IKAN PEKASAM (hanieliza)
Bahan-bahannya:
ikan talapia/sepat/puyu/haruan/keli [yg sedang2 tu]
1 cawan beras [gorengkan tanpa minyak dan mesinkan kasar]
2 s/b garam halus
1 cawan asam jawa
Caranya:
1. Bersihkan ikan dan toskan sehingga betul kering.
2. Gaulkan beras, garam, beras dan asam jawa dengan 1/2 cawan air.
3. Di dalam bekas [sebaiknya pasu], susun ikan selang seli antara garam campur asam.
4. Masukkan juga ramuan tu dalam perut ikan.
5. Tutupkan dengan kemas bekas ikan dan letakkan didapurs elama 2 atau 3 hari..
6. Bila dah nampak menjadi [berair] baru simpan dalam petisejuk.
Cara masak
1. JANGAN BASUH ikan pekasam.Panaskan minyak dan gorengkan terus ikan pekasamdengan api perlahan sehinggan masak dan garing.
2. Bila dah masak angkat dan masukkan dalam pinggan.
3. Lebihan minyak boleh goreng bawang dan cili hiris [ciliapi atau cili merah]
4. Tuangkan bawang dan cili goreng atas ikan. Perahkan jus limau [jika suka]
5. Sedia untuk hidangkan.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Cara MembuatPekasam:
http://ikanpuyu.fotopages.com/?&page=4
Bahan-bahannya:
2 pot susu beras
20 ekor ikan (puyu/sepat/lampam)
1 cawan garam
Cara membuatnya:
Basuh ikan sehingga bersih dan gaulkan bersama garam. kemudian peramkannya selama dua malam.
Serbuk Pekasam
Goreng beras tanpa minyak sehingga kekuningan dan biarkan selama 15 minit. Kemudian mesin atau kisarnya sehingga hancur.
Selepas itu, beras yang telah hancur diayak dan ambil hasilnya. Keluarkan ikan yang telah dua malam diperam dan gaulkan bersama serbuk tersebut.
Peram semula selama dua malam dan setelah itu boleh dimakan.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
PEKASAM IKAN
7 ekor ikan sepat atau ikan lampam
1-2 sudu makan jus limau nipis
100 gm garam kasar
20 keping asam gelugur
50 gm asam jawa
120 gm beras
1 sudu teh serbuk kunyit
Cara membuatnya:
1. Perap ikan bersama jus limau dan 1 sudu besar garam selama 2 jam.
2. Bersihkan dengan air dan tuskan hingga betul-betul kering.
3. Satukan ikan dengan baki garam dan serbuk kunyit.
4. Selitkan 2 atau 3 keping asam gelugur ke dalam perut setiap seekor ikan.
5. Campurkan asam jawa dengan sedikit air untuk mendapatkan air asam jawa pekat. Lumurkan pada ikan seluruhnya.
6. Susun ikan di dalam bekas bertutup. Tutup kemas-kemas. Biar selama 2 malam.
7. Goreng beras tanpa minyak hingga keemasan kemudian tumbuk atau kisar halus.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
KONGSI TIPS DARI EN.ISMAIL…Thnk Q 4 sharing.
ismail | ismacomy@yahoo.com | IP: 60.51.7.111
Ada satu petua yang nak dikongsi bersama:
Pada kebiasaanya, apabila ikan samada ikan air tawar atau air masin yang sudah buruk,lembik dan busuk akan dibuang.Tapi tahukah anda ikan2 itu akan jadi santapan yang menyelerakan kalau kena cara memprosesnya.Caranya mudah saja: ambil ikan itu dibuang perutnya saja,kemudian basuh bersih2 dan buat perkasam.
Ikutlah cara-cara buat pekasam dan dalamasa 3 hari sudah boleh digoreng dengan dicampur bawang dan selepas digoreng diperah asam limau ke atasnya,pehhhh,mertua lalu pun tak perasan,cubala?.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Resepi dari duchessofkent
ikan dibasuh bersih, then lumur dengan garam (kuantiti yg banyak) & peram selama 3 mlm
Lepas 3 mlm tu, basuh ikan tu balik sebersih-bersihnya …. untuk buang garam tu (tapi ikan already masin).
