Homemade Cincau

aa.jpg

INFO CINCAU

Cincau atau lengkong (panggilan di Utara) atau beleda hitam (panggilan di sebelah Timor) merupakan sejenis makanan yang biasanya digunakan dalam campuran membuat minuman .Keadaan fizikal hasil ini merupai jeli berwarna hitam, jaringannya kenyal dan tidak mudah pecah.Tumbuhan ini boleh didapati di hutan Malaysia dan di Asia Tenggara. pemprosesan cincau dipercayai telah diterokai oleh bangsa cina, tapi kini penggunaan yang meluas dikalangan bangsa2 lain.

Untuk menghasilkan cincau, bahan utama yang diperlukan ialah daun sejenis tumbuhan cyclea barbata atau panggilan umum ‘jelly gras’ yang mengandungi bahan alkaloid ‘cyclein’ yang dipercayai dapat menyejukkan badan dan mengubati demam .

Pemprosesan cincau secara komersial masa kini dilakukan dengan menggunkan daun dan batang yang telah dikeringkan dan diimport dari China dan Hong Kong. Kajian yang dijalankan mendapati bungkusan yang mengandungi daun yang lebih banyak dari batang akan menghasilkan cincau yang lebih baik dan memuaskan.

…………………………………..o0o0………………………….

soyabeandrinkwithcincau.jpg

Homemade Cincau
1 packet agar2 serbuk
500g gula
3.75 liter air
Segenggam daun cincau (beli dari kedai sinseh)
2 atau 3 helai daun pandan

Cara:
1. Masukkan air dalam periuk besar, tambahkan serbuk agar2 dan kacau rata.
2. Jerangkan atas api yg sederhana dan masukkan gula, daun cincau dan daun pandan.
3. Masak hingga mendidih. Kecilkan api
4. biarkan merenih selama 10-15 minit
5. Matikan api dan tapis.
6. Masukkan dalam bekas, biarkan sejuk baru simpan dlaam peti sejuk utk 3-4 jam. Overnite lagi better

Inilah rupenye daun cincau tu. Kalau org tak tau igt rumput kering kt laman rumah je.

akarcincau.jpg

yang bawah ni gambar semasa cincau tu dimasak. gmbr kiri, cincau separa jadi. sbb karamel ni x tahan dgn godaan bau cincau tu. wangiii.. belum keras sgt, dah mencedok, tu yg lembik2 skit. cincau ni campur dgn cocktail dlm tin tu sedap. perahkan dlm 2-3 biji limau kasturi. best lagi2 cuaca yg da panas ni.

cincau1.jpg

(Sumber karemel forum cari)

……………………………………O0O0…………………………

Cincau (Sumber cguct forum cari)

Bahan untuk ekstrak cincau
25 gm daun dan batang pokok cincau
5 ml air abu
1.2 liter air untuk merendam/ merebus cincau

Cara :
1. Cuci batang dan daun cincau beberapa. Buang bendasing dan rendam batang dan daun cincau
selama 15 minit.
2. Dengan menggunakan air rendaman, rebus daun dan batang cincau sehingga mendidih selama
1 - 1/2 jam. Air rebusan hendaklah dikacau selalu untuk menggelakan ia meruap.
3. Sejukkan rebusan sebentar , tapiskan rebusan ini dengan menggunakan kain maslin
(lembabkan terlebih dahulu) . Baki tapisan siran dengan sedikit air panas dan kacau rata2 dan
tapis sekali lagi sehingga mendapat 500 ml ekstrak cincau.

Bahan untuk memekatkan cincau
500 ml ekstrak cincau
25 gm tepung keledek / tepung jagung
50 ml air biasa

1. Masukan ekstrak ke dalam periuk dan jerang dengan api yang sederhana.
2. Bancuh tepung keledek/tepung jagung dengan air dan kacau rata.
3. Tuang bancuhan tepung ke dalam ekstrak dan kacau rata. Pada ketika ini biar bancuhan mendidih,
memekat dan menjadi kilat. Kacau rata.
4. Bancuhan akan kelihatan mencair semula. Matikan api dan tuangkan adunan dalam bekas yang disukai sejukkan. bila telah benar2 sejuk, bolehkan digunakan untuk membuat minuman atau campuran ABC.

Resepi ini telah banyak kali dicuba dan memang menjadi…

TIPS………

Macam juga fungsi tepung keledek/tepung jagung dalam resepi akak…
untuk bantu pembekuan, dapatkan teksture kenyal dan keadaan berkilat..
dari pengalaman akak, cincau tepung keledek rasanya agak kureng sikit..
dia ada sikit bau..jika dibandingkan dengan cincau tepung jagung ..
hasilnya lebih anjal dan berkilat…

apapun..terpulanglah kepada kesukaan masing2..selamat mencuba.

air abu tu sejenis air jernih (bahan kimia) yang digunakan juga dalam pembuatan mee kuning.
fungsinya untuk mengeluarkan bhan cycline yang ada pada batang dan daun pokok cincau.
kalau tak bubuh, ekstrak yang dihasilkan kurang pekat dan tidak banyak.
dalam membuat cincau ni, kita hanya guna sikit je.

