Archives for December, 2005

-Ternakan Ayam Daging-

Disunting dari http://www.usahawantani.com/2007_11_01_archive.html

Tuesday, November 27, 2007

SKIM KONTRAK TERNAKAN AYAM DAGING

Apakah skim kontrak ternakan ayam tersebut? Perusahaan ayam di negara ini telah maju setapak lagi dengan wujudnya sistem integrasi ternakan ayam daging. Pemeliharaan ayam daging berkontrak adalah sebahagian daripada sistem integrasi ternakan ayam tersebut. Di dalam sistem integrasi ternakan ayam daging, beberapa komponen seperti ladang ayam pembiakan dan penetasan, pengilang makanan ternakan, kesihatan ternakan, loji pemprosesan, pengembangan dan pemasaran ayam adatah dikawal oleh sesebuah syarikat yang besar yang juga dikenali sebagai integrator. Pemeliharaan ayam daging biasanya dilakukan oleh penternak secara kontrak di bawah kelolaan integrator tersebut. Secara ringkas struktur organisasi sistem integrasi ternakan ayam daging adalah seperti Rajah 1. INTEGRATOR <– Ladang Ayam Pembiakan <– Pusat Penetasan <– Kilang Makanan <– Kesihatan & Khidmat Nasihat <– Loji Memproses/Prosesan Lanjutan <– Pemasaran Pemeliharaan PENTERNAK —> dan ——–> Pengeluaran Ayam Daging V PENGGUNA Rajah 1: Struktur Organisasi Sistem Integrasi Ternakan Ayam Daging
Siapakah integrator-integrator ini? Mereka ini terdiri daripada Kentucky Fried Chicken (KFC), Pertanian Charoen Pokphand (CP), Goldkist, Leong Hup, Cargill dan Malayan Flour Mills (MFM}.
Apakah peranan saya di dalam integrasi ayam daging ini sebagai seorang penternak? Peranan anda ialah memelihara anak-anak ayam dengan makanan dan lain-lain input yang telah dibekalkan oleh integrator kepada anda. Tetapi sebelum anda dibekalkan dengan segala input yang isebutkan, anda mestilah menandatangani surat perjanjian atau kontrak dengan pihak integrator terlebih dahulu.
Kenapa berkontrak? Penternak hendaklah bersetuju memelihara anak-anak ayam dengan menggunakan makanan/ubat-ubatan dan mematuhi syarat-syarat dan nasihat yang diberikan oleh integrator. Harga anak ayam dan makanan termasuk harga ayam akan ditetapkan. Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat dan harga anak ayam, makanan dan harga ayam daging yang akan dibeli semula oleh integrator, anda akan diminta menandatangani surat perjanjian atau kontrak dengan pihak integrator.
Apakah kebaikan menyertai skim kontrak ini daripada menternak ayam sendirian? Anda tidak memerlukan modal yang banyak untuk memulakan projek. Anda cuma perlu membiayai pembinaan reban dan peralatan serta bekalan api dan air. Sebagai seorang penternak kontrak, anda tidak perlu bimbang ke mana ayam daging anda yang telah cukup umur dan beratnya hendak dijual. Ini kerana pihak integrator akan membeli semula ayam-ayam daging yang telah anda pelihara. Masalah turun naik harga yang sentiasa berlaku tidak akan menjejaskan anda. Anda akan dibayar dengan harga di ladang yang telah ditetapkan seperti yang terdapat di dalam kontrak anda dengan pihak integrator. Bekalan anak ayam, makanan, ubat-ubatan dibekalkan kepada anda secara kredit. Input-input ini akan dibayar kepada integrator selepas ayam anda dijual kepada integrator tersebut. Apabila kontrak telah ditandatangani dan reban serta peralatan-peralatan lain telah disediakan, anak ayam dan makanan akan terus dihantar ke reban anda.
Berapa lamakah satu-satu kontrak tersebut? Ada yang mengikat kontrak untuk 1 atau 2 tahun. Tetapi, jika anda seorang penternak yang baik dari segi prestasi pemeliharaan ayam daging tersebut, kontrak tersebut boleh diperbaharui selepas ia tamat. Tetapi jika anda didapati tidak memelihara ayam-ayam daging dengan baik dan selalu cuai dan rugi, kontrak anda boleh dibatalkan bila-bila masa oleh pihak integrator.
Bagaimana caranya untuk mendapatkan kontrak tersebut? Anda mestilah mempunyai tanah yang sesuai dan yang boleh dimasuki oleh lori. Jika tidak terdapat jalan yang sesuai, sukar bagi lori untuk masuk menghantar anak ayam dan makanan ke reban. Anda juga mestilah mempunyai modal yang cukup untuk mendirikan reban mengikut panduan daripada pihak integrator, membeli peralatan bekas makanan dan minuman dan lain-lain serta kemudahan air dan api. Hubungilah integrator yang bergiat menjalankan skim ini dan berdekatan dengan tempat anda. Tetapkan temujanji untuk pihak integrator pergi melihat tanah yang anda cadangkan sebagai tapak ternakan ayam daging kontrak tersebut. Jika pihak integrator telah bersetuju dengan tapak tanah dan anda bersetuju dengan syarat-syarat kontrak, anda bolehlah menandatangani kontrak sebelum reban didirikan.
Adakah latihan dan pengalaman diperlukan? Ya. Malah jika anda telah dilatih untuk menternak ayam daging secara komersial, peluang anda untuk mendapatkan kontrak adalah lebih cerah lagi. Tetapi latihan saja bukanlah syarat yang utama untuk mendapatkan kontrak. Malah ramai penternak yang telah berjaya tidak pernah mendapat latihan yang formal.
Siapakah yang menyediakan latihan? Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Pergilah ke Pejabat Haiwan yang berdekatan untuk maklumat lanjut tentang kursus dan tarikh yang sesuai untuk anda.
Di manakah latihan ini dijalankan? Jabatan Perkhidmatan Haiwan anda mempunyai 3 buah pusat untuk memberi latihan yang anda pertukan untuk menternak ayam daging secara komersial. Pusat-pusat tersebut adalah seperti berikut: Pusat Latihan dan Ternakan Ayam Cheras, Selangor. Pusat Latihan dan Ternakan Ayam Ayer Keroh, Melaka. Pusat Latihan dan Ternakan Ayam di Marang, Kuala Terengganu, Terengganu. Kursus ayam daging secara komersial yang dijalankan memakan masa selama 6 minggu.
Selepas penternak menyediakan reban dan peralatan yang diperlukan, apa pula peranan integrator? Anak ayam dan makanan akan dihantar ke reban anda. Selain daripada. membekalkan anak ayam, makanan, ubat-ubatan dan khidmat nasihat, integrator akan memasarkan ayam-ayam yang telah anda pelihara dengan harga yang telah ditetapkan, seperti di dalam kontrak yang telah anda dan kontraktor persetujui dan tandatangani.
Ladang Penternak Ayam Kontrak
Bolehkah saya mengetahui syarat-syarat kontrak secara am? Di antara syarat-syarat utama yang perlu anda sebagai penternak patuhi adalah seperti berikut:- Tidak membeli anak ayam dan makanan secara kredit daripada integrator/syarikat lain. Memelihara ayam-ayam yang dibekalkan dengan baik. Tidak menjual ayam-ayam atau makanan yang dibekalkan kepada orang lain. Bertanggungjawab ke atas semua kos yang terlibat sehingga ayam yang dipelihara dijual. Menjaga kebersihan ladang dan pengurusan seperti yang dikehendaki oleh integrator. Selain daripada syarat-syarat am di atas, pihak integrator mungkin ada syarat-syarat yang lebih khusus lagi. Pastikan anda telah benarbenar faham dengan kontrak sebelum ianya dipersetujui. Sebagai contoh, ada pihak integrator yang mahukan anda menghantar ayam ke pusat pemprosesan dengan berat badan yang telah ditetapkan di dalam kontrak. Syarat-syarat yang telah ditetapkan hendaklah dipatuhi. Prestasi penternakan anda juga adalah diawasi oleh integrator. Jika anda tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan prestasi penternakan anda pula rendah, kontrak anda mungkin dibatalkan pada bila-bila masa.
