Archives for September, 2006
Posted on 2006 under Mee & Pasta |
28
Sep

Bahan-bahannya:
minyak untuk menumis
2 biji kelapa- diambil santan
1 kg ikan kembung, di ambil isi saja
3 camca besar serbuk kacang kuda
2 camca besar air limau nipis
mi laksa di celur
Bahan-bahan di kisar:
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 camca teh halia
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh serbuk cili
2 camca besar minyak bijan
4 camca besar minyak kacang
3 tangkai cili merah
1 camca teh belacan
1 camca besar sos ikan
Bahan-bahan hirisan
daun bawang
daun ketumbar
bawang besar
bawang goreng
telur rebus
sambal udang kering(seperti sambal tumis)
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan bahan kisar hingga wangi. Masukkan santan, isi ikan, serbuk kacang kuda dan air limau nipis.
2. Masak hingga pekat sebelum dihidang bersama laksa.
Peringatan: Jika suka boleh tuang sedikit minyak bawang putih sewaktu menghidang. Goreng bawang putih dengan minyak kacang dan sejat.
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

NUGGET AYAM
Sumber : Noormasri
Bahan-bahannya
500 g isi ayam, dikisar/cincang
1/4 cawan fresh breadcrumbs
1-2 biji telur, dipukul sedikit
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
serbuk cornflake secukupnya atau serbuk roti utk ‘coating’
Cara-caranya
1. Campurkan ayam bersama fresh breadcrumbs, serbuk lada sulah dan garam.
2. Gaul sebati.
3. Ambil sedikit adunan bentukkan menjadi leper, ulang sehingga habis.
4. Kemudian celup ke dalam telur dan lepas itu digolek kedalam serbuk cornflake/roti.
5. Ulang semula dgn mencelup ke dlm telur dan diakhiri dgn serbuk cornflake/roti supaya mendpt lapisan luar yg agak tebal.
6. Goreng dengan api perlahan sehingga kekuningan.
7. Sedia dimakan bersama sos.
Resepi II:
Bahan-bahan:
2 keping dada ayam } potong sebesar 2 inci
1 1/2 cawan serbuk cornflake (cornflake crumbs) atau serbuk roti (bread crumbs)
garam secukup rasa
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk bawang putih jika suka
1-2 biji telur } dipukul sedikit
minyak utk menggoreng
Cara membuat:
Ayam dicucikan dan toskan.
Campurkan garam, lada sulah, serbuk bawang putih ke dlm serbuk cornflake atau serbuk roti, kacau sekata.
Celup ayam kedlm telur kemudian golekkan kedlm serbuk cornflake/roti kemudian celup semula ke dlm telur dan ulang golek semula ke dlm serbuk cornflake/roti
Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan
Hidangkan bersama cili sos
Chicken Nuggets [chempaka-ku]
375g chicket thigh fillets, roughly chopped
1 egg
1 tbsp chopped fresh chives (kalau tak ada tukar or tinggalkan saja)
1/4 tsp sesame oil
2 tsps plum sauce
1 tsp soy sauce
1 cup cornflakes
1. Preheat oven to 180 degree Celcius.
2. Line a 32 x 28 cm tray dengan foil. Brush dengan melted butter atau oil.
3. Masukkan ayam, telur, chives, sesame oil dan sauces ke dalam food processor dan process hingga smooth ….or beli minced chicken dan gaul rata.
4. Ambil heaped teaspoons mixture dan buat bebola. Roll bebola tadi dengan cornflakes.
5. Simpan dalam tray tadi dan bakar selama 15 mins or until golden and crisp.
………………………………………O0O0…………………………….
MEATBALL

BUTTER BALL
Sumber: Halimah Anang
Bahan-bahannya
50 gram mentega
260 gram daging cincang
250 gram air daging
150 ml susu cair
100 gram tepung gandum
sedikit bawang kecil buat tumis
daun sup/daun bawang
serbuk lada putih
serbuk buah pala
garam
gula
ajinomoto
Cara-caranya
Tepung dibancuh dengan air kemudian masukkan susu. Mentega dicairkan, goreng bawang sampai kuning. Masukkan daging kemudian digoreng dengan api perlahan. Masukkan bancuhan susu, tepung dan air daging masak sampai kering. Masukkan serbuk lada putih, buah pala, garam dan ajjinomoto. Kemudian daun sup dan daun bawang. Kacau atas api yang kecil sampai pekat, kemudian sejukkan. Kepal bulat-bulat dan golekkan atas serbuk roti (bread crumbs), celup dengan putih telur dan golekan lagi atas tepong roti dan digoreng.
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih


TAUFU FA sumbangan Lynn ResepiNet
Bahan-bahannya
300 gram kacang soya
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh sekko/ GDL
2 cawan air kacang soya
3 helai daun pandan
Cara-caranya
1. Rendam kacang soya selama 4 - 5 jam.
2. Kisar kacang soya dengan 5 cawan air. Perah menggunakan kain muslin.
3. Kemudian kisar kali kedua hampas kacang soya dengan 7 cawan air. Ketepikan 2 cawan air kacang soya.
4. Didihkan air kacang soya dengan daun pandan.
5. 2 cawan air kacang soya dicampurkan dengan tepung jagung dan sekko/ GDL dikacau rata.
6. Tuang campuran air kacang soya bersama tepung jagung dan sekko kedalam bekas nasi ataupun tupperware.
7. Air kacang soya yang telah mendidih tu dituang kedalam bekas yang mengandungi air kacang soya yang telah dicampur sekko dan tepung jagung tu dengan cara teknik teh tarik iaitu dari bawah naik keatas jadi air kacang soya yang panas itu sebati dengan air soya yang dicampur sekko dan tepung jagung.
8. Jika permukaan ada buih dibuang buihnya TAPI JANGAN DIKACAU. Kemudian tutup, lepas 30 minit - 1 jam, kemudian boleh dihidangkan dengan sirap gula.

