taufoofah1.jpg

TAUFU FA sumbangan Lynn ResepiNet

Bahan-bahannya
300 gram kacang soya
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh sekko/ GDL
2 cawan air kacang soya
3 helai daun pandan

Cara-caranya
1. Rendam kacang soya selama 4 - 5 jam.
2. Kisar kacang soya dengan 5 cawan air. Perah menggunakan kain muslin.
3. Kemudian kisar kali kedua hampas kacang soya dengan 7 cawan air. Ketepikan 2 cawan air kacang soya.
4. Didihkan air kacang soya dengan daun pandan.
5. 2 cawan air kacang soya dicampurkan dengan tepung jagung dan sekko/ GDL dikacau rata.
6. Tuang campuran air kacang soya bersama tepung jagung dan sekko kedalam bekas nasi ataupun tupperware.
7. Air kacang soya yang telah mendidih tu dituang kedalam bekas yang mengandungi air kacang soya yang telah dicampur sekko dan tepung jagung tu dengan cara teknik teh tarik iaitu dari bawah naik keatas jadi air kacang soya yang panas itu sebati dengan air soya yang dicampur sekko dan tepung jagung.
8. Jika permukaan ada buih dibuang buihnya TAPI JANGAN DIKACAU. Kemudian tutup, lepas 30 minit - 1 jam, kemudian boleh dihidangkan dengan sirap gula.
taufoofa1.jpg

Taufu Fa sumbangan Fiza ResepiNet

Bahan-bahannya
300 gm soy beans - cuci, kosek sampai air clear…rendam semalaman dalam bekas bertutup
2 liter air
1 tsp sekko powder (boleh dibeli di Chinese medical hall)
2 sd besar tepung jagung
1/2 cawan air
2 helai daun pandan - disimpul carik

AIR GULA
1 cawan gula
2 cawan air
simpulan daun pandan
sehiris halia (optional)

Cara membuat Taufu Fa
Kisar kacang soya bersama air (3 kali kisar) Perah ambil pati yang pertama sahaja. Tapis dengan kain supaya tak berkeladak…Boil bersama daun pandan dan kacau supaya tak meruap. sementara itu campurkan tepung jagung, sekko dan air kacau rata…Tuang soya bean yang sedang mendidih dalam satu bekas seeloknya periuk nasi…tuang dari atas dgn pantas campuran tepung jagung rata2 - tak perlu kacau dan tutup-alas penutup periuk dgn kain jika perlu. Biarkan beku..(boleh lihat air akan terapung diatasnya macam agar2 setelah tauhu set). Buang lebihan air sewaktu hendak skup (gunakan sudip atau senduk nipis).

Cara membuat Air Gula
Boil till thick

Ini pulak tips dari Diana :
Ini ada sedikit tips yang mungkin boleh dapat menghasilkan Taufu Fa yang perfect.
1) Dahulukan dengan Bismillah

2) Air kacang soya yang telah diperah tu. Ketepikan 2 gelas air kacang soya. Lebihan dimasak dengan daun pandan.
3) Air kacang soya hendaklah betul-betul masak ya kira dia didih sedikit-sedikit gitu jangan hanya wapkan.
4) Bila nampak air kacang soya hampir mendidih, bancuh sekko/ gdl dan tepung jagung kedalam air kacang soya yang 2 gelas itu. Kacau rata. Kemudian tuang dalam bekas nasi.
5) Tepung jagung boleh lebihkan sedikit (1 sudu besar), ini Diana buat pada kali 4 yang menjadi sebab tengok agak cair bancuhan air tu.
6) Sebelum tuang air kacang soya yang mendidih kedalam bekas tu, pusing2kan bekas nasi yang ada 2 gelas air kacang soya yang telah dibancuh bersama sekko/gdl dan tepung jagung. Supaya tepung jagung tidak mendap.
7) Baca bismillah lagi. Air kacang soya yang telah mendidih tu tuang kedalam bekas dari tepi bekas naikkan macam teh tarik cepat2 tinggi2. Ini yang akan membuat air kacang soya bercampur rata dengan adunan sekko/gdl dan tepung jagung.
8) Kemudian buang buih yang ada diatas untuk mendapatkan taufu fa yang licin diatasnya.
9) Ini Diana buat sendiri kalau nak ikut pun boleh sebab kali 4 buat menjadi. Bekas nasi Diana pusing2kan sikit. Kira ngerengkan sikit dan pusingkan 3 - 5 kali alah macam penyanyi dangdut pusing pinggang dia tu. macam tu la.
10) Tutup bekas nasi tu.
11) Taufu Fa yang cukup syarat akan menjadi cepat 45 minit dah beku dan ready untuk dihidangkan.