Bagaimana mendapatkan keuntungan dari sistem kontrak? Jika anda adalah penternak yang masih baru dan belum berpengalaman, mulakan ternakan anda dengan bilangan minima yang ditetapkan oleh integrator. Tetapi, apabila telah berpengalaman, tingkatkan bilangan ayam yang anda pelihara. Jika anda seorang penternak yang gigih dan dibantu pula oleh keluarga, 10,000 ekor ayam bagi satu pusingan adalah dicadangkan (setahun anda boleh memelihara sebanyak 5 pusingan). Kurangkan kematian di bawah paras 4% sahaja untuk memperbaiki keuntungan bersih. Jangan membazir makanan. Sentiasa periksa kedudukan bekas makanan ayam anda. Kedudukan bekas makanan yang terlalu rendah bagi ayam yang telah berumur 2 minggu ke atas menyebabkan makanan terbuang dan akan menyebabkan pembaziran. Pastikan sistem pengurusan, termasuk kesihatan ayam yang dipelihara sentiasa diberi perhatian.
Siapakah yang menyediakan ubat-ubatan dan khidmat nasihat? Pihak integrator. Malah pihak integrator akan menghantar wakil-wakil mereka untuk memberi khidmat nasihat yang anda perlukan.
Dari mana pelan dan anggaran kos reban ayam boleh diperolehi? Kebanyakan integrator mempunyai pelan reban yang mana anda terpaksa ikuti. Anggaran kos mendirikan reban juga~ada disertakan.
Saya ingin menternak 5,000 ekor ayam, berapa banyakkah modal untuk reban dan peratatan yang diperlukan untuk menternak ayam? Oleh kerana harga bahan-bahan seperti kayu, atap, upah dan lain-lain adalah berbeza mengikut tempat, anda mestilah mempunyai modal di antara $15,000 - $20,000 untuk reban dan peralatan yang diperlukan.
Adakah integrator menetapkan bilangan minima ayam daging yang ingin dipelihara? Ada. Kebanyakan integrator bersetuju mengadakan kontrak dengan anda jika anda ingin memelihara di antara 3,000-4,000 ekor ayam daging satu pusingan. Pastikan dengan integrator yang telah anda pilih berapa bilangan minima ayam daging yang membolehkan anda memulakan ternakan secara kontrak tersebut.
Berapa kali pemeliharaan boleh didapati bagi setahun? Ia bergantung kepada kontrak. Jika kontrak yang anda perolehi memerlukan ayam berumur 35 - 40 hari, anda boleh memelihara sehingga 6 kali setahun. Tetapi, jika anda dikehendaki memelihara sehingga 45 - 50 hari, anda boleh memelihara sebanyak 5 kali pusingan/tahun.
Jika saya kekurangan wang sebagai modal untuk pembinaan reban dan pembelian peralatan yang diperlukan, bolehkah saya meminjam daripada bank? Boleh. Tetapi biasanya bank akan membiayai 60 - 70% daripada modal keseluruhan untuk tujuan pembinaan reban dan pembelian peralatan tersebut. Hubungilah bank yang berdekatan untuk keterangan lanjut.
Adakah skim kontrak ternakan ayam daging ini menguntungkan? Tentu sekali. Secara am anda boleh mendapati 30 - 40 sen untung bersih bagi setiap ekor ayam yang anda jual. Jika kematian ayam rendah, mungkin anda boleh mendapat untung yang lebih tinggi lagi. Pastikan makanan ayam daging yang dibekalkan digunakan dengan cekap agar kadar tukaran makanan (FCR) anda mencapai 2.0 - 2.1 pada berat ayam 2 kg hidup.
Apakah kadar tukaran makanan atau FCR tersebut? Kadar tukaran makanan, atau FCR itu ialah satu nilai yang menggambarkan banyak makanan yang diperlukan oleh seseekor ayam untuk menukar makanan kepada daging. Sebagai contoh, jika kadar tukaran makanan ayam daging anda 2.2, ini bermakna anda terpaksa memberi 2.2 kg makanan untuk ditukarkan menjadi 1 kg daging. Kadar tukaran makanan ini bergantung kepada beberapa faktor. Di antaranya:- Kuatiti dan baka anak ayam Kualiti dan jenis rnakanan yang diberikan Kadar kematian. Pembaziran makanan akibat daripada kecuaian untuk menetapkan ketinggian bekas makanan. Pengurusan keseluruhannya termasuk status penyakit di ladang ternakan. Oleh kerana kualiti makanan dan anak ayam yang diberikan oleh pihak integrator adalah terjamin, anda mestilah mengawasi kadar kematian ayam-ayam daging yang anda pelihara. Jika ayam yang ada pelihara mati, makanan yang selama ini diberikan kepada ayam tersebut adalah sia-sia sahaja. Ini yang menyebabkan kadar tukaran makanan ayam daging anda menjadi 2.5 atau 2.6 dan sebagainya. Kadar tukaran makanan yang baik adatah dalam lingkungan 2 pada berat badan 2 kg, iaitu ayam daging anda memerlukan 2 kg makanan untuk ditukar menjadi 1 kg daging.
Adakah penternak yang mengalami kerugian daripada kontrak ayam daging ini dan kenapa? Ada. Terdapat beberapa sebab. Di antaranya disebabkan oleh: kematian yang melebihi 5% kadar tukaran makanan sehingga melebihi 2.25 pada berat badan kg. 2 (hidup)
Adakah pihak integrator datang menangkap ayam yang telah cukup berat dan umurnya. Tidak semestinya. Ada integrator yang datang menangkap ayam di reban. Tetapi, ada juga yang mahukan anda menghantarnya ke loji pemprosesan ayam.
Oleh kerana sema input diberi secara kredit, bagaimana hutang terhadap integrator diselesaikan? Sebelum ayam anda dikeluarkan oleh integrator dari ladang atau selepas ayam tersebut sampai di loji pemprosesan, ayam akan ditimbang. Pendapatan anda akan ditentukan. Pihak integrator akan menolak semua kos anak ayam, makanan, ubat-ubatan yang telah anda gunakan. Bakinya adalah milik anda. Tetapi jangan lupa selesaikan hutang bank anda terlebih dahulu, jika anda masih belum habis menjelaskan hutang untuk pembinaan reban dahulu.
Bagaimana boleh berjaya dalam ternakan ayam daging berkontrak Anda mesti lah seorang yang berdisiplin dan bersungguh-sungguh semasa menjalankan kontrak ternakan tersebut. Sistem kontrak ini bukan tajaan kerajaan. Pihak integrator tidak akan meneruskan kontrak jika anda didapati tidak berminat untuk meneruskannya. Prestasi anda sentiasa diawasi. Untuk mencapai kejayaan dan keuntungan, anda mestilah meneruskan projek ini sekurang-kurangnya selama 5 tahun berturut-turut. Jika selepas 1 atau 2 pusingan ancla berhenti atau diberhentikan, hutang dari pinjaman anda pun tidak mungkin habis dibayar.
Bagaimana untuk mendapat keterangan lanjut? Disertakan senarai integrator serta alamat dan nombor telefon untuk tindakan anda seterusnya. Hubungilah pegawai yang menguruskan ternakan secara kontrak di alamat yang disediakan.