Taufu Fa sumbangan Fiza ResepiNet
Bahan-bahannya
300 gm soy beans - cuci, kosek sampai air clear…rendam semalaman dalam bekas bertutup
2 liter air
1 tsp sekko powder (boleh dibeli di Chinese medical hall)
2 sd besar tepung jagung
1/2 cawan air
2 helai daun pandan - disimpul carik
AIR GULA
1 cawan gula
2 cawan air
simpulan daun pandan
sehiris halia (optional)
Cara membuat Taufu Fa
Kisar kacang soya bersama air (3 kali kisar) Perah ambil pati yang pertama sahaja. Tapis dengan kain supaya tak berkeladak…Boil bersama daun pandan dan kacau supaya tak meruap. sementara itu campurkan tepung jagung, sekko dan air kacau rata…Tuang soya bean yang sedang mendidih dalam satu bekas seeloknya periuk nasi…tuang dari atas dgn pantas campuran tepung jagung rata2 - tak perlu kacau dan tutup-alas penutup periuk dgn kain jika perlu. Biarkan beku..(boleh lihat air akan terapung diatasnya macam agar2 setelah tauhu set). Buang lebihan air sewaktu hendak skup (gunakan sudip atau senduk nipis).
Cara membuat Air Gula
Boil till thick
Ini pulak tips dari Diana :
Ini ada sedikit tips yang mungkin boleh dapat menghasilkan Taufu Fa yang perfect.
1) Dahulukan dengan Bismillah
2) Air kacang soya yang telah diperah tu. Ketepikan 2 gelas air kacang soya. Lebihan dimasak dengan daun pandan.
3) Air kacang soya hendaklah betul-betul masak ya kira dia didih sedikit-sedikit gitu jangan hanya wapkan.
4) Bila nampak air kacang soya hampir mendidih, bancuh sekko/ gdl dan tepung jagung kedalam air kacang soya yang 2 gelas itu. Kacau rata. Kemudian tuang dalam bekas nasi.
5) Tepung jagung boleh lebihkan sedikit (1 sudu besar), ini Diana buat pada kali 4 yang menjadi sebab tengok agak cair bancuhan air tu.
6) Sebelum tuang air kacang soya yang mendidih kedalam bekas tu, pusing2kan bekas nasi yang ada 2 gelas air kacang soya yang telah dibancuh bersama sekko/gdl dan tepung jagung. Supaya tepung jagung tidak mendap.
7) Baca bismillah lagi. Air kacang soya yang telah mendidih tu tuang kedalam bekas dari tepi bekas naikkan macam teh tarik cepat2 tinggi2. Ini yang akan membuat air kacang soya bercampur rata dengan adunan sekko/gdl dan tepung jagung.
Kemudian buang buih yang ada diatas untuk mendapatkan taufu fa yang licin diatasnya.
9) Ini Diana buat sendiri kalau nak ikut pun boleh sebab kali 4 buat menjadi. Bekas nasi Diana pusing2kan sikit. Kira ngerengkan sikit dan pusingkan 3 - 5 kali alah macam penyanyi dangdut pusing pinggang dia tu. macam tu la.
10) Tutup bekas nasi tu.
11) Taufu Fa yang cukup syarat akan menjadi cepat 45 minit dah beku dan ready untuk dihidangkan.
Antara faktor Taufu Fa tidak menjadi yang dapat Diana perhatikan dari process Diana mencuba.
1) Sekko kena cek dengan kedai yang kita beli sama ada sudah bakar atau belum. Sekko yang belum dibakar akan bewarna transparent, bila sudah bakar pada suhu 150 darjah c selama 2 jam ia akan bertukar seperti putih susu. Lebih baik beli GDL kat Bake with Yen. Ia juga dikenali dengan nama Lactone di Siingapura, my makcik beritahu sebab mereka iya2 sangat nak mencuba. So far feedback yang Diana dapat dari yang mencuba dengan GDL dan Lactone, first time je terus menjadi.
2) Air kacang soya hendaklah dimasak dengan betul. Jangan hanya wapkan sebaik-baiknya didihkan sedikit.
3) Tepung Jagung yang digunakan pun memainkan peranan. Diana menggunakan tepung jagung yang paketnya ada dua butir jagung diluar. Paket ini berhasil yang lain hampeh.
4) Kacang direndam dalam jangka 4 - 5 jam jangan berlebihan. Kerana jika lebih besar kemungkinan air banyak meresap.
5) Beli kacang soya dari supermarket Giant, Jaya Jusco dll jangan di kedai runcit. Norazie pernah mencuba katanya berlainan warna.
Ini sahaja tips yang boleh Diana berikan. Dan bila Taufu Fa itu menjadi bila kita ngerengkan bekas nasi tu taufu fa bersatu dan licin ditepi bermakna dah ready untuk dihidang. Alhamdullilah ia menjadi.