Then perap ikan dengan beras goreng (tanpa minyak) yg telah dimesin halus.
resepi ie tkder plak asam..sbb klu mak buat letak asam jg cam resepi kak liza tuu…
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
CARA MEMBUAT TELUR ASIN(Noormasri)
caranya:
basuh telur itik tu bersih2 tapi mak akak buat dia jemur sket telur tu lepas basuh tak tahu utk apa akak buat kat sini tak ada pun jemur2..alhamdulillah jadi gak..
masakkan air dan buh garam hingga masin rebing sehingga mendidih kemudian sejukkan…maaf akak tak pernah sukat garam ( % garam)..next time akak sukat..Insya’Allah
masukkan telur kedlm balang kaca/plastik..masukkan air garam tadi..biarkan selama sebulan..(akak suka selepas 3 minggu aje rasa masin sket2 je)
**kalau guna telur ayam peram selama 1 bulan 20hari**
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Serbuk sekam padi di bakar.
Campurkan garam dgn tanah liat.
Balut telor tersebut dgn tanah tadi.
Then, di golek plak dgn sekam padi yg telah di bakar.
![]() |
Resepi/gambar dr blog http://pakupakis.blogsome.comTelur berwarna saja putih(biasa telur itik) dibersihkan dan dan dijemur seharian juga?untuk 10 biji telur anggaran kasar garam digunakan 500-700 gm.
- pastu boleh dijeruk dengan air masak yg suam dimasukkan garam dan dikacau sehingga kelihatan agak likat.
-Biarkan tenggelam kesemua telur dan boleh dapat result dlm minggu kedua kalau terlalu masin(garam lebih)?.kalau sedang2 masin airnya?minggu ke-3 Insya-Allah ok rasanya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
SUMBER PERKONGSIAN BERSAMA EN.ISMAIL..thnk 4 sharing tips.
ismail | ismacomy@yahoo.com | IP: 60.51.7.111
Cara membuat telor masin komersial oleh peserta kursus menternak puyuh,ayam dan itek di Pusat Latihan Penternakan Ayam,Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Melaka.
Bahan utama hanya 4 perkara:
1. 20 biji telur itik
2. Garam 50% tanah liat 50%,ini bermakna garam 500 gram dan tanah 500 gram.
3. Sekam padi yang dibakar.
Perhatian; Tanah hendaklah dari tempat yang bersih dan tidak berbau busuk.Kalau 100 biji telur agak2 la berapa kilo tanah dan garam yang mencukupi,
kalau 100 biji telur anggaran dalam 5 kilo tanah + 5 kilo garam kot? Nanti buat ada la pengalaman.
Persediaan:
1. Telur dibasuh bersih dengan span hijau dan dikeringkan.
2. Adun, uli atau kisar hingga sebati antara garam dengan tanah sehingga seperti tepung goreng pisang,agar mudah melekat pada telur apabila dicelupkan telur
ke dalamnya. Kalau boleh dibiarkan adunan itu beberapa jam agar sebati.
3. Untuk membunuh kuman atau bakteria yang mungkin ada,elok di kukus adunan itu,kalau tak nak bunuh kuman atau bakteria pun tak apa,kerana barangkali kuman
dan bakteris tidak boleh masuk dalam telur yang hendak dijeruk.(Kalau nak tahu kuman boleh masuk ke tak,rujuk ke doktor itik).
4. Sediakan sekam padi yang sudah dibakar dan sejuk.
Cara2 membuat:
Setelah semua bahan ada di depan mata,celup telur kedalam adunan tanah liat dan garam dan golekkan ke atas sekam hingga terlindung adunan tanah,ramas2 dan
tekan2 sekam ke telur dan susun atau letakkan telur dalam tempat simpanan.Kalau khusus untuk dijual,teruskan masukan ke dalam plastik dan susun dalam almari
atau bekas penyimpanan.Jangan lupa bubuh tarikh dan selepas 10 hari boleh uji dan rasa sendiri akan hasilnya.Selepas 20 hari boleh rasa sekali lagi dan kalau
rasa sudah boleh dijual maka juallah, apa tunggu lagi.Kalau tak nak jual pun beri percuma kat sanak saudara atau jiran,tentu seronok dapat memberikan hasil
kerja kita sendiri,lagi pulak bila kena puji kata telur masih yang kita buat sedap,terangkat bontot kena puji,ha ha.Selamat mencuba.