Antara faktor Taufu Fa tidak menjadi yang dapat Diana perhatikan dari process Diana mencuba.
1) Sekko kena cek dengan kedai yang kita beli sama ada sudah bakar atau belum. Sekko yang belum dibakar akan bewarna transparent, bila sudah bakar pada suhu 150 darjah c selama 2 jam ia akan bertukar seperti putih susu. Lebih baik beli GDL kat Bake with Yen. Ia juga dikenali dengan nama Lactone di Siingapura, my makcik beritahu sebab mereka iya2 sangat nak mencuba. So far feedback yang Diana dapat dari yang mencuba dengan GDL dan Lactone, first time je terus menjadi.
2) Air kacang soya hendaklah dimasak dengan betul. Jangan hanya wapkan sebaik-baiknya didihkan sedikit.
3) Tepung Jagung yang digunakan pun memainkan peranan. Diana menggunakan tepung jagung yang paketnya ada dua butir jagung diluar. Paket ini berhasil yang lain hampeh.
4) Kacang direndam dalam jangka 4 - 5 jam jangan berlebihan. Kerana jika lebih besar kemungkinan air banyak meresap.
5) Beli kacang soya dari supermarket Giant, Jaya Jusco dll jangan di kedai runcit. Norazie pernah mencuba katanya berlainan warna.
Ini sahaja tips yang boleh Diana berikan. Dan bila Taufu Fa itu menjadi bila kita ngerengkan bekas nasi tu taufu fa bersatu dan licin ditepi bermakna dah ready untuk dihidang. Alhamdullilah ia menjadi.

taufufakoktel.jpg

TAUFU FA KOKTEL

Bahan
taufu faa
fruit koktel dalam tin
air gula
ais batu

Cara
Masukkans semua bahan dalam mangkuk hidang dan sejukkans ebelum dihudangkan untuk makan.
……………………………………….o0o0…………………………………

AIR KACANG SOYA
Bahan:
*1.5 cawan kacang soya direndam hingga kembang
*2 sudu makan susu tepung(optional)
*air secukupnya
*gula sesedap rasa
*daun pandan disimpul
*secubit garam

Cara:
*Blend kacang soya (yg telah kembang) dengan air
*tapis menggunakan kain kasa
*ulangi sehingga kacang soya habis di blend
*masukkan kedalam periuk dan masukkan susu tepung dan secubit garam dan kacau hingga larut
*masak dgn api sederhana dan sentiasa kacau kalau tak berkerak kat bawah
*masukkan daun pandan dan tunggu mendidih dan masukkan gula

1.5 cawan kacang soya menghasilkan hampir 2 botol mineral tinggi)

HOMEMADE SOYA BEAN
Macam ini -
1. Beli kacang soya (dkt kedai cina ada jual)
2. Rendam dlm air biasa
3. Bila dah lama direndam kulit dia akan mengelupas
4. Buang selaput kulit dia yg megelupas ni
5. Masukkan kacang tu dlm blender - blend (tambah air sikit)
6. Tuang isi kacang yang telah dimesin ni atas kain jarang (not so jarang lah kan)
7. Lepas tu ikant kain tu and perah out the juice
8. Bila sudah habis semua kacang di mesin dan sudah diperah air nya
masukan juice kacang soya tu dlm periuk
9. Kacau sentiasa.
10. Kalau nak manis tambah lah gula

Saya buat yang kosong - bila nak minum sahaja saya tambah air gula. Pak saya suka minum yang suam.