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs

-Info Ternakan Kambing

Petikan: Tidak Pasti (http://kebunwarisan.blogspot.com)

PANDUAN PENTERNAKAN KAMBING

[Tujuan Pemeliharaan] [Baka-baka Kambing] Cara-cara Pemilihan Baka yang Baik][Pemeliharaan untuk Tujuan Pengeluaran Daging] [Cara Pemeliharaan][Panduan Perumahan] [Pembinaan Kandang] [Pengurusan] [Cara Pembiakan] [Makanan dan Air Minuman] [Kesihatan dan Kawalan Penyakit][Anggaran Modal dan Aliran Kewangan Mengikut Ladang][Penyimpanan Rekod]

PENDAHULUAN
Pemeliharaan kambing telah bermula semenjak beribu-ribu tahun dahulu (7,000 - 6,000 s.m.) Kemungkinan besar kambing adalah ternakan yang mula-mula sekali dijinak dan dipelihara untuk penghasilan daging, susu dan kulit. Walaupun kambing telah lama dipelihara oleh penternak di negara kita, perusahaan ini dikendalikan secara kecil-kecilan, sebagai aktiviti sampingan, mengawal rumpai, sebagai satu hobi dan juga untuk sumber protin haiwan bagi keperluan keluarga. Sifatnya yang suka merayau dan memilih makanan, terutamanya pucuk-pucuk tumbuhan boleh menentukan ianya memperolehi zat makanan yang cukup. Industri yang ada sekarang dapat menyumbangkan di antara 12% - 15% keperluan negara di bidang daging kambing/bebiri. Lebih dari 95% kambing dan bebiri dipelihara bagi tujuan pengeluaran daging, sementara bakinya adalah untuk pengeluaran susu.
1. TUJUAN PEMELIHARAAN
Pemeliharaan kambing boleh mendatangkan dua hasil utama, iaitu daging dan susu. Ternakan untuk susu dapat digunakan sebagai pengeluar daging apabila susunya berkurang. Risalah ini akan menerangkan secara ringkas tentang keperluan-keperluan asas dalam pemeliharaan kambing untuk pengeluaran daging.
2. BAKA-BAKA KAMBING
Baka-baka kambing yang boleh digunakan untuk keluaran daging biasanya mempunyai badang yang padat jika dibandingkan dengan baka untuk pengeluaran susu. Ambing kambing-kambing jenis ini juga tidak begitu besar seperti baka-baka kambing susu.
Susu kambing didapati mempunyai mutu yang lebih baik berbanding dengan susu lembu dan manusia, terutama dari kandungan protin dan lemaknya.
Berikut ini dipaparkan Jadual mengenai kandungan susu kambing berbanding dengan susu lembu dan manusia:
Jenis susu
Air
Lemak
Protin
Gula
% Abu
Ibu
87.8
3.8
1.2
7.0
0.2
Lembu
87.3
3.7
3.3
4.8
0.7
Kambing
87.6
4.1
3.7
4.7
0.7
Di antara baka-baka daging yang boleh digunakan untuk pemeliharaan:
2.1 Kambing Kacang (Katjang)
Kambing kacang dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Ianya digunakan untuk keluaran daging. Kambing jenis ini mempunyai badan yang kecil dan pendek dan tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang. Telinganya tegak ke sisi. Terdapat janggut pada kambing jantan dan jarang pada betina. Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus.
Leher adalah pendek dan bahagian belakang adalah lebih tinggi dari bahu, purata ketinggiannya ialah 5- - 60 s.m. Kulit badan nipis tetapi mempunyai bulu yang kasar. Warna bulu biasanya hitam, coklat dan kadangkala terdapat tompok-tompok putih di kaki atau badan. Kelahiran kembar adalah salah satu ciri-ciri kambing ini yang baik. Pengeluaran susu adalah sedikit; tidak lebih dari 0.3 kg sehari dalam masa 3 bulan pertama dan 0.2 kg dalam masa 4 - 6 bulan.
Berat Lahir
Berat Dewasa
Jantan : 1.6 kg
Jantan: 25 - 30 kg
Betina: 1.8 kg
Betina: 20 - 25 kg
2.2 Jamnapari/Ettawah
Kambing jenis Jamnapari berasal dari India. Ianya dibawa masuk ke Malaysia dengan maksud dikacukkan dengan kambing tempatan untuk membaiki populasi, genetik ternakan tempatan. Baka ini digunakan untuk keluaran daging dan juga susu (dwiguna). Pandangan dari sisi menunjukkan muka yang cembung (Roman nosed) dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah.
Badan adalah lebih besar dan tinggi dari kambing kacang dan terdapat tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang, bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan berwarna campuran hitam dan kekuningan.
Berat Lahir
Berat Dewasa
Jantan: 3 - 4 kg
Jantan: 68 - 91 kg
