehingga kotoran hilang

Mudahkan petua ini?
Cubalah!
Kemudian, ajarkanlah petua yang hebat ini kepada ibu atau makcik anda nanti.
Nescaya pasti ibu dan makcik anda akan berterima kasih kepada anda.

Motto Blog Kami :
“Saya BACA! Saya FAHAM! Saya PRAKTIK! Saya SEBARKAN!”

Jadi, setelah anda baca dan faham, kemudian terus praktik. Seterusnya, sebarkan-sebarkanlah ilmu yang anda amalkan itu kepada orang lain.

 

About Author

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Vestibulum at arcu. Integer et risus. Morbi id tellus. Integer felis. Mauris malesuada, turpis vitae facilisis euismod, dui arcu adipiscing sem, eu vulputate leo ante in lacus. Sed porta accumsan lectus. Aenean ac sem. In consequat tempus velit. Phasellus leo enim, adipiscing a, egestas nec, pretium ut, pede. Mauris sollicitudin diam et mauris. Sed quis enim vel augue egestas lobortis. Etiam tempus ipsum vel neque.