CARA-CARA MEMBUAT MEE HOMEMADE
Sumber resepi dr kaknoormasri/cari.com.my


MEE KUNING [NoorMasri]-Menghasilkan 700 g mee kuning
Bahan-bahan:
350g tepung high protein
2 biji putih telur
1 sudu kecil air kapur
100 ml air
sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
6 sudu besar minyak masak
sedikit tepung utk taburan
Cara membuat:
Ayak tepung ke dalam mangkuk besar, buat lubang ditengahnya
Di dalam bekas lain campurkan telur, air kapur, air, pewarna kuning dan garam kemudian kacau sebati
Curahkan campuran air tadi ketengah2 tepung.
Uli sehingga sebati dan menjadi doh yg kental
Bahagi doh kpd 4 bahagian
Ambil 1 bahagian, leperkan kemudian lalukan ke dlm mesin (guna yg paling tebal, bermula no 1 kalau mesin K.Noor)
Kemudian ulang menggeleknya sehingga hasilnya licin dgn menggunakan ketebalan yg makin berkurangan
Pilih ketebalan yg dikehendaki (K.Noor guna no 4), gelek utk kali terakhir disini
Sapukan sedikit tepung atasnya (supaya bila mee keluar ianya tak melekat antara satu sama lain) kemudian lalukan kpd mesin juraian mee
Ulang begini sehingga abis ke empat2 bahagian doh tadi
Bila dah selesai kesemuanya, didihkan air masukkan 3 sudu besar minyak dlm air tersebut
Celur mee dlm air mendidih (guna api perlahan) selama 2 minit (jgn celur sekali gus, celur sket2 mee tu)
Kemudian toskan mee tersbt, gaul dgn 3 sudu besar minyak masak
Sedia utk digunakan atau boleh disimpan dlm peti sejuk selama 3-4 hari.
Nota: Doh mee ni mmg keras jika dibandingkan dgn doh karipap
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

MEE KUNING MamaFaMi
[sumber Datin Salmah]/mamafami photopage
Bahan-bahan :
4 cawan tepung
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu besar air kapur @ air abu
secukup pewarna kuning (optional).
Cara :
* Masukkan tepung, telur, air kapur dan pewarna kuning dalam mixer.
* Onkan mixer dan tuang air sikit demi sikit sehingga doh yang agak kental terhasil (not too soft). Uli for about 10 minutes.
* Biarkan doh rehat untuk 1 - 2 jam.
* Masukkan air secukupnya dalam periuk, bersama sedikit garam dan minyak. Didihkan.
* Sementara menunggu air mendidih, buatkan bebola kecil dari doh tadi dan roll flat. Coat dengan tepung dan lalukan pada mesin yang licin sebanyak 3 kali.
* Coat kepingan tadi dengan tepung (supaya tidak melekat pada mesin nanti) dan lalukan kat mesin potong mi. Proses ni harus dilakukan dengan laju sikit supaya doh tak melekat pada mesin.
* Setelah semuanya selesai, masukkan mi kuning dalam air mendidih dan kacau selama 5 minit.
*Tuangkan mi tadi ke dalam tapisan dan lalukan pada air paip.
*Toskan mi tersebut dan bila dah sejuk, gaulkan minyak rata-rata atas mee tadi. Sedia untuk digunakan….
NOTA : Jangan masukkan garam dalam adunan kerana dikhuatiri akan membuat mesin pasta berkarat.
GAMBAR HASIL HOMEMADE MEE
Gambar nek_fiona