Betina: 3 - 4 kg
Betina: 36 -63 kg
Kambing jenis ini telah pun digunakan secara meluas di Malaysia bagi memperbaiki mutu kambing tempatan.
2.3 Anglo Nubian
Baka Anglo Nubian mempunyai sifat-sifat baka Zariby (Nubian) dari Mesir dan juga baka Jamnapari dari India. Kambing ini disifatkan sebagai tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar. Selain dari pengeluaran daging, baka ini juga boleh digunakan untuk pengeluaran susu (dwiguna). Kambing jenis ini berbadan besar dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah. Hidung kambing jenis ini melengkung ke bawah dan mempunyai kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 s.m. Kebiasaannya kambing Anglo Nubian tidak mempunyai tanduk tetapi mempunyai bulu badan yang pendek. Warna bulu ialah coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.
Berat Lahir
Berat Dewasa
Jantan: 3.5 kg
Jantan: 70 - 85 kg
Betina: 3.9 kg
Betina: 55 - 70 kg
Pengeluaran susu adalah menggalakkan dan ianya boleh mengeluarkan 2 kg susu satu hari dan 250 - 300 kg bagi satu laktasi.
2.4 Kambing Kacukan
Kambing kacukan adalah hasil dari perkahwinan kambing kacang dan baka-baka luar negeri seperti Anglo Nubian, Jamnapari dan juga kacukan dengan baka-baka yang boleh mengeluarkan susu seperti Saanen, Toggenburg dan British Alpine. Kebanyakan kambing yang dilihar di kampung-kampung adalah kambing kacukan, cua 40% dari jumlah kambing di negara ini ialah kambing kacang.
Rupa bentuk biasanya menunjukkan mirip kedua induk dan baka, tidak mempunyai ciri-ciri sendiri. Kambing jenis kacukan ini boleh meningkat berat badan sebanyak 18 - 25 kg dalam lingkungan umur setahun. Kambing kacukan dewasa juga mempunyai berat badan yang lebih tinggi dari kambing kacang. Purata berat badan ketika lahir adalah lebih kurang 2 kg - 2.5 kg seekor.
2.5 Kambing Saanen
Kambing ini berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Bulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu. Hidungnya lurus dan muka berupa segitiga. Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan. Ekornya tipis dan pendek.
Tanduk didapati pada kedua-dua jantina. Kekacang di leher boleh dilihat pada baka ini. Penghasilan susunya berbeza di antara 500 kg dan 1,200 kg dalam tempoh 250 hari, (purata 800 kg).
Berat Lahir
Berat Dewasa
Jantan: 3.0 kg
Jantan: 68 - 91 kg
Betina: 3.3 kg
Betina: 36 - 63 kg
RINGKASAN 2:
Industri ternakan kambing di Malaysia bertujuan untuk menghasilkan susu dan daging. Baka-baka kambing yang dapat mengeluarkan susu dan daging yang baik diimport dari luar negeri seperti Jamnapari, Saanen, Anglo Nubian dan Toggenburg, untuk disilangbiakkan dengan baka tempatan. Hasilnya kita memperolehi anak kambing yang cepat membesar, tahan pada cuaca dan banyak mengeluarkan susu
3. CARA-CARA PEMILIHAN BAKA YANG BAIK
Oleh kerana tujuan kita memelihara kambing adalah untuk mendapatkan hasil yang lumayan maka perlulah kita memelihara kambing dari baka-baka yang baik. Kita perlu memilih kambing yang mempunyai sifat-sifat yang dikehendaki. Adalah dimaklumkan bahawa kambing tidak akan mempunyai kesemua sifat-sifat ini tetapi apabila memilih hendaklah dipastikan yang kambing itu mempunyai seberapa banyak yang boleh sifat-sifat yang dikehendaki.
Pemilihan baka boleh dibuat berasaskan beberapa ukuran seperti:
i. Baka dan keturuananii. Bentuk badan atau konformasi: a.Teknik pengamatan b. Teknik perabaan c. Teknik berdasarkan penilaian (pemberian markah).
3.1 Cara Pemilihan Baka dan Keturunan
Pemilihan cara baka dan keturunan ini memerlukan catatan rekod mengenai prestasi induk kambing tersebut. Pemilihan cara begini adalah sukar kerana kebiasaan catatan tidak dibuat dengan sepenuhnya.
Di antara butiran yang perlu di dalam pemilihan cara begitu adalah:
i. Berat semasa dilahirkan adalah tinggiii. Kenaikan berat badan yang cepatiii. Berat badan semasa 1 tahuniv. Keluaran susu yang banyakv. Jarak kelahiran yang rapat.
3.2 Cara Pemilihan Konformasi Badan
3.2.1 Cara-cara Pengamatan
Sifat
Jantan
Betina
Warna
Warna bebeza mengikut jenis baka
Sama

