Sumber:http://www.yourlivestock.com/penanaman_cendawan_tiram_kelabu.html
Penanaman Cendawan Tiram Kelabu
Terdapat lebih kurang 30,000 jenis spesis cendawan di dunia ini. 5,000 daripadanya yang boleh di makan. Di Malaysia ada 17 jenis spesis dari 5,000 jenis spesis yang boleh di makan.Kali ini kita akan kongsi mengenai cendawan yang di namakan Cendawan Tiram kelabu atau nama saintifik dia (Pleurotus Sajor-caju).
Khasiat Cendwan Tiram Kelabu adalah seperti berikut.
Khasiat:
1) mengawal atur darah - anti trombotik, merendahkan tekanan darah, kandungan glukosa dan lipid
2) tingkatkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan virus dan bakteria
3) merencatkan tumbesaran tumor
4) sebagai anti-oksida dan aktiviti pelindung gen
Cara makan cendawan : (memang ada banyak jenis resipi cendawan ini)
1) di buat Tom Yam, Sup
2) di buat Sate
3) di goreng tepung
4) di masak sayur campur
Perusahaan penanaman Cendawan Tiram Kelabu secara komersial mula mendapat tempat di negara kita Malaysia.Buat masa ini permintaan adalah melebihi pasaran untuk bekalan cendawan segar. Untuk liputan kali ini, majalah YourLivestock.com beruntung kerena dapat bertemu dengan En Nabil Bin Sanusi seorang pengusaha Cendawan Tiram Kelabu di Kg Jenderam, Salak Tinggi.
En Nabil mula mengusahakan tanaman cendawan secara komersial ini dalam 6 bulan lepas iaitu dalam sekitar bulan Mac 2007. Beliau telah mula mengutip hasilnya dalam awal bulan Jun 2007.Kapasiti pengeluarannya adalah 50KG cendawan sehari dan akan di tingkatkannya kepada 100KG sehari dalam masa terdekat. Kapasiti ladang cendawan beliau buat masa ini boleh menghasilkan sehingga kepada 300KG cendawan sehari.
Encik Nabil merupakan graduan akauntan dari Universiti tempatan mula menceburi bidang logistik terlebih dahulu sehingga di perkenalkan oleh rakan-rakan beliau kepada perusahaan cendawan tiram kelabu secara komersial. Beliau kemudian telah mengambil beberapa kursus berkaitan cendawan dari Unit Tanaman Cendawan, Seksyen Penyelidikan dan Agroteknologi dan Persatuan Jurutera Pertanian Malaysia (MSAE) dan juga dari Jabatan Pertanian. Berbekalkan ilmu dan keyakinan, beliau melabur lebih dari 200K untuk membuka ladang tanaman cendawan tiram kelabu secara komersial.
Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

















by yus, on May 14 2008 @ 8:43 am
ada pasaran baik ker ? ada pembeli
by amiron, on May 20 2008 @ 4:25 am
modal permulaan tanam kulat,mcm mn pasaran.
cuba reply dekat link yg sy sertakan..kt sini sekadar info untuk peribadi sahaj..tp klu ada kawan2 lain yg sudi membantu silakan
by muzxfzr, on July 2 2008 @ 8:25 am
askl
saya graduan ijazah ekonomi tempatan.
apa pandangan encik jika kita semua bergabung tenaga utk meletakkan satu standard dr semua aspek spt harga,tempat pengeluaran,dan pasaran.konsep yg ini digunakan sama seperti industri2 didlm perbankan dimana mereka bergabung utk membentuk satu firma yg mempunyai kekuatan utk mengawal harga(spt monopoli),penawaran product dan pengagihan sumber yg lebih efficient dan berkesan.
mungkin apabila kita semua dapat membentuk satu organisasi yg besar,kemungkinan kita boleh menembusi pasaran antarabangsa dan mendominasi pasaran tempatan secara menyeluruh.ini cuma idea dan pandangan saya.
kerana saya sudah bosan tgk org2 kita sendiri terpaksa berlawan sesama sendiri kerana kita semua berada di dalam sistem pasaran bebas(banyak peniaga2 dlm 1 market dan persaingan yg sengit).alangkah baiknye nye kite semua dpt bergabung.selain pasaran yg besar,kite uga bakal memperoleh kekeuatan mengawal pasaran & pengagihan yg lebih berkesan dan kemungkinan kita boleh menawarkan harge yg jauh lebih rendah kepada pengguna kerana skala pengeluaran yg lebih besar.skala yg besar bermakna cost yg lebih kecil….
saya Approvedkan komen anda..sy juga berpendapat dengan anda….cuba kita minta pandangan yg lain2..terima kasih atas usaha anda.
by norul, on October 17 2008 @ 9:31 am
a’ah.. kalau nak tanam tu…mungkin xde masalah sangat. cuma…bila dah boleh tuai…nak jual kat mana? nak pasarkan kat mn? kalau harapkan kat kampung je…mungkin org akan bosan…tak kan nak makan cendawan selalu…
agak-agak berapa bajet untuk memulakan projek ni? peralatan die mn blh dapat yer?….dgn harga yg lbh murah…maklum la sy ni penganggur terhormat he…