TAUFU FA KOKTEL
Bahan
taufu faa
fruit koktel dalam tin
air gula
ais batu
Cara
Masukkans semua bahan dalam mangkuk hidang dan sejukkans ebelum dihudangkan untuk makan.
……………………………………….o0o0…………………………………
AIR KACANG SOYA
Bahan:
*1.5 cawan kacang soya direndam hingga kembang
*2 sudu makan susu tepung(optional)
*air secukupnya
*gula sesedap rasa
*daun pandan disimpul
*secubit garam
Cara:
*Blend kacang soya (yg telah kembang) dengan air
*tapis menggunakan kain kasa
*ulangi sehingga kacang soya habis di blend
*masukkan kedalam periuk dan masukkan susu tepung dan secubit garam dan kacau hingga larut
*masak dgn api sederhana dan sentiasa kacau kalau tak berkerak kat bawah
*masukkan daun pandan dan tunggu mendidih dan masukkan gula
1.5 cawan kacang soya menghasilkan hampir 2 botol mineral tinggi)

HOMEMADE SOYA BEAN
Macam ini -
1. Beli kacang soya (dkt kedai cina ada jual)
2. Rendam dlm air biasa
3. Bila dah lama direndam kulit dia akan mengelupas
4. Buang selaput kulit dia yg megelupas ni
5. Masukkan kacang tu dlm blender - blend (tambah air sikit)
6. Tuang isi kacang yang telah dimesin ni atas kain jarang (not so jarang lah kan)
7. Lepas tu ikant kain tu and perah out the juice
8. Bila sudah habis semua kacang di mesin dan sudah diperah air nya
masukan juice kacang soya tu dlm periuk
9. Kacau sentiasa.
10. Kalau nak manis tambah lah gula
Saya buat yang kosong - bila nak minum sahaja saya tambah air gula. Pak saya suka minum yang suam.



Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih
APA ITU BAIN MARIE/ STEAMBATH METHOD?
Bain marie adalah satu teknik khusus yang digunakan untuk membakar dengan teknik steam bake. Maknanya sekiranya ada resepi yang dikehendaki membakar secara bain marie.Jadi adunan dimasukkan dalam loyang atau Springform,loyang itu perlu dilapis dengan foil dahulu dan melebihi dari loyang asal supaya senang ditanggal nanti atau dikuatiri termasuk air, lalu sediakan loyang yang lebih besar dari loyang adunan tadi dan isikan air.Kemudian rendamkan loyang berisi adunan tadi kedalam loyang yang mengadungi air masukkan kedalam Oven..seolah2 kueh @kek itu seperti sedang dikukus.

Teknik memasak ini biasanya digunakan untuk kek2 yang lembut seperti custard atau sous yang bahannya menggunakan banyak kuning telur atau cheesecake yang mengandungi putih telur secara meringue. Tujuannya membuat kek tetap dalam temperatur rendah selama mana memasak dan menghindari masakan cepat masak dan menghindari saus /cake menjadi kecokelatan warnanya.

Steambath Method selalu digunakan bila kita membakar cheesecake. Tujuan adalah supaya sewaktu kita membakar Cheesecake, permukaannya tidak akan ?crack? ataupun merekah.

Loyang Springform yang telah anda isikan dengan adunan cheesecake hendaklah anda balut bawah permukaan loyang dengan aluminium foil. Ketinggian aluminium foil kena lebih dari air yang diisi dalam loyang. Kenapa perlu anda buat demikian? Loyang Springform yang kita gunakan tidak kalis air (waterproof) dan jika kita letakkan loyang Springform kedalam loyang yang berisi air, besar kemungkinan air akan meresap kedalam loyang dan adunan cheesecake didalamnya. Jadi perlu untuk anda lapikkan dengan aluminium foil.
Sediakan dulang yang lebih besar dari loyang Springform dan isikan dengan air setinggi 1 ? 1 ? inci. Bila ketuhar sudah panas anda boleh masukkan loyang yang berisi air dan juga loyang Springform dengan adunan cheesecake kedalam ketuhar dan bakar mengikut masa yang tertera didalam resipi.
Sewaktu membakar Cheesecake, buat 30 minit pertama waktu membakar jangan anda buka oven dan main ?celupppp baaaaa?, jangan la kacau cheesecake tu tengah nak membesar biar dia bakar cantik-cantik dulu nanti dia terkejut kena ?celuppp baaaaa? haaa lain la rupanya, terus dia pun pancit dan tak mahu naik mengembang? Relax laaaa selalu cheesecake kalau kena bakar pun dalam 1 jam ? 1 jam 15 minit.
Haaa, kalau anda tak main ?celup baaaa? dengan cheesecake dan dibuat dengan cara yang betul haa tengok tu gambar diatas haaa kau ambik tu sebiji Continental Cheesecake dari Chanel2004.
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih
Posted on 2006 under *Tips And Tricks*, Mee & Pasta |
14
Sep
CARA-CARA MEMBUAT MEE HOMEMADE
Sumber resepi dr kaknoormasri/cari.com.my