Kulit dan bulu
Lembut, pendek dan berkilat, tiada kulit berlebihan atau berlipat dibawah dagu dan tengkuk
Lembut, pendek, licin dan berkilat tidak kusut

Saiz
Besar dan berat badan lebih dari 25 kg (had minima berbeza mengikut baka)
Sedang atau besar tidak kurang 20 kg (had minima berbeza mengikut baka)

Kepala
Sederhana, bertanduk atau tidak bertanduk; mata bersinar; dagu sama rata
Panjang dan sederhana, bersih, tiada ketul-ketul daging yang berlebihan

Leher dan bahu
Tidak panjang; berdaging pejal
Leher jinjang; bahu kecil dan sempit

Dada
Bidang dan gempal menunjukkan kekuatan
Sederhana

Rangka
Bulat dan sama besar; tulang rangka sama jarak menunjukkan paru-paru yang baik
Rangka dada lebar dan sama jarak supaya badan nampak bulat. Perut jangan menonjol ke bahagian dada

Badan
Gempal, panjang besar dan lurus
Badan tegap menurun ke hadapan dari perut ke bahu depan
Bahagian belakang
Lurus, tegap, lebar dan berdaging penuh
Lurus, tegap dan lebar terutama di bahagian “rump” dan punggung. “Rump” menurun sedikit tidak terlalu mencuram

Kaki hadapan
Lurus, tegap dan teguh; keduanya selari
Lurus, kuat, tulangnya baik dan teguh. Keduanya selari

Kaki belakang
Tegap dan kukuh. Keduanya selari apabila berdiri tegak. Bila berjalan tidak mengarah keluar (meraut). Pastern tidak jatuh dan jari mengadap ke hadapan. Peha lebar dan besar
Lurus, tegap dan mengadap ke hadapan selari jika dilihat dari belakang; “Hock” pendek sedikit; “Pastern” pendek dan tidak terjatuh

Tapak kaki
Rata di bawah, memboleh kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik. Kuku pendek dan menghala ke hadapan
Rata di bawa memboleh kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik. Kuku pendek dan sama rata

Buah zakar dan zakar
Zakarnya baik dan boleh dikeluarkan dan masuk dengan baik; dua buah zakar yang sama besar tergantung dengan baik dan tidak terlalu labuh
Rata di bawah memboleh kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik. Kuku pendek dan sama rata

Tetek dan puting susu

Teteknya besar dan tergantung dengan baik dan tidak meleret. Kulitnya lembut dan licin. Pembuluh susu nyata tetapi tidak terketul-ketul. Dua puting yang sederhana dan menghala ke hadapan dan terletak dengan baik

Tabiat
Cergas, garang serta gagah
Cergas

Kesihatan
Sihat
Sihat
3.2.2 Cara Perabaan
Cara perabaan adalah perlu apabila kambing yang bakal dipilih itu adalah dari jenis yang mempunyai bulu yang panjang. Ini adalah untuk menentukan kepadatan isi yang mungkin diselubungi oleh bulu atau memastikan tiada sebarang kecacatan.
3.2.3 Teknik Berdasarkan Penilaian
Penggunaan cara ini belum begitu meluas di negara kita. Nilaian gred diberikan kepada setiap bahagian fizikal badan.
Nilai Tertinggi
Bahagian Tubuh Yang Dinilai
Betina
Jantan

5
7
A. KEPALA Bentuk, mata, hidung, tanduk, telinga
31510315
41515512
B. BADAN 1. Leher dan bahu 2. Dada, lebar dan dalamnya 3. Punggung dan pinggang 4. Perut 5. Kaki dan tangan
20
22
C. ANNGOTA 1. Sikap, kekuatan, besarnya persendian dan pergerakannya
518
66
D. AMBING/SKROTUM 1. Kulit dan rambut dengan nilai 3 bagi ambing/skrotum yang berambut panjang 2. Ambing urat darah, puting susu bagi betina, skrotum bagi jantan
6
8
E. PENGAMBILAN SECARA UMUM Keseimbangan di antara bahagian tubuh

F. KEISTIMEWAAN
100
100
JUMLAH
RINGKASAN 3
Sebelum membeli atau memilih kambing untuk baka, penilaian mestilah dibuat terlebih dahulu. Penilaian ini perlu dibuat terhadap kambing bagi mendapatkan ciri-ciri yang baik. Ianya boleh dinilai melalui konformasi atau keturunan. Kambing yang telah dinilaikan digunakan untuk pembakaan bagi melahirkan anak-anak yang cepat membesar, mengeluarkan susu yang banyak dan mempunyai ketahanan terhadap cuaca dan penyakit.
RAJAH MORFOLOGI SEEKOR KAMBING BETINA
1. Puting susu
10. Dagu
2. Tetek atau kelenjar susu
11. Butang/asas tanduk
3. Perut
12. Kelasa
4. Siku (claw)
13. Lilitan di jantung
5. Kuku (hoof)
14. Belakang
6. Lutut
15. Pinggul
7. Dada
16. Punggung
8. Bahu
17. Tulang punggung
9. Kekacang (tassel)
18. Siku