Di bakery supplier , ia dijual dalam botol2..harganya dalam rm 1.20 (100ml)
dari apa yang ct pernah baca..ia dihasilkan dari abu jerami padi
yang ditapis berkali2..sehingga jernih.

25 gm daun +btgnya dapat kira2 1 acuan 6″x6″..
cubalah..dan bg feedback kat sini..

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs

5 Comments so far »

  1. by romi, on September 6 2008 @ 8:05 am

     

    assalamualaikum.apa kbr ncik?saya romi dari indonesia.saya sangat tertarik dgn resepi ncik tentang pembuatan lengkong/cincau.saya dah lama mencari cara untuk membuat lengkong tersebut tp tak ada org yg bersedia mengajar saya.ada org yg boleh tp tak mau bagi ajar.terus terang saya mau belajar yg serius sebab saya nak buat untuk berjualan sebagai penghasilan.jadi macam mana saya boleh belajar dgn betul cara membuat lengkong ini dan bagaimana kalau membuat dalam jumlah yang banyak karena untuk jualan.kepada siapa saya nak belajar ?siapa yg hrs saya hubungi?saya sangat terima kasih karena menjumpai website ini.tolong saya tuan/ncik.saya dah tanya banyak org tp sampai skrg tak ada yg boleh ajar saya.saya kerja di sungai petani kedah.ini hp saya 0164061531.tolong balas secepatnya .plese……..

    Sofeiyya says:-

    Ws, En. romi…resipi yg terdapat kt website sy nie adalah hasil dari forum..so, sy sendiri belum lg mencuba..sy skrng masih lg di cairo,Mesir.Di sini brng2 mentah sememangnya tiada..resipi itu adalah rujukan saya dan sekadar berkongsi untuk tatapan umum..klu en romi berani boleh mencuba i mean trail and error..klu encik berkemampuan apa kata cuba masuk kursus yg diatur oleh kementerian keusahawan.

    dari feedback yg mencuba..Insyallah sememangnya menjadi resipi diatas..cuma klu nk buat berniaga dan byk kena berani mencuba.Ok itu sj yg dpt sy bantu.

  2. by suriati, on September 12 2008 @ 7:26 pm

     

    Assalammualaikum.. En. saya ada sikit kemushkilan tentang resipi diatas…1 paket agar-gara serbuk tu…beratnya berapa? itu saja..apa-apa pun saya akan try resipi ni..
    tq

    SOFIEYYA

    Suriati sy pun tk sure berapa..sllunya ada kan sebuk agar2 brand Nona or burung layang..klu tk silap dlm 12grm gitu..Info ttng cincau nie mcm komen kt atas ,sy sendiri belum cuba, sekadar untuk info membantu.So, klu saper2 dh cuba dan hasilnya memuaskan boleh kongsi bersama2 website sofieyya di sini.

  3. by Blog Zool Ligakampung » Blog Archive » Cincau, on September 18 2008 @ 12:18 pm

     

    [...] Cincau :- Homemade Cincau | Daun Cincau | Cincau -Grass Jelly | The Efficacy of Cincau [...]

  4. by aril, on September 19 2008 @ 7:11 am

     

    Terima kasih atas resipi yang diberikan. Saya dah cuba resipi ni. Memang menjadi. Tetapi yang menjadi kemusykilan ialah warna, bau dan kekenyalan cincau yang terhasilkan tak sama dengan cincau yang dijual dipasar. Kenapa???

  5. by Wan, on October 7 2008 @ 8:50 am

     

    Nak tanya tepung ubi keledek ni nak beli kat mana. Dekat kedai tak pernah nampak pun.

Comment RSS · TrackBack URI

Leave a comment

Name: (Required)

eMail: (Required)

Website:

Comment:

 

About Author

RECIPES,dan ARTICEL disini kebanyakan adalah personal E-Files untuk disimpan, di pelajari dan di cuba sendiri. (Belajar Memasak Files, ini untuk personal use only). Jika teman- teman yang kebetulan melihat website ini, dipersilakan,untuk belajar bersama- sama. Jika ada teman teman yang kebetulan resepinya ada diposting bersama di sini, kami mengucapkan ribuan terima kasih dimana, telah meng-post dan memcuba resepi tersebut sehingga resepi/masakan anda dapat di view oleh public di website ini . Dan ada pula yang ingin mancuba, berkongsi kelazatan masakan anda. Sekali lagi terima kasih diatas pengkongsian resipi dari anda. **Jika ada untuk dikongsi bersama DIPERSILAKAN....dan sebarang copy paste disini ......kredit to website...HARAP MAKLUM*