MEE KUNING [NoorMasri]-Menghasilkan 700 g mee kuning
Bahan-bahan:
350g tepung high protein
2 biji putih telur
1 sudu kecil air kapur
100 ml air
sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
6 sudu besar minyak masak
sedikit tepung utk taburan
Cara membuat:
Ayak tepung ke dalam mangkuk besar, buat lubang ditengahnya
Di dalam bekas lain campurkan telur, air kapur, air, pewarna kuning dan garam kemudian kacau sebati
Curahkan campuran air tadi ketengah2 tepung.
Uli sehingga sebati dan menjadi doh yg kental
Bahagi doh kpd 4 bahagian
Ambil 1 bahagian, leperkan kemudian lalukan ke dlm mesin (guna yg paling tebal, bermula no 1 kalau mesin K.Noor)
Kemudian ulang menggeleknya sehingga hasilnya licin dgn menggunakan ketebalan yg makin berkurangan
Pilih ketebalan yg dikehendaki (K.Noor guna no 4), gelek utk kali terakhir disini
Sapukan sedikit tepung atasnya (supaya bila mee keluar ianya tak melekat antara satu sama lain) kemudian lalukan kpd mesin juraian mee
Ulang begini sehingga abis ke empat2 bahagian doh tadi
Bila dah selesai kesemuanya, didihkan air masukkan 3 sudu besar minyak dlm air tersebut
Celur mee dlm air mendidih (guna api perlahan) selama 2 minit (jgn celur sekali gus, celur sket2 mee tu)
Kemudian toskan mee tersbt, gaul dgn 3 sudu besar minyak masak
Sedia utk digunakan atau boleh disimpan dlm peti sejuk selama 3-4 hari.
Nota: Doh mee ni mmg keras jika dibandingkan dgn doh karipap
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

MEE KUNING MamaFaMi
[sumber Datin Salmah]/mamafami photopage
Bahan-bahan :
4 cawan tepung
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu besar air kapur @ air abu
secukup pewarna kuning (optional).
Cara :
* Masukkan tepung, telur, air kapur dan pewarna kuning dalam mixer.
* Onkan mixer dan tuang air sikit demi sikit sehingga doh yang agak kental terhasil (not too soft). Uli for about 10 minutes.
* Biarkan doh rehat untuk 1 - 2 jam.
* Masukkan air secukupnya dalam periuk, bersama sedikit garam dan minyak. Didihkan.
* Sementara menunggu air mendidih, buatkan bebola kecil dari doh tadi dan roll flat. Coat dengan tepung dan lalukan pada mesin yang licin sebanyak 3 kali.
* Coat kepingan tadi dengan tepung (supaya tidak melekat pada mesin nanti) dan lalukan kat mesin potong mi. Proses ni harus dilakukan dengan laju sikit supaya doh tak melekat pada mesin.
* Setelah semuanya selesai, masukkan mi kuning dalam air mendidih dan kacau selama 5 minit.
*Tuangkan mi tadi ke dalam tapisan dan lalukan pada air paip.
*Toskan mi tersebut dan bila dah sejuk, gaulkan minyak rata-rata atas mee tadi. Sedia untuk digunakan….
NOTA : Jangan masukkan garam dalam adunan kerana dikhuatiri akan membuat mesin pasta berkarat.
GAMBAR HASIL HOMEMADE MEE
Gambar nek_fiona