4. PEMELIHARAAN UNTUK TUJUAN PENGELUARAN DAGING
Pengeluaran daging dari penternakan kambing meliputi dua bahagian aktiviti. Penternak boleh menjalankan mana-mana satu bahagian aktiviti ini ataupun kedua-dua sekali.
4.1 Membiak
Memelihara kambing baka dan mendapatkan anak untuk dipelihara, digemuk dan dijual untuk pengeluaran daging
4.2 Penggemukan (Fattening)
Memelihara anak-anak kambing terutamanya jantan dari 6 bulan hingga setahun atau setahun setengah dengan berat badan sekurang-kurangnya 25 kg sebelum dijual untuk sembelihan.
5. CARA PEMELIHARAAN
5.1 Pemilihan Kawasan
Pemilihan kawasan untuk menjalankan pemeliharaan adalah penting. Kawasan-kawasan yang dipilih sepatutnya:-
? Mempunyai tempat teduh dan redup seperti pokok-pokok besar dan juga pokok yang boleh dijadikan pemecah angin.
? Kawasan tanah yang tinggi dan dataran serta mempunyai sistem pengaliran air dan udara yang baik.
? Jauh dari jalan raya yang sibuk.
5.2 Sistem Pengurusan
Di antara sistem pengurusan pemeliharaan kambing adalah:
5.2.1 Sistem Berkurung (intensif)
Sistem ini memerlukan perumahan yang sempurna, kerana kambing tidak dilepaskan meragut. Makanan dan minuman terpaksalah dibawa kepada mereka setiap hari iaitu konsentrat, rumput dan garam jilat. Kebiasaannya, sistem pemeliharaan begini diamalkan oleh penternak-penternak yang tidak mempunyai kawasan ragut atau untuk ibu-ibu kambing yang akan beranak dan selepas beranak dan juga bagi kambing jantan baka. Oleh kerana kambing tidak dilepas langsung, kemungkinan jangkitan penyakit adalah tinggi. Oleh itu, kandang hendaklah sentiasa bersih dan kering. Selain daripada itu, kambing senang diawasi untuk tujuan rawatan dan pengesanan penyakit.
5.2.2 Sistem Separuh Berkurung (Semi-intensif)
Pemeliharaan kambing secara sistem ini dilakukan dengan melepaskan kambing pada siang hari dan dikurung di dalam kandang pada waktu malam. Sistem ini mempunyai faedah di mana selain daripada perlindungan pada malam hari dan dari cuaca yang buruk, ianya juga memberi kebebasan untuk meragut rumput dan herba-herba yang lebih baik. Cara ini juga memberi kesempatan kepada anak kambing untuk bersenam dan mendapatkan cahaya matahari yang secukupnya. Pemeriksaan terhadap penyakit boleh dijalankan apabila kambing-kambing ini masuk ke kandang pada petang hari.
5.2.3 Sistem Ragut Lepas
Sistem ragut lepas ini boleh dijalankan jika terdapat kawasan ragutan yang luas. Kambing-kambing ini tidak disimpan di dalam kandang tetapi dibiarkan meragut sepanjang masa. Walaupun menternak cara begini tidak memakan belanja yang banyak untuk membuat kandang dan sebagainya, ianya tidak digalakkan. Ini adalah kerana kambing ini boleh merayau dan merosakkan tanaman jiran. Di samping itu juga, pengawasan terhadap ternakan juga adalah rumit kerana tuan empunya tidak dapat melihat ternakannya setiap masa.
RINGKASAN 5
Kawasan yang dipilih untuk pemeliharaan kambing mestilah strategik iaitu redup (banyak pokok-pokok besar), di kawasan yang tinggi, jauh dari jalanraya yang sibuk dan sebagainya. Terdapat 3 cara pengurusan dalam pemeliharaan kambing iaitu sistem berkurung, separuh berkurung dan ragut lepas.
6. PANDUAN PERUMAHAN
Perumahan adalah perlu untuk pemeliharaan kambing di Malaysia. Ini adalah kerana keadaan cuaca melampau seperti hujan dan panas terik menyebab kambing-kambing perlukan perlindungan.
6.1 Kedudukan rumah/kandang-kandang ini boleh dibuat supaya:
? Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan. Contohnya, kawasan ragut /sumber makanan (stor) mestilah dekat dengan kandang jika boleh.
? Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarak di antara dua kandang hendaklah sekurang-kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan jangkitan penyakit.
6.2 Apabila membina kandang keperluan-keperluan yang penting untuk menentukan kesihatan dan kesejahteraan kambing-kambing adalah:
? Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukan udara di dalam kandang
? Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan
? Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang
? Tidak terkena angin yang kencang
? Terpelihara dari hujan dan panas
? Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
? Ruang makan dan minum mencukupi
? Lantai adalah sesuai dan tidak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah tulang.
RINGKASAN 6
Bagi membina sebuah kandang kambing yang baik faktor-faktor suhu, cahaya, pengudaraan dan kelembapan yang sesuai di dalam kandang adalah penting. Perubahan suhu, pengudaraan dan kelembapan yang ketara membawa kesan buruk kepada kambing contohnya sebaran penyakit. Jadi sebelum membina sesebuah kandang kambing yang baik pastikan keempat-empat faktor yang tersebut adalah bertepatan.
7. PEMBINAAN KANDANG
Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan juga senang dicuci.
7.1 Lantai
? Di dalam pembinaan kandang, lantai yang dibuat hendaklah:
? tahan lama - misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing
? mudah dicuci
? tidak licin
? tidak mencederakan
? tidak mudah lembab
? Lantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang berukuran 1.5 s.m. (tebal) dan 3.5 s.m. (Lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan juga papan biasa. Supaya kencing dan najis senang jatuh ke bawah, kayu atau papan lantai diatur dengan jarak 1.2 - 1.8 s.m. tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki anak kambing akan tersepit).
? Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara 0.7 - 1.4 meter persegi (8 - 15 kaki persegi).
A. PELAN RINGKAS UNTUK MEMBINA KANDANG
Pandangan tepi/sisi
Insert picture page 20 here
Insert picture page 21 here
Insert picture page 22 here

Pelan kandang yang boleh memuatkan 80 - 100 ekorkambing beserta bilik pengasingan berdasrkan kepadafungsi, umur dan juga jantina
Kandang kambing berlantai bawah boleh juga digunakanuntuk menempatkan kambing pada malam hari