Gambar achik-yaya

Gambar dr kakmas

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

KUEYTEOW - NOORMASRI/EDIT SHIDA..cari.com.my
Bahan-bahan:
250g tepung high protein - Shida guna 200gm
100g tepung beras - Shida guna 150gm
2 biji putih telur - Shida guna 1 biji telur
100 ml air - tambah 2-3 sudu kecil jika perlu
1 sudu kecil garam
6 sudu besar minyak masak atau secukupnya
sedikit tepung utk taburan
Mee Kuning buatan sendiri
Sumber[ninoZ]cari.com.my
600gm tepung gandum
1 1/2 tsp garam
6 tbsp minyak masak
1 tbsp air abu [alkaline water]
1 cawan air
garam
air utk mencelur
extra tepung utk taburan
ayak tepung ke dalam mangkuk adunan n masukkan garam.
buat lubang kat tgh2nya n tuangkan air+ air abu
gaul rata hingga jadi doh yg kental..
uli doh sampai betul betul sebati
[kalau rajin bior lama sket [ kalau guna food processor or mixer tak secantik uli dgn tgn
sebab those machine guna teknik cut thru n mix]
tabur tepung sket pas tu canai tepung slowly hingga jadik bentuk segi4,
kemudian potong memanjang kepada beberapa bahagian
sediakan noodle machine..
gelekkan mee melalui mesin mi tu start from yg paling tebal hingga lah agak agak
ketebalan mee yg kita nak beberapa kali [to ensure keanjalan mee]..
then bleh lalukan thru mesin memotong doh menjadi juraian mee..
buat hingga habis doh
sediakan air utk mencelur..masukkan garam sket ke dlm air yg direbus plus 2 tbsp minyak.
celur kejap je.. dlm 3-4 minit pastu toskan..
masukkan ke dlm bekas besar n gaulkan dgn balance minyak masak tadi hingga rata..
pastu leh pack mee tu dlm bekas kecil n simpan dlm peti sejuk
siappp!!
Variasi:
kalau nak kaler kuning..leh tambah serbuk kunyit sket kat tepung tu
kalau nak buat mee wantan lak..
resepi sama je tapi tambahkan 6 biji telur n omit minyak
pecahkan telur pastu kacau sket bagi yolks tu rata..tapi jgn pukul..
then campurkan dgn air + air abu..
kacau rata pastu buat mee mcm biasa..
tapi utk nak tabur tu..gunakan tepung ubi
lepas gelek jadi juraian pun dust dgn tepung ubi supaya tak melekat..
tak payah celur..leh terus simpan dlm peti sejuk/freezer
mee wantan lebih halus dari mee kuning..
guna resepi yg sama gak utk buat kulit wantan..
mee wantan yg hijau tu..
masa nak uli campurkan daun bayam yg dah dicelur n cincang/tumbuk halus halus[jgn berair..nanti adunan lembik]
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Laksa tepung beras
Bahan-bahan ( 2 org )
* 2 cwn tepung beras
* 2 cwn tepung gandum
* Sdkt tepung ubi
* Sdkt air panas
* Sdkt air sejuk
Cara-cara
1. Tuangkan sdkt air panas ke dlm tpg gandum,tpg beras & tepung ubi.Gaul
sebati
2. Kemudian campurkan air sejuk
3. Tekan adunan dlm periuk di atas api yg berisi air mendidih.Acuan yg saya
gunakan ialah acuan maruku.
4. Bila dh terapung..maknanya dh msk le tu.Toskan..rendam dlm air
sejuk.Toskan.Siap
Nota (cara saya) http://masakansyikin2.blogspot.com/search/label/Laksa :
- Saya ayak semua tepung ni terlebih dahulu
- Saya memasukkan air panas dan gaul sebati (dengan tangan pun boleh) pastikan ia meratai tepung. Kemudian masukkan air sejuk.
-Semasa menambah air sejuk, pastikan ia sedikit demi sedikit dan uli hingga boleh jadi doh yang lembut, pastikan doh tu tak melekat kat tapak tanganlah.
-masukkan doh ni ke dalam acuan muruku dan pusing pemutar acuan tu hingga keluar juraian doh tu ke dalam air yg sedang mendidih. Biarkan sehingga juraian2 mee ni timbul, angkat dan toskan. Masukkan pula ke dalam besen air sejuk seketika. angkat dan toskan.
-cuba buat guna separuh sukatan asal dulu, boleh gak makan untuk dua orang.
-cumanya sekarang ni, lepas siap tos tu, ia masih gak ada melekat2 sikit..agaknya time merebus tu nak kena masukkan sikit minyak utk elakkan ia melekat2 mcm merebus homemade mee kuning tu. yang ni saya tak try lagi. tak pe next time
LAKSA (Sumber Alaf21)
200g tepung beras
50g tang meen fun (sejenis tepung berkanji/non-gluten flour)
1 camt garam
200 ml air mendidih
1 camb minyak jagung
tepung beras untuk menabur
air, untuk merebus
2 camb minyak jagung, utk merebus
Campur tepung beras, tang meen fun dan garam di dalam mangkuk besar. Masukkan air mendidih dan minyak. Kacau dengan senduk kayu kemudian uli dengan tangan hingga menjadi adunan yg lembut. Bentuk menjadi silinder panjang 21 cm dan potong menjadi 7 bahagian selebar 3 cm. Tutup dengan tuala bersih. Canai satu bahagian menjadi 8×10 cm dan tebalnya 1/2 cm. Taburkan tepung beras. Gunakan mesin pembuat mee untuk membentuk mee (laksa ‘homemade’ tidak bulat tetapi leper sedikit). Jerang air hingga betul-betul mendidih
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