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih






















by , on July 5 2007 @ 6:03 am
da cara lain bwt bkin tlor asin yg cpet g?
trus ap anda jg m’produksi tlor asin jg?
by kucai, on January 7 2008 @ 7:43 am
saya mencari cara hendak buat pekasam.. hehe.. jumpa site ini.. nice tutorial…
thnk Q..mudahan berjaya..
by Jibam, on April 21 2008 @ 1:29 pm
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Kami di TM AGROternak terlibat dengan penternakan ikan keli omega 3,6 dan 9 secara komersil pada awalnya. Tapi awal bulan 5 ni, kami bercadang untuk mempelbagaikan lagi aktiviti penternakan kami, antaranya ialah penternakan itik telur khusus untuk pembuatan telur asin. Sapa2 yang ada resepi yang lebih tepat untuk pembuatan telur asin ni, jangan segan untuk email kami… pertolongan anda amat kami hargai.
by iena, on April 25 2008 @ 2:00 pm
saya nak tahu siapakah antara usahawan yg telah berjaya dlm perniagaan telur asin..bolehkah saya tahu bagaimana rancangan pentadbiran,operasi,pemasaran serta ramalan jualan jika saya ingin memulakan perniagaan telur asin ini..bolehkah anda membantu saya untuk mencari maklumat tersebut??
by ismail, on May 3 2008 @ 9:45 am
Cara membuat telor masin komersial oleh peserta kursus menternak puyuh,ayam dan itek di Pusat Latihan Penternakan Ayam,Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Melaka.
Bahan utama hanya 4 perkara:
1. 20 biji telur itik
2. Garam 50% tanah liat 50%,ini bermakna garam 500 gram dan tanah 500 gram.
3. Sekam padi yang dibakar.
Perhatian; Tanah hendaklah dari tempat yang bersih dan tidak berbau busuk.Kalau 100 biji telur agak2 la berapa kilo tanah dan garam yang mencukupi,
kalau 100 biji telur anggaran dalam 5 kilo tanah + 5 kilo garam kot? Nanti buat ada la pengalaman.
Persediaan:
1. Telur dibasuh bersih dengan span hijau dan dikeringkan.
2. Adun, uli atau kisar hingga sebati antara garam dengan tanah sehingga seperti tepung goreng pisang,agar mudah melekat pada telur apabila dicelupkan telur
ke dalamnya. Kalau boleh dibiarkan adunan itu beberapa jam agar sebati.
3. Untuk membunuh kuman atau bakteria yang mungkin ada,elok di kukus adunan itu,kalau tak nak bunuh kuman atau bakteria pun tak apa,kerana barangkali kuman
dan bakteris tidak boleh masuk dalam telur yang hendak dijeruk.(Kalau nak tahu kuman boleh masuk ke tak,rujuk ke doktor itik).
4. Sediakan sekam padi yang sudah dibakar dan sejuk.
Cara2 membuat:
Setelah semua bahan ada di depan mata,celup telur kedalam adunan tanah liat dan garam dan golekkan ke atas sekam hingga terlindung adunan tanah,ramas2 dan
tekan2 sekam ke telur dan susun atau letakkan telur dalam tempat simpanan.Kalau khusus untuk dijual,teruskan masukan ke dalam plastik dan susun dalam almari
atau bekas penyimpanan.Jangan lupa bubuh tarikh dan selepas 10 hari boleh uji dan rasa sendiri akan hasilnya.Selepas 20 hari boleh rasa sekali lagi dan kalau
rasa sudah boleh dijual maka juallah, apa tunggu lagi.Kalau tak nak jual pun beri percuma kat sanak saudara atau jiran,tentu seronok dapat memberikan hasil
kerja kita sendiri,lagi pulak bila kena puji kata telur masih yang kita buat sedap,terangkat bontot kena puji,ha ha.Selamat mencuba.
by ismail, on May 3 2008 @ 9:59 am
Ada satu petua yang nak dikongsi bersama:
Pada kebiasaanya, apabila ikan samada ikan air tawar atau air masin yang sudah buruk,lembik dan busuk akan dibuang.Tapi tahukah anda ikan2 itu akan jadi santapan yang menyelerakan kalau kena cara memprosesnya.Caranya mudah saja: ambil ikan itu dibuang perutnya saja,kemudian basuh bersih2 dan buat perkasam.
Ikutlah cara-cara buat pekasam dan dalamasa 3 hari sudah boleh digoreng dengan dicampur bawang dan selepas digoreng diperah asam limau ke atasnya,pehhhh,mertua lalu pun tak perasan,cubala….
by ismail, on May 20 2008 @ 5:18 am
Assamualaikum,
Kali ini saya nak bagi tips atau kongsi MAKAN MEMPELAM.
