MIXED FRUIT CATERPILLAR BREAD
Sumber: Roshayati Johari/Gambar Dari resipidiana.blogspot.com
Bahan A
350 gram tepung roti/high protein flour
150 gram tepung halus/ tepung superfine
100 gram gula
1 sudu teh garam halus
30 gram susu tepung
1 sudu teh bread improver (optional)
1 sudu teh bread softener (optional)
4 sudu teh yis kering
Gaul bahan di atas sebati
Bahan B
air
1 biji telur kecil (pukul sikit)
Campukan bahan di atas dan timbang supaya mendapat 265 gram
Bahan C
40g butter
40g shortening
Boleh guna shortening atau butter sahaja.
Mix fruit/ raisin ? 50 gram untuk setiap bread
Cara menyediakan roti
1. Masukkan Bahan B kedalam A dan uli sehingga adunan licin.
2. Masukkan Bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan menjadi licin dan tak melekat ditangan dan bekas.
3. Perap doh selama 30 ? 40 minit.
4. Tumbuk-tumbuk doh dan uli untuk keluarkan angina. Ini penting untuk menghasilkan roti yang tidak berongga besar didalam.
5. Bahagikan doh seberat 200 gram dan bulatkan doh. Gaulkan dengan 50 gram mix fruit. Bulatkan dan rehatkan selama 10 minit.
Cara2 membuat mixedfruitcaterpillarbread
7. Hiris hujung doh dengan hujung pisau yang tajam.

8. Gulung doh pada bahagian yang elok hingga sampai kebahagian yang dihiris.

9. Rehatkan roll selama 30 ? 40 minit. Sapukan dengan campuran telur dan susu segar dan bakar pada suhu 180?C selama 25 minit.
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih




















by tati, on March 27 2008 @ 12:16 pm
TERUJA BETUL TENGOK ROTI TU, PASTI SEDAP TAPI BOLIH TUKAR INTINYA CHOC.CHIPS ATAU FLAVOR JAGONG , RED BEAN ATAU KEKACANG. SEDAPKAN.!
WEEKEND NANTI NAK LAH.
THANKS.
yer..boleh saja..good luck..