Gambar achik-yaya

Gambar dr kakmas

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

KUEYTEOW - NOORMASRI/EDIT SHIDA..cari.com.my
Bahan-bahan:
250g tepung high protein - Shida guna 200gm
100g tepung beras - Shida guna 150gm
2 biji putih telur - Shida guna 1 biji telur
100 ml air - tambah 2-3 sudu kecil jika perlu
1 sudu kecil garam
6 sudu besar minyak masak atau secukupnya
sedikit tepung utk taburan
Mee Kuning buatan sendiri
Sumber[ninoZ]cari.com.my
600gm tepung gandum
1 1/2 tsp garam
6 tbsp minyak masak
1 tbsp air abu [alkaline water]
1 cawan air
garam
air utk mencelur
extra tepung utk taburan
ayak tepung ke dalam mangkuk adunan n masukkan garam.
buat lubang kat tgh2nya n tuangkan air+ air abu
gaul rata hingga jadi doh yg kental..
uli doh sampai betul betul sebati
[kalau rajin bior lama sket [ kalau guna food processor or mixer tak secantik uli dgn tgn
sebab those machine guna teknik cut thru n mix]
tabur tepung sket pas tu canai tepung slowly hingga jadik bentuk segi4,
kemudian potong memanjang kepada beberapa bahagian
sediakan noodle machine..
gelekkan mee melalui mesin mi tu start from yg paling tebal hingga lah agak agak
ketebalan mee yg kita nak beberapa kali [to ensure keanjalan mee]..
then bleh lalukan thru mesin memotong doh menjadi juraian mee..
buat hingga habis doh
sediakan air utk mencelur..masukkan garam sket ke dlm air yg direbus plus 2 tbsp minyak.
celur kejap je.. dlm 3-4 minit pastu toskan..
masukkan ke dlm bekas besar n gaulkan dgn balance minyak masak tadi hingga rata..
pastu leh pack mee tu dlm bekas kecil n simpan dlm peti sejuk
siappp!!
Variasi:
kalau nak kaler kuning..leh tambah serbuk kunyit sket kat tepung tu
kalau nak buat mee wantan lak..
resepi sama je tapi tambahkan 6 biji telur n omit minyak
pecahkan telur pastu kacau sket bagi yolks tu rata..tapi jgn pukul..
then campurkan dgn air + air abu..
kacau rata pastu buat mee mcm biasa..
tapi utk nak tabur tu..gunakan tepung ubi
lepas gelek jadi juraian pun dust dgn tepung ubi supaya tak melekat..
tak payah celur..leh terus simpan dlm peti sejuk/freezer
mee wantan lebih halus dari mee kuning..
guna resepi yg sama gak utk buat kulit wantan..
mee wantan yg hijau tu..
masa nak uli campurkan daun bayam yg dah dicelur n cincang/tumbuk halus halus[jgn berair..nanti adunan lembik]
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Laksa tepung beras
Bahan-bahan ( 2 org )
* 2 cwn tepung beras
* 2 cwn tepung gandum
* Sdkt tepung ubi
* Sdkt air panas
* Sdkt air sejuk
Cara-cara
1. Tuangkan sdkt air panas ke dlm tpg gandum,tpg beras & tepung ubi.Gaul
sebati
2. Kemudian campurkan air sejuk
3. Tekan adunan dlm periuk di atas api yg berisi air mendidih.Acuan yg saya
gunakan ialah acuan maruku.
4. Bila dh terapung..maknanya dh msk le tu.Toskan..rendam dlm air
sejuk.Toskan.Siap
Nota (cara saya) http://masakansyikin2.blogspot.com/search/label/Laksa :
- Saya ayak semua tepung ni terlebih dahulu
- Saya memasukkan air panas dan gaul sebati (dengan tangan pun boleh) pastikan ia meratai tepung. Kemudian masukkan air sejuk.
-Semasa menambah air sejuk, pastikan ia sedikit demi sedikit dan uli hingga boleh jadi doh yang lembut, pastikan doh tu tak melekat kat tapak tanganlah.
-masukkan doh ni ke dalam acuan muruku dan pusing pemutar acuan tu hingga keluar juraian doh tu ke dalam air yg sedang mendidih. Biarkan sehingga juraian2 mee ni timbul, angkat dan toskan. Masukkan pula ke dalam besen air sejuk seketika. angkat dan toskan.
-cuba buat guna separuh sukatan asal dulu, boleh gak makan untuk dua orang.
-cumanya sekarang ni, lepas siap tos tu, ia masih gak ada melekat2 sikit..agaknya time merebus tu nak kena masukkan sikit minyak utk elakkan ia melekat2 mcm merebus homemade mee kuning tu. yang ni saya tak try lagi. tak pe next time
LAKSA (Sumber Alaf21)
200g tepung beras
50g tang meen fun (sejenis tepung berkanji/non-gluten flour)
1 camt garam
200 ml air mendidih
1 camb minyak jagung
tepung beras untuk menabur
air, untuk merebus
2 camb minyak jagung, utk merebus
Campur tepung beras, tang meen fun dan garam di dalam mangkuk besar. Masukkan air mendidih dan minyak. Kacau dengan senduk kayu kemudian uli dengan tangan hingga menjadi adunan yg lembut. Bentuk menjadi silinder panjang 21 cm dan potong menjadi 7 bahagian selebar 3 cm. Tutup dengan tuala bersih. Canai satu bahagian menjadi 8×10 cm dan tebalnya 1/2 cm. Taburkan tepung beras. Gunakan mesin pembuat mee untuk membentuk mee (laksa ‘homemade’ tidak bulat tetapi leper sedikit). Jerang air hingga betul-betul mendidih
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

LAKSA (NINOZ)
Tepung beras
Sedikit tepung ubi
Air panas mendidih
Air secukupnya
Garam secukup rasa
amik sebahagian tepung beras [jgn byk sgt] dicampur dgn tepung ubi..pastu tuangkan air panas yg mendidih…gaul rata dgn sudu/senduk kayu - rupanya mcm doh yg sgt lembik n very sticky…doh ini akan jadik sorta ‘gum’ utk adunan laksa or else bila kita celur laksa..dia akan berderai kalau guna tepung beras semata-mata
lepas tu..baru campurkan semua tepung beras dgn doh ‘gum’ tadi n uli secukupnya
then baru la masuk dlm acuan laksa..[ade mesin khas utk laksa..dibuat dari tembaga...sama mcm mesin cendul/marukku]
then mouldkan laksa tu direct dlm air yg sedang mendidih..agak2 dah timbul tu terus angkat n toskan
kalau nak buat laksa chap lak…kita tak mouldkan laksa tu direct dlm air mendidih
instead, laksa tu di susun setompok setompok atas daun pisang..then dikukus [laksa chap lagi sedap tapi tak tahan lama]
kalau tak dapat gambaran yg tepat…maaf lah yer..tatau nak terang dgn tepat..carik gambo pun tak jumpa
kalau laksa kuala kangsar lak..dorang gunakan tepung tgandum instead of tepung beras…tapi caranya lebih kurang je dgn laksa beras
tambahann……
ni haa gambo alat utk nak buat laksa :

