TIPS MENGHIAS KEK MENGGUNAKAN WHIPPED CREAM/ WHIPPED TOPPING

(Sumber Dari Resipidiana.blogspot.com)

Ini khas untuk Saudari Ajzie yang bertanyakan mengenai topping untuk menghias kek. Ada bermacam-macam cara untuk kita menghiaskan kek dan pelbagai topping.

Untuk permulaan, D lebih suka jika anda cuba menggunakan Whipped Cream ataupun Whipped Topping. Salah satu sebab ia adalah fresh cream yang bila kita hias diatas kek lebih sedap sewaktu kita NGAP dan dari segi cara untuk kita menyediakan pun mudah.

Whipped Cream ini ada dua macam ? Non-Dairy Whipped Cream dan juga Dairy Whipped Cream. Perbezaan diantaranya adalah kandungan lelemak (fats content) yang ada didalamnya. Untuk menghias kek sebaiknya menggunakan Non-Dairy Whipped Cream.


Dairy Whipped Cream pula mengandungi kandungan lemak yang lebih berbanding dengan Non-Dairy Whipped Cream. Selalu kita gunakan Dairy Whipped Cream ini untuk membuat cheesecake seperti contoh jenama Emborg, Arla, President dll.

D selalu dapatkan stok whipped topping/ whipped cream di Phoon Huat (Singapura) ataupun jika anda berada di Malaysia boleh ke Bake With Yen. Kalau di Singapura sekotak seperti gambar atas harganya dalam S$5.

Whipped topping anda kena simpan dalam peti sejuk, mangkuk mixer kalau boleh bersihkan dari air dan juga minyak sebelum menggunakan. Goncang cecair whipped topping supaya sebati dan tuang dalam mangkuk mixer dan pukul pada kelajuan tinggi nanti dia jadi magic terus gebu dan kembang. Ia akan naik tiga kali ganda jadi jangan tuang cecair tu banyak sangat nanti melimpah keluar dari mangkuk mixer pula.

Selalunya whipped topping/ whipped cream sudah ada perasa gula jadi apa yang perlu anda lakukan colek sikit rasa jika kemanisannya sesuai tak payah tambah gula lagi jika tak cukup boleh tambah gula halus dan pukul. AMARAN jangan terlebih pukul adunan kerana ada jenis whipped cream yang akan cair semula jadi cukup memadai jika ia kembang, gebu dan likat.

Lepas tu boleh ikut tips dari Mamimontel, simpan whipped topping yang telah dipukul selama sehari dalam peti sejuk. Keesokkannya boleh gunakan untuk menghias cupcakes ataupun kek. Tips ini supaya anda dapat whipped cream yang lebih mantap. Tapi D selalu kalau nak menghias kek kalau dah pukul terus boleh gunakan. InsyaAllah ia mantap.

D harap kepada yang ingin mencuba menghias kek buat pertama kali boleh menggunakan whipped cream/ whipped topping untuk mendapatkan hasil kek yang diinginkan. Contoh gambar kek diatas adalah Chocolate Cake with Chocolate Fresh Cream and Blueberry Filling, buat ala macam Black Forest. Selamat mencuba?

…………………………..

Pengisian Artikel Ini Adalah Untuk Bacaan / Rujukan Sendiri sahaja.

(Sumber Dari Forum cari.com.my)

Can u tell me the difference between double cream, heavy cream, whipping cream, single cream and light cream? What are the purpose for each cream? Which one of the creamcategory that we use to make ice cream, semi-freddo, tart filling and pasta sauce?

Double cream sama dengan whipping cream. Jika resepi perlukan heavy cream, anda boleh gunakan samada double/whipping cream. Cream jenis ini boleh diputar kelajuan rendah hingga kental dan disapu pada kek (Fresh Cream Cakes).

Saya gemar menggunakan Non-dairy Whipping Cream kerana ia lebih mudah kental berbanding dengan whipping cream hasil tenusu.

Single cream serupa dengan light cream. Ia tidak boleh kental bila dipukul. Ia lebih pekat daripada susu cair dan lebih cair daripada double/whippingcream.

Gunakan double cream untuk ice-cream dan semi-freddo kerana ia akan melemakkan lagi sajian tersebut.

