PANDUAN MENDAPATKAN KEK IDAMAN ANDA

Tidak setiap kali kita membakar akan menghasilkan kek yang sempurna. D harap dengan panduan berikut dapat membantu anda mengetahui apakah punca dan sebab kek tidak dihasilkan dengan sempurna dan dapat kita praktikkan dengan lebih berkesan cara-cara untuk menghasilkan kek yang sempurna.

Kek Mentega (Butter Cake) yang tidak dihasilkan dengan sempurna
Kek tenggelam dibahagian tengah setelah dikeluarkan dari oven.
- Kek anda belum masak betul.

Sewaktu membakar bahagian tengah kek tenggelam.
- Adunan kek dipaksa untuk naik dengan cepat akibat suhu oven yang terlalu panas dan ia akan menghasilkan kek yang tenggelam dibahagian tengah.

Kerak yang bergula pada keliling kek.
- Mentega dan gula tidak dipukul dengan sempurna.

Terdapat tompok-tompok putih pada permukaan kek.
- Gula yang tidak larut betul atau gula tidak dipukul dengan sempurna. Sebaiknya jika untuk resipi kek mentega yang ringan, gunakan gula kaster agar ia mudah larut dan cepat sebati dengan mentega.

Kek anda tenggelam terus.
- Suhu oven anda terlalu panas dan cake terlalu lama dibakar.

Kek berderai bila dipotong.
- Mentega dan gula dipukul keterlaluan atau telur dimasukkan terlalu cepat dimana adunan mentega dan gula belum sebati.

Kek melekat pada loyong pembakar.
- Terlalu banyak gula atau bahan manisan yang lain dalam resipi. Jika resipi menggunakan madu atau sirap kencana (golden syrup), ataupun anda mengguna loyang pembakar yang baru.
- Sebaiknya sapu dasar dan keliling loyang pembakar dengan mentega ataupun alas dengan kertas kuih.


Bila kek naik dan retak di tengah permukaan.
- Loyang pembakar terlalu kecil atau suhu oven terlalu panas. Selalu kek yang dibakar dengan loyang loaf atau loyang ring mudah retak pada permukaan disebabkan loyang yang agak kecil.

Keliling kek keras.
- Kek telah dibakar pada suhu oven yang terlalu panas.

Kek pucat pada bahagian permukaan dan coklat pada tepi dan bahagian bawah. – Loyang yang besar telah digunakan atau sekeliling loyang telah diletak kertas kuih yang tinggi.

Warna yang tidak serata pada permukaan kek.
- Adunan kek tidak dibancuh dengan sempurna. Sewaktu menggaul tepung tepi mangkuk adunan tidak dibersihkan supaya adunan dapat digaul dengan sebati.

Kek naik tidak serata.
- Adunan kek tidak diratakan sebelum dibakar.

Kek yang telah dibakar berlubang.
- Adunan mentega dan gula tidak dipukul sehingga kembang atau suhu oven terlalu panas.

Kek telah masak berkerak dan hampir hangus tapi masih tidak masak dibahagian tengah.
- Kek telah dibakar terlalu lama ataupun pada suhu oven yang terlalu panas.
- Anda mungkin menggunakan loyang yang kecil mengakibatkan permukaan kek cepat masak sementara bahagian dalam masih mentah.


Kek Buah-Buahan yang dihasilkan tidak sempurna

Buah-buahan tenggelam pada dasar kek.
- Buah-buahan telah dibasuh dan tidak dikeringkan dengan sempurna.
- Adunan kek terlalu lembut untuk menampung berat buah-buahan; ini akibat dari adunan mentega dan gula terlalu dipukul.
- Resipi menggunakan tepung naik sendiri dari tepung gandum.
- Buah-buahan boleh dicincang kecil supaya adunan kek dapat menampung berat buah-buahan dengan lebih mudah.

Bahagian tengah kek masih rasa mentah.
- Kek dibakar dengan suhu oven yang rendah dan tidak dibakar dengan masa yang sepatutnya sehingga ia masak.

Dasar kek hangus.
- Kek dibakar pada suhu yang terlalu tinggi.
- Kek buah-buahan yang dibakar memerlukan masa yang lama dan rendah untuk dibakar.
- Kek dengan ukuran 22cm atau kecil memerlukan tiga helai kertas kuih yang dialas pada dasar loyang pembakar berbanding dengan ukuran kek yang besar yang hanya memerlukan satu atau dua helai kertas kuih.