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
CARA=CARA MEMBUAT LAKSAM
Sumber GambarNhuda/noormasri




SUMBER NHUDA/CARI.COM.MY
Bahan-bahan untuk laksam
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
5 1/2 cawan air sejuk
1/2 cawan air panas mendidih
loyang bulat atau tudung periuk - lenser dengan sedikit minyak masak
(kalau nak cepat, gunakan 4-6 biji) periuk kukus - masak air hingga mendidih
Cara membuatnya
Campurkan tepung beras dan tepung gandum. Masukkan air sejuk. Kacau
rata-rata. Tuangkan air panas. Kacau rata-rata dan sedia untuk dikukus.
Cara mengukusnya.
Masukkan loyang atau tudung periuk ke dalam periuk kukus. Pastikan air
betul-betul mendidih untuk mengukus. Tuangkan satu atau satu setengah
senduk adunan tepung ke atas tudung periuk.. Jangan sampai melimpah tudung
periuk. Kukus sehingga masak. Untuk memastikan laksam dah masak, bila
tutup kukus dibuka, adunannya akan kelihatan mengelembung. Itu menandakan
dah
masak. Jadi, bolehlah diangkat..Biarkan sejuk sedikit, lepas tu bolehlah
digulung. Ulang proses hingga adunan tepung habis.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Homemade pasta
Bahan2nya:-
1 1/2 cawan all purpose flour
2 biji telur
sedikit garam & air
Cara2 membuatnya:-
1. Tepung dibuat lubang kat tengah. Lepas tu masukkan telur, garam & sedikit air. Adun hingga tidak melekat2 kat tangan. Sekiranya adunan tak cukup air, tambah sedikit air.
2. Biarkan adunan selama 5 minit sebelum dibuat pasta guna mesin mcm mesin mee.
PS. Mcm buat wonton wrappers pulak. Actually saya pernah buat wonton guna resipi yg sama ie. bubuh inti kat wrappers sebelum digoreng/kukus or buat sup mcm recipe masakan Cina.

TIP : Cara Merebus Spaghetti
Petua utk masak spaghetti supaya lembut dan lemak
Mula-mula Jerang air dalam periuk.
Kandungan air kita agak-agak dengan kuantiti spageti
Kemudian masukkan secubit garam dan sesudu minyak masak
Apabila menggelak air , masukkan spageti
Kacaulah dengan senduk
Kalau nak tahu bila spageti kita dan masak, keratlah spageti tersebut dengan senduk
Dan kalau ianya senang dikerat, maka dah masaklah spageti itu.
Toskan spageti dengan tangguk
Kemudian lalukan di bawah air merata.
Toskan sedikit air kemudian gaulkan spageti dengan minyak masak 1 sudu.
Gaulkan rata.Dan toslah.
Apabila sudah cukup kering kita akan dapat nikmati rasa spageti yanglembut, lemak dan sedap di makan.
Petua utk masak spaghetti supaya air dia tak membuak-2
kalau kita masak spaghetti nie kenalah letak air banyak sikit supaya semua spaghetti masuk ke dalam air,
tetapi kekadang kalau kita masak dan terlupa jaga dia ……
tengok-2 air dah membuak
so nak elakkan air daripada membuak nie, senang jer …….
.sebelum panaskan air masukkan kat dalam itu ashtray(BEKAS ABUK OKOK) (cari yang baru lah …..)
dan letakkan dia secara terbalik ………kemudian baru panaskan air ………
tapi tak semua ashtray nie boleh guna,
cari yang berat (supaya selalu tengelam, yang paling baik cari yang dibuat dari kaca)
dan kat tepi-2 dia itu ada lobang (lekuk sikit jer kekadang ……) utk selitkan rokok …..
kalau tak der lobang/lekuk dia ………..
hmm tak leh guna …….
sebab lobang itu nanti berguna utk kawal bebola-2 udara yang keluar semasa masak tu ..
sila cuba dan insyaAllah air tak membuak lagi
Cooking pasta.
1. Pastikan air telah mendidih , tambah garam > lebih kurang 1 sudu besar dan memasukkan pasta bila air tersebut mendidih semula.
2. Gaul sekali sekala untuk memastikan pasta tidak melekat.
3. Lebih kuang seminit sebelum masa pasta masak, keluarkan satu pasta dan check, gigit is the best, jika still ada keras ditengah atau
ada line putih, maknanya pasta belum masak lagi.
Masa untuk pasta masak.
Pasta yg segar (fettuccine, tagliatelle, lasagna) cooks quickly, 3-5 minutes.
Pasta kering dan nipis memerlukan 6 - 9 minit utk masak(.spaghettini, shells, rotini)
Pasta yg tebal (penne, ziti, spaghetti, tortiglioni, etc.) memerlukan masa 12-15 minit.
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih
Posted on 2006 under *Tips And Tricks* |
13
Sep