Kita biasa makan pelan atau ‘buah pauh’ bagi orang Kelantan dengan begitu sahaja,terutama pelam siam yang nampak menarik dan mengiurkan,tapi kalau masam tak makan dan dibuang dan menyumpah sipenjual penipu kata manis.Kita mungkin terasa ganjil orang Kedah makan dengan pulut.Mahukah anda mengubah sikit cara makan sptmana saya lakukan,asyik dok makan lagu tu saja,kekadang nak jugak berubah cara.Cara makan orang Kelantan lah katakan…
Cara saya mesti memberi kelainan terhadap citarasa mempelam kerana ianya dicampur dengan 11 bahan ramuan yang tidak memudaratkan perut.Anda juga boleh mencuba ramuan ini untuk menguji ketahanan perut anda,ha ha ha.
Caranya adalah: Jeng Jeng Jeng Betul ke Aku ni!! Cara buat tak pakai nombor!!
Mempelam yang sudah masak dibuang kulit seperti biasa,tak kira pelam siam ke,pelam tempatan yang kecik-kecik tu.Tak kira ianya manis atau masam,dihiris semuat mulut,jangan besar sangat,jangan kecil sangat.Masukkan dalam mangkuk sepadan isi mempelam dan tambahlah sepuluh ramuan ke dalam hirisan isi mempelam tadi hanya sedikit saja atau secukup rasa.Anda akan dapati pelam manis bertambah lazat dan yang masam BOLEH dimakan.
11 ramuan itu adalah:
Sedikit garam,gula,cuka,cili bo atau sos cili,tomato sos,perencah keropok,petis atau otak udang.
Sedikit belacan,air jeruk pelam,hirisan manisan dan secubit sodium bicarbonate.
Anda boleh tolak mana-mana bahan yang difikirkan anda tak boleh makan, contoh belacan.Untuk menambahnya saya rasa tidak ada lagi,kerana itu sudah cukup untuk membuat anda terasa ‘melayang’ masa memakannya.
Dalam mangkuk besar tadi,makan ramai2 seperti orang Al-Arqam makan suatu ketika dulu,guna garfu,atau boleh saja guna mangkuk asing-asing.Kalau tak habis boleh disimpan dalam peti sejuk berhari-hari,kalau mempelam habis,’kuahnya’ dari 11 ramuan tadi boleh disimpan beberapa hari dalam peti ais dan menambah isi pelam lagi untuk dimakan lagi..
Selamat mencuba…
by haffiz, on May 22 2008 @ 10:31 am
saya adalah penternak itik…….memiliki lebih 2000 ekor itik dari baka khaki cambell ….bagai mana saya hendak memproses didalam kuantiti yang besar?????????
by hj zainal, on May 24 2008 @ 2:05 pm
saya nak tahu adatak kawan2 tanam buah markisa
by susan, on September 11 2008 @ 5:42 am
ei… best gak resepi ni… saya ni memang berhantu makan telur masin…
by ikram @ mon, on October 13 2008 @ 9:38 am
Salam.Tahniah kepada penulis blog diatas usaha menjadikan site ni sebagai medium ilmu. Teruskan usaha. Saya merupakan seorang trader/usahawan muda yang mempunyai ladang itik telur dan daging di tanjung karang. Kami mempelawa individu / syarikat yang berminat untuk berkongsi ilmu / bisnes dan apa shj dengan kami.Sila email saya untuk lebih lanjut.
brother_mon@yahoo.com
by Izah Aziz, on November 18 2008 @ 12:34 am
Saya suka resep telur masin dan ingin mencubanya. Tanah/tanah liat tu saya boleh cari. Sekam padi macammana? Tak pernah tengok. Kalau ganti bahan lain boleh atau tak guna langsung.
by Sofieyya, on November 18 2008 @ 5:52 am
Salam Izah Aziz..boleh jer kalau tkde sekam padi salut hanya dengan tanah liat..
tp klu nk senang lg..remdam dlm balang plastik sj..
by Baby name meaning and origin for Pelan, on December 29 2008 @ 12:54 pm
[...] CARA MEMBUAT PEKASAM/TELUR MASIN. | NiCe To KnoW YoU| Easy to Make … reddit_url=’http://www.baby-parenting.com/baby/babyname/Pelan’ reddit_title=’Baby name meaning and origin for Pelan’ [...]