Pelan
Pelan bangsal kambing
Pelbagai rupa bentuk bumbung
7.2 Dinding
? Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana kambing mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding. Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buluh, kayu bulat (kayu hutan) dan papan.
? Dinding boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
? Dari lantai sehingga kira-kira 1 m ke atas boleh dibuat daripada papan, dengan jarak yang lebih rapat antara 1.5 - 2.0 s.m. yang memerlukan ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan kesejukan.
? Di atasnya boleh digunakan kayu beroti, buluh atau nipah dan anak-anak kayu. Jaraknya di antara satu dengan yang lain 9 - 12 s.m.
7.3 Bumbung
Bahan-bahan yang boleh dibuat bumbung termasuklah:
? Nipah - bagus untuk sistem pengedaran udara dan lebih menyejukkan. (Pada umumnya terdapat kejadian kambing memakan serpihan nipah).
? Zink - mudah dipasang tetapi boleh menyebabkan suhu kandang terlalu panas, terutamanya jika tidak ada pokok-pokok pelindung sekitarnya. Jika menggunakan atap zink, ruang di antara lantai dan bumbung hendaklah ditinggikan untuk pengedaran udara yang baik.
? Asbestos - bahan yang paling baik untuk dijadikan bumbung tetapi ianya mahal sedikit. Ia tidak saja menyejukkan tetapi juga tidak mudah terbakar.
? Aluminium - dapat mengurangkan kesan haba tetapi harga agak mahal.
7.4 Palung Makanan
Palung makanan boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu di sepanjang jalan tengah. Lebar palung bahagian bawah ialah 0.3 m dan 0.45 m di bahagian atas. Bagi kandang yang tiada palung makanan, rumput boleh diikat atau digantung di tengah-tengah kandang kira-kira 0.5 m dari paras lantai. Bekas abuk (konsentrat) boleh dibina di bawah palung rumput atau di mana-mana tempat di dalam kandang atau diisi di dalam besen. Air yang cukup dan bersih hendaklah disediakan di dalam baldi atau besen.
RINGKASAN 7
Bagi merendahkan kos membina kandang kambing, bahan-bahan digunakan mestilah murah dan tahan lama. Sumber-sumber asli seperti buluh, kayu bulat, nipah rumbia dan sebagainya boleh juga digunakan. Kambing memerlukan ruang lantai 0.7 - 1.4 meter persegi ( 8 - 15 kaki persegi) untuk seekor. Kandang untuk penternakan secara komersil memerlukan kos yang tinggi.
8. PENGURUSAN
8.1 PENGURUSAN TERNAKAN
Pengurusan kambing adalah bermula dari kelahiran sehinggalah sampai ianya bunting dan beranak kembali. Pada amnya pengurusan boleh dibahagikan kepada peringkat-peringkat seperti berikut:
a. Lahir hingga cerai susu (3 atau 4 bulan)b. Cerai susu hingga buntingc. Pengurusan kambing dewasad. Pengurusan kambing bunting hingga kelahirane. Pengurusan baka-baka jantanf. Pengurusan semasa penggemukan untuk dijual
8.1.1 Lahir hingga 3 bulan
? Anak-anak kambing hendaklah diberi susu permulaan atau kolostrum dalam masa 6 jam selepas dilahirkan. Susu awal ini dikeluarkan oleh ibunya untuk beberapa hari selepas beranak. Kebiasaanya anak-anak kambing ini dapat menghisap susu dengan sendiri. Jika gagal, susu awal ini hendaklah diperah dan diberikan melalui botol susu kepada anak-anak kambing. Pengambilan susu awal ini adalah penting kerana ianya mengandungi banyak zat-zat dan paling penting ialah antibodi yang boleh menolong anak-anak kambing ini melawan penyakit. Susu julung juga membantu merangsang sistem cernaan supaya bekerja dengan sempurna.
Purata kandungan kolostrum berbanding dengan susu biasa:
Kandungan
Kolostrum
Susu Biasa
0 jam
12 jam
24 jam
Pepejal penuh %
24.75
20.71
17.00
12.86
Abu %
1.12
1.04
0.96
0.72
Lemak %
6.00
5.50
5.00
3.60
Protein %
11.35
9.60
7.07
3.25
Immunglobin mg/ml (antibodi)
38.23
32.22
21.52