IKAN PEKASAM (hanieliza)
Bahan-bahannya:
ikan talapia/sepat/puyu/haruan/keli [yg sedang2 tu]
1 cawan beras [gorengkan tanpa minyak dan mesinkan kasar]
2 s/b garam halus
1 cawan asam jawa
Caranya:
1. Bersihkan ikan dan toskan sehingga betul kering.
2. Gaulkan beras, garam, beras dan asam jawa dengan 1/2 cawan air.
3. Di dalam bekas [sebaiknya pasu], susun ikan selang seli antara garam campur asam.
4. Masukkan juga ramuan tu dalam perut ikan.
5. Tutupkan dengan kemas bekas ikan dan letakkan didapurs elama 2 atau 3 hari..
6. Bila dah nampak menjadi [berair] baru simpan dalam petisejuk.
Cara masak
1. JANGAN BASUH ikan pekasam.Panaskan minyak dan gorengkan terus ikan pekasamdengan api perlahan sehinggan masak dan garing.
2. Bila dah masak angkat dan masukkan dalam pinggan.
3. Lebihan minyak boleh goreng bawang dan cili hiris [ciliapi atau cili merah]
4. Tuangkan bawang dan cili goreng atas ikan. Perahkan jus limau [jika suka]
5. Sedia untuk hidangkan.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Cara MembuatPekasam:
http://ikanpuyu.fotopages.com/?&page=4
Bahan-bahannya:
2 pot susu beras
20 ekor ikan (puyu/sepat/lampam)
1 cawan garam
Cara membuatnya:
Basuh ikan sehingga bersih dan gaulkan bersama garam. kemudian peramkannya selama dua malam.
Serbuk Pekasam
Goreng beras tanpa minyak sehingga kekuningan dan biarkan selama 15 minit. Kemudian mesin atau kisarnya sehingga hancur.
Selepas itu, beras yang telah hancur diayak dan ambil hasilnya. Keluarkan ikan yang telah dua malam diperam dan gaulkan bersama serbuk tersebut.
Peram semula selama dua malam dan setelah itu boleh dimakan.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
PEKASAM IKAN
7 ekor ikan sepat atau ikan lampam
1-2 sudu makan jus limau nipis
100 gm garam kasar
20 keping asam gelugur
50 gm asam jawa
120 gm beras
1 sudu teh serbuk kunyit
Cara membuatnya:
1. Perap ikan bersama jus limau dan 1 sudu besar garam selama 2 jam.
2. Bersihkan dengan air dan tuskan hingga betul-betul kering.
3. Satukan ikan dengan baki garam dan serbuk kunyit.
4. Selitkan 2 atau 3 keping asam gelugur ke dalam perut setiap seekor ikan.
5. Campurkan asam jawa dengan sedikit air untuk mendapatkan air asam jawa pekat. Lumurkan pada ikan seluruhnya.
6. Susun ikan di dalam bekas bertutup. Tutup kemas-kemas. Biar selama 2 malam.
7. Goreng beras tanpa minyak hingga keemasan kemudian tumbuk atau kisar halus.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
KONGSI TIPS DARI EN.ISMAIL…Thnk Q 4 sharing.
ismail | ismacomy@yahoo.com | IP: 60.51.7.111
Ada satu petua yang nak dikongsi bersama:
Pada kebiasaanya, apabila ikan samada ikan air tawar atau air masin yang sudah buruk,lembik dan busuk akan dibuang.Tapi tahukah anda ikan2 itu akan jadi santapan yang menyelerakan kalau kena cara memprosesnya.Caranya mudah saja: ambil ikan itu dibuang perutnya saja,kemudian basuh bersih2 dan buat perkasam.
Ikutlah cara-cara buat pekasam dan dalamasa 3 hari sudah boleh digoreng dengan dicampur bawang dan selepas digoreng diperah asam limau ke atasnya,pehhhh,mertua lalu pun tak perasan,cubala?.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Resepi dari duchessofkent
ikan dibasuh bersih, then lumur dengan garam (kuantiti yg banyak) & peram selama 3 mlm
Lepas 3 mlm tu, basuh ikan tu balik sebersih-bersihnya …. untuk buang garam tu (tapi ikan already masin).
Then perap ikan dengan beras goreng (tanpa minyak) yg telah dimesin halus.
resepi ie tkder plak asam..sbb klu mak buat letak asam jg cam resepi kak liza tuu…
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

CARA MEMBUAT TELUR ASIN(Noormasri)
caranya:
basuh telur itik tu bersih2 tapi mak akak buat dia jemur sket telur tu lepas basuh tak tahu utk apa akak buat kat sini tak ada pun jemur2..alhamdulillah jadi gak..
masakkan air dan buh garam hingga masin rebing sehingga mendidih kemudian sejukkan…maaf akak tak pernah sukat garam ( % garam)..next time akak sukat..Insya’Allah
masukkan telur kedlm balang kaca/plastik..masukkan air garam tadi..biarkan selama sebulan..(akak suka selepas 3 minggu aje rasa masin sket2 je)
**kalau guna telur ayam peram selama 1 bulan 20hari**

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Serbuk sekam padi di bakar.
Campurkan garam dgn tanah liat.
Balut telor tersebut dgn tanah tadi.
Then, di golek plak dgn sekam padi yg telah di bakar.