Manakala singlecream untuk isian tat atau sos pasta. Namun ini terpulang pada individu. Jika anda mahukan sajian lebih lemak, boleh juga gunakan double cream.

I used to make semi freddo using the Malaysian Nestle canned cream, it didn?t get thick or fluffy like it was supposed to, but the taste was still there… the only thing is that the cream has a texture of a normal batter( cair )…

Nestle Cream adalah reduced cream dan lebih merupakan singlecream (tidak boleh kental jika diputar). Jadi, anda mesti menggunakan whipping/double cream. Selalunya, ia diputar hingga kental sebelum memasukkan ke dalam adunan (seperti membuat mousse).

Anda boleh ganti single/light cream dengan whipping/double/heavy cream tetapi anda tidak boleh ganti whipping cream dengan single cream.
Help me to differenciate ..thank u ..

……………………………………o0o0………………………..

INFO :- [SOAL JAWAB MENGENAI KRIM PUTAR]

Krim putar dijual di dalam kotak atau karton [seperti susu UHT/segar] dan ia dikenali sebagai ‘whipping cream’ atau ‘double cream’.Krim jenis Nestle yang dijual di dalam tin kecil tidak boleh diputar hingga kental kerana ia jenis single cream atau reduced cream.Anda mesti menggunakan pemutar dan mangkuk yang bersih dan seeloknya disejukkan sebentar di dalam peti sejuk.Semasa memutar,hanya gunakan kelajuan minimum kerana jika terlebih pukul,krim tidak akan menjadi keras tetapi sebaliknya menjadi cair seperti dadih.Jika ini berlaku,tidak boleh menggunakannya lagi untuk menghias kek.

Saya sering mendapati krim yang dibekalkan oleh pekedai di kedai menjual peralatan bakeri adalah yang terbaik.Mereka sering menggunakan ‘non dairy whipping cream’ yang lebih putih daripada krim jenama biasa yang dibeli di pasar raya.Secara peribadi,saya sangat jarang menggunakan krim [whipping/double] yang dibeli di pasar raya kerana kedua-dua jenis krim ini memang agak ‘bermasalah’.

Mungkin krim tersebut sudah lama dibiarkan di dalam peti pembeku [walaupun tarikh luput masih lambat].Lazimnya,krim yang dijual di dalam karton di pasar raya perlu dicampur sedikit gula aising supaya manis.Jika hendak memutar krim supaya kembang elok,pastikan mangkuk,pemutar dan lain2 tidak mengandungi sebarang minyak dan hendaklah disejukkan terlebih dahulu.Pastikan juga persekitaran dapur tidak terlalu panas.

Krim putar ada di jual di kedai yang membekalkan bahan dan peralatan kek.Daripada pengalaman saya,sesetengah krim putar di kedai akan lebih elok kerasnya [dan mudah dipukul] daripada krim yang yang dibeli di pasar raya besar.Ada jenis krim putar tidak berasal daripada hasil tenusu dan dikenali sebagai ‘non-dairy whipping cream’ yang boleh dgunakan juga.

Krim putar memang mudah rosak.Setelah membuka kartonnya,isikan ke dalam bekas tertutup dan boleh disimpan selama 4-5 hari.Namun begitu,jika anda memukulnya dahulu,kemudian mengisinya ke dalam bungkusan plastik dan diletak di dalam bekas tertutup serta disimpan di dalam peti sejuk [bahagian bawah],ia akan tahan lebih lama.Sebaiknya beli karton kecil [200ml] dan gunakan terus,jangan disimpan.Jika anda meletakkan krim putar di dalam freezer,ia akan tahan lama [3-4 bulan atau lebih] tetapi mesti dikeluarkan dan biarkan pada suhu bilik sehingga cair semula sebelum digunakan.Jangan sesekali disimpan di dalam freezer semula setelah membiarkannya cair. - Pn.Norzailina Noordin

…………………………..o0o0…………………………..

*non-dairy cream. bukan milk. non-dairy cream guna untuk buat hiasan continental cake. tak sama dengan non-dairy milk.