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs

10 Comments so far »

  1. by Ahmad Othman, on September 23 2007 @ 3:50 am

     

    Dear Sir,

    Could you please send me how to grow Tauge

    BEAN SPROUT …

    1. Wash and soak 2 tablespoons of Mung Bean (kacang hijau) for 2, 3 hours.
    2. Rinse the seeds into a container. Spread them nicely.
    3. Cover them with adequate water. Keep them in a dark place.
    4. The next day, rinse the seeds twice a day, morning and evening.
    5. Repeat the same procedure for 4 to 5 days until they are ready to harvest

  2. by ayie, on January 31 2008 @ 4:57 am

     

    Asalamualaikum….boleh tak ajarkan saya bagaimana cara nak membuat tauhu keping…atau nama lainnya tokua….yg banyak dijual dipasar/kedai. sekian terima kasih.

    Terima kasih kunjungan anda..sorry lmbat reply..
    saya juga masih mencari resepi yang agak mudah…tp belum terjumpa,ada dalam satu websit mamafami.fotopages..dalam tu ada cara membuat tauhu..cuma ada bahan2 yg agak ssh di cari bg saya disini…cuba check kot2 ada di tempat anda.

  3. by najwa, on April 23 2008 @ 12:01 pm

     

    terima kasih

  4. by gen2, on May 20 2008 @ 7:26 am

     

    memang bagus dan sedap……
    lembut…
    nyaman untuk dimakan..
    lama saya dah cari resepi ini…
    thank you byk2

    terima kasih kerna sudi mencuba..dan beri feedback kt sini..boleh tahu resepi mana yg gen2 try…

  5. by taufan, on August 20 2008 @ 4:10 am

     

    tolong beritahu cara nak buat cincau hitam termasuk ramuan mengikut sukatannya…sbb saya bercita2 untuk menembusi pasaran antarabangsa…tolong bantu saya.. terima kasih.

    ok resipi yg saya ada nie..telah dicuba..sukatan untuk jualan yg banyak kena pandai2 lah yerk..apa2pun semoga berjaya hendaknya..jangan lupa kt saya plak nanti erkk…good luck.

  6. by taufan, on August 20 2008 @ 4:13 am

     

    tolong berikan ramuan dan cara nak buat cincau..terima kasih.

    ok..cuba cheack link untuk cincau..sorry ter “private”..cuba cheack semula nanti..

  7. by oanh, on August 22 2008 @ 2:38 am

     

    Please send me these recipe in English. Thanks a lot

  8. by Saleha Abdul Wahab, on August 29 2008 @ 1:51 am

     

    I am new to your website and have no comments to give yet.

  9. by Adnin, on October 31 2008 @ 2:32 pm

     

    Ketahui Rahsia Rahsia Membuat Air Soya Dan Tau Fu Fah Dengan Senang Tanpa Perlu Pergi Kursus Dan Menghabiskan Ribuan Ringgit !

    Taip GWE SOYA hantarkan ke 32244 .

  10. by khairole, on November 3 2008 @ 1:12 pm

     

    terima kasih kerana berkongsi ilmu disini.sudah lama saya mencari resepi membuat tau foo fah..

Comment RSS · TrackBack URI

Leave a comment

Name: (Required)

eMail: (Required)

Website:

Comment:

 

About Author

RECIPES,dan ARTICEL disini kebanyakan adalah personal E-Files untuk disimpan, di pelajari dan di cuba sendiri. (Belajar Memasak Files, ini untuk personal use only). Jika teman- teman yang kebetulan melihat website ini, dipersilakan,untuk belajar bersama- sama. Jika ada teman teman yang kebetulan resepinya ada diposting bersama di sini, kami mengucapkan ribuan terima kasih dimana, telah meng-post dan memcuba resepi tersebut sehingga resepi/masakan anda dapat di view oleh public di website ini . Dan ada pula yang ingin mancuba, berkongsi kelazatan masakan anda. Sekali lagi terima kasih diatas pengkongsian resipi dari anda. **Jika ada untuk dikongsi bersama DIPERSILAKAN....dan sebarang copy paste disini ......kredit to website...HARAP MAKLUM*