Resepi/gambar dr blog http://pakupakis.blogsome.comTelur berwarna saja putih(biasa telur itik) dibersihkan dan dan dijemur seharian juga?untuk 10 biji telur anggaran kasar garam digunakan 500-700 gm.
- pastu boleh dijeruk dengan air masak yg suam dimasukkan garam dan dikacau sehingga kelihatan agak likat.
-Biarkan tenggelam kesemua telur dan boleh dapat result dlm minggu kedua kalau terlalu masin(garam lebih)?.kalau sedang2 masin airnya?minggu ke-3 Insya-Allah ok rasanya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
SUMBER PERKONGSIAN BERSAMA EN.ISMAIL..thnk 4 sharing tips.
ismail | ismacomy@yahoo.com | IP: 60.51.7.111
Cara membuat telor masin komersial oleh peserta kursus menternak puyuh,ayam dan itek di Pusat Latihan Penternakan Ayam,Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Melaka.
Bahan utama hanya 4 perkara:
1. 20 biji telur itik
2. Garam 50% tanah liat 50%,ini bermakna garam 500 gram dan tanah 500 gram.
3. Sekam padi yang dibakar.
Perhatian; Tanah hendaklah dari tempat yang bersih dan tidak berbau busuk.Kalau 100 biji telur agak2 la berapa kilo tanah dan garam yang mencukupi,
kalau 100 biji telur anggaran dalam 5 kilo tanah + 5 kilo garam kot? Nanti buat ada la pengalaman.
Persediaan:
1. Telur dibasuh bersih dengan span hijau dan dikeringkan.
2. Adun, uli atau kisar hingga sebati antara garam dengan tanah sehingga seperti tepung goreng pisang,agar mudah melekat pada telur apabila dicelupkan telur
ke dalamnya. Kalau boleh dibiarkan adunan itu beberapa jam agar sebati.
3. Untuk membunuh kuman atau bakteria yang mungkin ada,elok di kukus adunan itu,kalau tak nak bunuh kuman atau bakteria pun tak apa,kerana barangkali kuman
dan bakteris tidak boleh masuk dalam telur yang hendak dijeruk.(Kalau nak tahu kuman boleh masuk ke tak,rujuk ke doktor itik).
4. Sediakan sekam padi yang sudah dibakar dan sejuk.
Cara2 membuat:
Setelah semua bahan ada di depan mata,celup telur kedalam adunan tanah liat dan garam dan golekkan ke atas sekam hingga terlindung adunan tanah,ramas2 dan
tekan2 sekam ke telur dan susun atau letakkan telur dalam tempat simpanan.Kalau khusus untuk dijual,teruskan masukan ke dalam plastik dan susun dalam almari
atau bekas penyimpanan.Jangan lupa bubuh tarikh dan selepas 10 hari boleh uji dan rasa sendiri akan hasilnya.Selepas 20 hari boleh rasa sekali lagi dan kalau
rasa sudah boleh dijual maka juallah, apa tunggu lagi.Kalau tak nak jual pun beri percuma kat sanak saudara atau jiran,tentu seronok dapat memberikan hasil
kerja kita sendiri,lagi pulak bila kena puji kata telur masih yang kita buat sedap,terangkat bontot kena puji,ha ha.Selamat mencuba.
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih
Posted on 2006 under *Masakan Daging* |
13
Sep
E-Books Forex Oleh Nurul Aini
“My name is Nurul Aini. I’m a full time forex trader and I never work with any firm or organization. Currently enjoy what I’m doing.”
Wanita Pertama Malaysia Menjelaskan Tentang Dunia Forex yang benar-benar menghasilkan keuntungan berlipat ganda hasil dari urusniaga di FOREX..Berminat untuk mengetahui rahsia Forex Klik banner di bawah atau di SINI.


HOMEMADE REMPAH/GARAM MASALA
5Grm Cili Kering
5Grm Ketumbar Kering
1GrmKulit Kayu Manis
1Grm Buah Pala
1Grm Jintan Manis
1Grm Jintan putih
1Grm Bunga lawang
1Grm Daun Bay
Perlu diingat ketumbar dan cili perlu banyak dari bahan2 lain
Cara penyediaan :-
Goreng Bahan2 ini..Kemudian Blender halus.

Langkah Pertama Sebelum Membeli Rumah
**MAKLUMAT PENTING YANG TIDAK HARUS ANDA LEPASKAN SEBELUM MEMBELI RUMAH!**
“Ketahui panduan serta tip-tip yang dapat membantu menyelamatkan *Ribuan RM* anda apabila membeli rumah dengan E-buku Tips Hartanah - Panduan Membeli Rumah”

Buat pertama kalinya… dibawa secara ekslusif untuk anda. Satu Panduan serta Tip-tip berguna yang jarang sekali diberikan dan dikongsi bersama untuk anda semua. Semua ini disediakan khusus untuk anda yang mencari
Panduan Khusus Membeli Rumah dalam Bahasa Melayu - hasil pengalaman bertahun-tahun di dalam bidang hartanah termasuk penilaian, konsultansi dan ejen hartanah.

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih
Posted on 2006 under *Tips And Tricks* |
13
Sep
Sumber Dan Gambar Dari http://bumbudasar.blogspot.com/2005/12/bumbu-dasar-kuning.html

Rempah Kuning
Bahan :
1 kg,Bawang merah
1/2 kg,Bawang putih
1/2 kg,Buah Keras
1/2 kg, Kunyit
3/4 kg.Halia
Giling/Blander halus bahan2 diatas, lalu tumis dengan minyak secukupnya,tumis dengan api kecil,sehingga kelihatan seakan awas rampah terpisah dan terbit minyak.