*whipping cream brand President
kalau yang manis brand Redman
selalu digunakan untuk topping atau filling dlm kek…

kalau guna dairy whipped cream ni, kene putar lama sket,
tapi jgn terlebih putar plak, nanti dia berketul2 & x kental. Memang leceh kalau nak putar dairy whipped krim ni, kene hati2.
Kalau nak senang, mudah & yang sedap, guna non-dairy whipping cream, selalu jual kat kedai barang2 kek. Ada byk brand, tapi yang saya selalu guna brand Rich, warna biru putih kotak dia.

Dairy whipping cream = cream yg x manis, biasa ada kat giant, k4, jusco& shopping mall lelain
Non-dairy whipping cream =cream yg dah sedia manis, biasa ada kat kedai jual brg kek

…………………………o0o0……………..

Kenikmatan Choc oleh Alex Goh

Ulasannya….

kalau nak cover cake gunakan Whip Topping Cream (Krim Whip Topping)
Ini adalah pengganti krim tanpa lemak (non-dairy cream), lebih stabil dan senang diputar
Dalam semua resepi cake, digunakan untuk membuat glis coklat dan ganache (kalau makan kek kat secret recipe, kek banana tu menggunakan glis choc sebagai icing cake). kalau kat kedai bakery supplier, cari ajer
non dairy whipping cream

Whipping cream yg selalu dijual dipasaraya adalah krim lemak segar. mengandungi 35% pepejal susu dgn rasa lemak yg kuat. Ia akan mengasing jika diputar terlalu lama. Ia akan menjadi kurang stabil dan lembut berbanding non dairy whipping cream. Selalu whipping cream jenis macam ni, saya gunakan bila nak buat roti, dessert….

Resepi Glis Coklat:
250g Dark choc, chopped
300g Non dairy whipping cream
30g butter
1 tbsp honey

Masak krim dan madu sampai mendidih, campurkan choc, gaul sehingga choc cair dgn sempurna. Masukkan mentega dan gaul sampai sebati

Resepi Ganache Krim
300g Non Dairy Whipping Cream
500g Dark Choc, chopped
30g butter

Masak krim hingga mendidih.Campurkan dengan choc, gaul sehinnga choc cair dgn sempurna. Masukkan mentega dan mix hingga sebati. Biarkan semalaman supaya ia sejuk dan keras

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs

2 Comments so far »

  1. by nurnazrain, on July 23 2008 @ 2:57 pm

     

    hai D!

    saya nak tanya D ada resepi kek indulgent & biskut choc.shortbread?

    D, saya buat krim butter, hasilnya gagal sebab jadi cair. Jadi saya harap D dapat membantu saya cara membuat Butter cream yang lebih baik dan tahan lama.

    saya dah berapa kali buat butter cake, hasilnya tak gebu dan jadi padat. kenapa ya?

    yang berminat dan ingin tahu

    Nurnazrain

  2. by Farah Diana, on October 13 2008 @ 5:41 am

     

    Hai D….
    sy nak bertanya kan satu soalan…. bole tak d beri satu resepi… macam mana nak membuat krim kek….. sebab saya dah banyak kali mencuba membuatnya…. tetapi seringkali tak jadi….

    berminat ingin tahu,
    Farah Diana.

Comment RSS · TrackBack URI

Leave a comment

Name: (Required)

eMail: (Required)

Website:

Comment:

 

About Author

RECIPES,dan ARTICEL disini kebanyakan adalah personal E-Files untuk disimpan, di pelajari dan di cuba sendiri. (Belajar Memasak Files, ini untuk personal use only). Jika teman- teman yang kebetulan melihat website ini, dipersilakan,untuk belajar bersama- sama. Jika ada teman teman yang kebetulan resepinya ada diposting bersama di sini, kami mengucapkan ribuan terima kasih dimana, telah meng-post dan memcuba resepi tersebut sehingga resepi/masakan anda dapat di view oleh public di website ini . Dan ada pula yang ingin mancuba, berkongsi kelazatan masakan anda. Sekali lagi terima kasih diatas pengkongsian resipi dari anda. **Jika ada untuk dikongsi bersama DIPERSILAKAN....dan sebarang copy paste disini ......kredit to website...HARAP MAKLUM*