LAKSA (NINOZ)
Tepung beras
Sedikit tepung ubi
Air panas mendidih
Air secukupnya
Garam secukup rasa
amik sebahagian tepung beras [jgn byk sgt] dicampur dgn tepung ubi..pastu tuangkan air panas yg mendidih…gaul rata dgn sudu/senduk kayu - rupanya mcm doh yg sgt lembik n very sticky…doh ini akan jadik sorta ‘gum’ utk adunan laksa or else bila kita celur laksa..dia akan berderai kalau guna tepung beras semata-mata
lepas tu..baru campurkan semua tepung beras dgn doh ‘gum’ tadi n uli secukupnya
then baru la masuk dlm acuan laksa..[ade mesin khas utk laksa..dibuat dari tembaga...sama mcm mesin cendul/marukku]
then mouldkan laksa tu direct dlm air yg sedang mendidih..agak2 dah timbul tu terus angkat n toskan
kalau nak buat laksa chap lak…kita tak mouldkan laksa tu direct dlm air mendidih
instead, laksa tu di susun setompok setompok atas daun pisang..then dikukus [laksa chap lagi sedap tapi tak tahan lama]
kalau tak dapat gambaran yg tepat…maaf lah yer..tatau nak terang dgn tepat..carik gambo pun tak jumpa
kalau laksa kuala kangsar lak..dorang gunakan tepung tgandum instead of tepung beras…tapi caranya lebih kurang je dgn laksa beras
tambahann……
ni haa gambo alat utk nak buat laksa :

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
CARA=CARA MEMBUAT LAKSAM
Sumber GambarNhuda/noormasri




SUMBER NHUDA/CARI.COM.MY
Bahan-bahan untuk laksam
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
5 1/2 cawan air sejuk
1/2 cawan air panas mendidih
loyang bulat atau tudung periuk - lenser dengan sedikit minyak masak
(kalau nak cepat, gunakan 4-6 biji) periuk kukus - masak air hingga mendidih
Cara membuatnya
Campurkan tepung beras dan tepung gandum. Masukkan air sejuk. Kacau
rata-rata. Tuangkan air panas. Kacau rata-rata dan sedia untuk dikukus.
Cara mengukusnya.
Masukkan loyang atau tudung periuk ke dalam periuk kukus. Pastikan air
betul-betul mendidih untuk mengukus. Tuangkan satu atau satu setengah
senduk adunan tepung ke atas tudung periuk.. Jangan sampai melimpah tudung
periuk. Kukus sehingga masak. Untuk memastikan laksam dah masak, bila
tutup kukus dibuka, adunannya akan kelihatan mengelembung. Itu menandakan
dah
masak. Jadi, bolehlah diangkat..Biarkan sejuk sedikit, lepas tu bolehlah
digulung. Ulang proses hingga adunan tepung habis.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Homemade pasta
Bahan2nya:-
1 1/2 cawan all purpose flour
2 biji telur
sedikit garam & air
Cara2 membuatnya:-
1. Tepung dibuat lubang kat tengah. Lepas tu masukkan telur, garam & sedikit air. Adun hingga tidak melekat2 kat tangan. Sekiranya adunan tak cukup air, tambah sedikit air.
2. Biarkan adunan selama 5 minit sebelum dibuat pasta guna mesin mcm mesin mee.
PS. Mcm buat wonton wrappers pulak. Actually saya pernah buat wonton guna resipi yg sama ie. bubuh inti kat wrappers sebelum digoreng/kukus or buat sup mcm recipe masakan Cina.

TIP : Cara Merebus Spaghetti
Petua utk masak spaghetti supaya lembut dan lemak
Mula-mula Jerang air dalam periuk.
Kandungan air kita agak-agak dengan kuantiti spageti
Kemudian masukkan secubit garam dan sesudu minyak masak
Apabila menggelak air , masukkan spageti
Kacaulah dengan senduk
Kalau nak tahu bila spageti kita dan masak, keratlah spageti tersebut dengan senduk
Dan kalau ianya senang dikerat, maka dah masaklah spageti itu.
Toskan spageti dengan tangguk
Kemudian lalukan di bawah air merata.
Toskan sedikit air kemudian gaulkan spageti dengan minyak masak 1 sudu.
Gaulkan rata.Dan toslah.
Apabila sudah cukup kering kita akan dapat nikmati rasa spageti yanglembut, lemak dan sedap di makan.
Petua utk masak spaghetti supaya air dia tak membuak-2
kalau kita masak spaghetti nie kenalah letak air banyak sikit supaya semua spaghetti masuk ke dalam air,
tetapi kekadang kalau kita masak dan terlupa jaga dia ……
tengok-2 air dah membuak
so nak elakkan air daripada membuak nie, senang jer …….
.sebelum panaskan air masukkan kat dalam itu ashtray(BEKAS ABUK OKOK) (cari yang baru lah …..)
dan letakkan dia secara terbalik ………kemudian baru panaskan air ………
tapi tak semua ashtray nie boleh guna,
cari yang berat (supaya selalu tengelam, yang paling baik cari yang dibuat dari kaca)
dan kat tepi-2 dia itu ada lobang (lekuk sikit jer kekadang ……) utk selitkan rokok …..
kalau tak der lobang/lekuk dia ………..
hmm tak leh guna …….
sebab lobang itu nanti berguna utk kawal bebola-2 udara yang keluar semasa masak tu ..
sila cuba dan insyaAllah air tak membuak lagi
Cooking pasta.
1. Pastikan air telah mendidih , tambah garam > lebih kurang 1 sudu besar dan memasukkan pasta bila air tersebut mendidih semula.
2. Gaul sekali sekala untuk memastikan pasta tidak melekat.
3. Lebih kuang seminit sebelum masa pasta masak, keluarkan satu pasta dan check, gigit is the best, jika still ada keras ditengah atau
ada line putih, maknanya pasta belum masak lagi.
Masa untuk pasta masak.
Pasta yg segar (fettuccine, tagliatelle, lasagna) cooks quickly, 3-5 minutes.
Pasta kering dan nipis memerlukan 6 - 9 minit utk masak(.spaghettini, shells, rotini)
Pasta yg tebal (penne, ziti, spaghetti, tortiglioni, etc.) memerlukan masa 12-15 minit.



