Kek merekah pada permukaan.
- Kek dibakar pada suhu yang terlalu tinggi.

Kek tidak rata pada permukaan.
- Rak oven tidak seimbang ataupun adunan tidak diratakan sebelum dibakar.

Kek tenggelam pada bahagian tengah.
- Tepung naik sendiri digunakan atau terlalu banyak soda bikarbonat digunakan. Selalunya untuk Kek Buah-Buahan yang dibakar hanya menggunakan tepung gandum dan ditambah dengan sedikit tepung naik sendiri.
- Kek mungkin tidak dibakar dengan sempurna.
- Gunakan lidi pengguji dan jika keluar bersih bermakna kek telah pun masak.

Adunan Mentega bergumpal
- Adunan mentega yang bergumpal mungkin disebabkan telur dan mentega yang tidak berada pada suhu bilik.
- Ataupun telur telah dimasukkan terlalu cepat bila adunan mentega dan gula belum dipukul sehingga kembang dan sebati.
- Anda mungkin menggunakan telur yang besar.
- Jika anda menggunakan adunan mentega yang bergumpal kek yang bakal dihasilkan akan berderai bila dipotong.



Kek Span (Sponge Cake) yang dihasilkan tidak sempurna

Tompok putih pada permukaan kek
- Gula tidak larut sewaktu adunan kek disediakan.

Kek tenggelam sewaktu dibakar.
- Kek dibakar pada suhu yang terlalu panas.

Kek berkedut dan kecut selepas membakar.
- Kek tidak dibakar dengan sempurna ataupun kek disejukkan secara mendadak.

Kek liat dan mampat
- Adunan tepung dan cecair tidak digaul dengan betul. Sewaktu masukkan tepung anda harus menggunakan senduk kayu dan gaul adunan dengan perlahan dan dalam satu pusingan.

Kek pucat dan melekit pada bahagian permukaan
- Kek telah dibakar pada suhu oven yang rendah.

Kek berkerak pada bahagian luar
- Kek telah dibakar pada suhu yang terlalu tinggi ataupun telah menggunakan loyang yang kecil.

Kek tenggelam pada bahagian tengah
- Loyang pembakar yang kecil telah digunakan mengakibatkan kek naik terlalu cepat dan kemudian tenggelam ditengah.


Warna kek yang tidak serata dipermukaan.
- Adunan tidak digaul dengan sempurna.

Kek span naik terlalu cepat.
- Suhu oven terlalu panas.

Kek span tidak masak dengan sempurna.
- Sewaktu kek dibakar pada separuh masa membakar, pintu oven telah dibuka.

Bookmark and Share
Betapa nikmat membaca al-Qur'an kalau faham kata per kata dari setiap ayat seperti orang Arab ! KLIK SINI
Homemade Kek MIDNITE BAKER? Sedia Menerima Tempahan untuk Lokasi PERAI dan TAIPING KLIK SINI
Rahsia Pelaris Perniagaan Dengan Pakej Iklan KLIK SINI
Anda Masih Belum Hamil? Ketahui Jawapannya KLIK SINI
Beli Online Ikan Wadi, Ikan Kering dan STEVIA-Gula untuk pengidap Kencing Manis< ?
Ya ! Order Segera Produk Dari Cik Tipah Cyber  

Di mana Jua Berada..KLIK SINI
Cara Menghilangkan Keputihan Yang Berkesan KLIK SINI
"Serik Dah Dan Berpuluh Tahun Berubat Gangguan Misteri, Tetap Menghantui"...
Memang Misteri Lagi Ajaib !
Rahsia Hebat Bongkar DISINI 
Resah Dengan Keputihan ! Dapatkan Ubat Terus Dari Mesir KLIK SINI

Teori Hebat Keajaiban Alkiram.Net

Protected: Panduan Membuat Kek Keju Kek keju semakin popular di negara kita kerana keenakan dan keunikan rasanya.Walaupun harganya agak...
Protected: Panduan Membuat Kek Selamat tahun baru 2008 diucapkan kepada semua. Hari ini nak ceritalah sedikit pasal panduan-panduan...
Panduan Tips Masakan Untuk Panduan Dan Tips Masakan/Di Dapur :- Sekiranya anda mahu puding karamel (puding gula hangus)...
Cara Panduan Meletak Harga kek,biskut dan kueh PANDUAN MELETAK HARGA JUALAN PADA KEK/ BISKUT DLL Artikel ini telah D sediakan dahulu dan telah...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Spam Protection by WP-SpamFree

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.
[Valid RSS]
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.