by maznah, on March 5 2008 @ 3:18 pm
Salam…
Mesin yang kak nor guna untuk buat mee apa model??
Biasa kat mana boleh saya dapatkan..
Saya minat nak belajar cara buat mee…
Tq…
Ws..sy tk pasti model jenis apa..tp klu tk silap saya made italy..selalunya mesin nie khas untuk pasta..dan kt malysia skrng pun dah banyak klu tk silap atas supermarket pun ada mcm K4,tp model kt malaysia kebanyakkan dr china dan agak murah..kalau model italy mahal skit..tp sekadar untuk makan sendiri..yg made dr china pun ok..
dan klu nak buat jualan kecilan ada satu model agak menarik boleh tengok di sini..
by azwan suroto, on May 22 2008 @ 4:22 am
saya nak contact number untuk siapa yang buat resepi tu semua, plzz contact me as soon as possible 0122896426
by Era, on June 27 2008 @ 10:13 pm
air abu = alkaline water = air kapur? confius betul nih bila dah baca resepi/ cara nak buat mee kuning kat net nih, harap2 sesaper boleh tulun jelaskan.
klu tk silap air abu = dengan alkali water..klu tkder boleh jer ltk air kapur sireh tu..tp bukan kapur sirih air yg terandam dng kapur sireh tu..tk perlu bnyk setengah sudu teh jer..klu tk letak pun boleh..
kadang2 saya buat hanya tepung dan air garam jer….rajin tu ltk gak ler telur sebiji…
by Era, on July 2 2008 @ 9:19 pm
satu lagi soalan ada resepi mee kuning letak telur, ada tak letak telur ..dua dua ni kita panggil mee kuning? dan jugak kenapa bila saya celur mee dalam air, mee nmpk lembik lebih kurang macam nak pecah je ..dan bila dah angkat/toskan mee jadi stick to each other? terlebih air ke
yer 2 dipanggil mee kuning..klu tk silap yg diletk kuning telur agak kenyal skit..tp sy lebih suka tkder telur…
klu mee yg di homemade rasanya tidak di celur tp di rebus sehingga ia timbul baru namanya sudah masak…klu ia nampak pecah bermakna doh masa uli tu agak lembik..doh untuk homemade mee kuning agak keras skit dari doh karipap..dan ia perlu di salut tepung setiap kali di roll panjang dan di tabur tepung setelah diurai di mesin mee..
pengalaman sy..untuk mdpt mee supaya tidak patah..(jurai mee panjang)..cuba guna whisk telur untuk melerai mee ketika merebus..SEMOGA SUKSES.
by aidah, on July 9 2008 @ 6:45 am
Assalammualaikum,
Saya nak tanya… macam mana nak buat mee ni tahan lama.. apa bahan yang perlu dimasukkan… ?
by Era, on July 15 2008 @ 7:08 pm
tima kasih laa yee, lama tak check website nih ..tak sangka dapat jawapan yg cukup panjang dan very clear. i should try again. ops silap tulis bukan celur tapi rebus mee tu ..
by amalina, on July 31 2008 @ 7:37 pm
nak tanya pasal laksam tu. sukatan tu pakai cawan. cawan apa yea? cawan yang memang cawan sukatan ke atau cawan yang kita buat minum air kopi/teh tu?
boleh saja guna mana2 cawan..tp dengan syarat cawan untuk sukatan tepung dan air dengan cawan yg sama..
kaedah biasanya cawan yg kandungan biasanya 250ml.