? Pusat anak-anak kambing hendaklah disapu dengan ‘iodine’ supaya cepat kering, selain dari itu ia juga boleh menghindar dari jangkitan kuman. Jika basah ianya membiak kuman dan anak-anak kambing senang dijangkiti penyakit.
? Anak-anak kambing bergantung kepada susu ibu selama 3 hingga 4 bulan. Selepas 2 bulan atau lebih pengambilan susu akan berkurangan dan anak kambing mula meragut sedikit-sedikit. Selepas 3 atau 4 bulan, anank-anak kambing boleh dicerai susu dan di mana ianya akan memakan rumput sepenuhnya.
? Penceraian susu hendaklah dibuat secara beransur-ansur, bilamana makanan tambahan, rumput dan juga susu di peringat peralihan diberi. Selepas lahir anak-anak dan ibu tidaklah dibiarkan meragut. Selepas 4 atau 6 minggu mereka bolehlah dilepas meragut di kawasan berdekatan supaya pengawasan senang dijalankan.
Kandang tempat menempatkan ibu yang beranak dan anak yang baru lahir hendaklah sentiasa kering dan bersih. Tempat yang lembab boleh membawa kesejukan. Anak-anak kambing adalah peka terhadap kesejukan dan mudah terkena demam paru-paru.
Jika tidak dapat memberi susu awal, satu campuran susu dengan sedikit minyak sayur dan putih telur boleh digunakan untuk merangsang pergerakan usus.
Anak-anak kambing ini bolehlah diberi susu dari ibu yang lain dengan memerah dan menyusu melalui botol atau terus dari ambing jika ianya mahu. Susu tepung juga boleh dibancuh dan diberikan. Susu lembu yang dicampurkan dengan 1 - 2 titik minyak ikan setiap kali hendak menyusu. Susu bolehlah diberi sebanyak 170 gm (lebih kurang 1 cawan teh) setiap 4 jam sekali. Jumlah ini bolehlah ditingkatkan mengikut umur.
8.1.2 Selepas Cerai Susu Hingga Dewasa
Selepas cerai susu dalam lingkungan 3 - 4 bulan, anak-anak dipisahkan dari ibu. Mereka diasingkan ke kandang dan tempat ragutan yang berlainan. Dalam masa itu urusan pemakanan hendaklah dijaga baik-baik kerana berat badan biasanya mudah turun. Ini adalah kerana tekanan (stress) akibat perceraian dari ibu dan juga susu.
Kumpulan anak-anak jantan eloklah diasingkan daripada betina, ini adalah kerena apabila meningkat umur 9 bulan anak-anak kambing ini sudah sampai umur untuk membiak. Anak-anak yang tidak mahu dijadikan baka bolehlah dijual.
8.1.3 Pengurusan Kambing Dewasa
Penjagaan terhadap kambing-kambing dewasa adalah sama dengan anak dari 4 bulan hingga 1 tahun.
8.1.4 Ibu Bunting dan Selepas Kelahiran
Ibu-ibu yang telah bunting dan baru melahirkan anak hendaklah diasingkan untuk menjauhkan anak-anak dari terpijak oleh yang dewasa. Ini juga boleh menyenangkan program pengurusan. Ibu-ibu bunting memerlukan pengurusan rapi sebulan atau 2 minggu sebelum dan selepas beranak, makanan yang bermutu dan lebih hendaklah diberikan kepada mereka. Ini adalah untuk menentukan kesihatan ibu dan anak-anak. Guni yang bersih boleh digunakan untuk mengalas bahagian lantai atau dinding untuk melindungi anak dari kesejukan.
8.1.5 Baka Jantan
? Baka-baka jantan biasanya dikandangkan berasingan daripada yang betina. Mereka dicampurkan hanya bila hendak dibiakkan. Setiap ekor kambing jantan baka biasanya disimpan dalam kandang berasingan supaya pergaduhan dan kecederaan dapat dielakkan.
Setiap ekor jantan bolehlah digunakan untuk 20 ekor betina.
? Anak-anak jantan untuk dijadikan baka hendaklah dijaga dengan baik dari segi makanan dan juga kesihatan. Ternakan ini memerlukan banyak senaman dan pergerakan. Jika ini tidak mencukupi ianya boleh menjadi malas dan tidak cergas. Ternakan berkenaan hendaklah mempunyai kaki yang baik dan juga kuku hendaklah sentiasa dipotong supaya ianya tidak mengganggu semasa mengawan dan menjejas kesihatan
? Anak-anak jantan boleh mengawan dan membiak dalam lingkungan umur 9 bulan, tetapi dinasihatkan tidak digunakan sebelum umur setahun.
8.1.6 Pengurusan Penggemukan
Jika kambing-kambing dipelihara hanya untuk digemukkan dan dijual untuk daging, penjagaan kambing-kambing ini adalah mudah.
Faktor penting di dalam pemeliharaan cara begini adalah makanan. Makanan yang hendak diberi mestilah yang mempunyai zat yang tinggi dan baik.
Anak-anak kambing boleh digunakan untuk penggemukan apabila umur telah meningkat enam bulan. Ia memerlukan masa di antara enam bulan hingga setahun di mana berat badan mencapai 20 - 25 kg. Ini bergantung kepada jenis makanan dan keupayaan kenaikan berat badan kambing tersebut. Dalam masa satu atau dua bulan sebelum dijual, adalah lebih baik jika diberikan makanan berkualiti dan mempunyai nilaian protein yang tinggi.
8.1.7 Pengurusan Kambing Sakit/Cedera
Kambing yang sakit atau cedera perlu diasingkan dari kumpulannya dan diberi rawatan segera. Pihak Pejabat Perkhidmatan Haiwan wajib dihubungi untuk mendapatkan rawatan atau nasihat selanjutnya.
8.2 PENGURUSAN AM
Pengurusan Am merupakan satu aspek yang perlu diutamakan juga, ia meliputi pengurusan:
a. Kawasanb. Buruhc. Jadual Pengurusand. Pengenalan Ternakane. Pengasianf. Mematikan Tandukg. Memotong Kukuh. Menggunting Bului. Kawalan Kutu
8.2.1 Kawasan
Kebersihan kawasan kandang dan persekitaran perlu diutamakan setiap masa. Perparitan atau longkang di sekeliling kandang dan kawasan mesti berfungsi dengan sempura. Najis yang dibuang atau dikumpulkan jangan terlalu dekat dengan kandang. Kawasan pastura untuk ragutan atau potong perlu dipagari dengan kukuh. Dengan ini memudahkan pengurusan meragut dan mengelakkan percampuran yang menyebabkan perkahwinan tidak diingini.
8.2.2 Buruh
Buruh samada yang diupah atau sendiri mestilah diuruskan supaya kerja-kerja lebih teratur dan mudah. Sebagai contohnya sementara menunggu kambing dilepaskan meragut, bersihkan dahulu palung makanan dan memotong rumput. Apabila kambing dilepaskan sahaja, kandang pula perlu dibersihkan. Begitulah seterusnya kerja-kerja lain haruslah diuruskan secara teratur.
8.2.3 Jadual Pengurusan
Penyelarasan bagi kerja-kerja jangkamasa panjang dan tugas harian perlu diatur dari semasa ke semasa. Jadual pengurusan untuk jangka masa panjang seperti mengkacuk, beranak, mematikan tanduk, mengkasi, memotong kuku, kawalan kutu dan pemberian ubat cacing perlu diatur dengan sistematik. Jadual lain seperti jangkamasa meragut di sesuatu petak, membaja, meracun rumpai mestilah diatur agar pembahagian jentera, buruh dan alat-alat lain dapat dibuat dengan tertib.
8.2.4 Pengenalan
Sekeping kad rekod ternakan perlu disediakan apabila sahaja seekor anak dilahirkan. Penandaan boleh dibuat samada dengan memasang tag plastik ataupun ditattoo di telinganya supaya mudah untuk pengenalan.
8.2.5 Pengasian
Pengasian anak kambing jantan yang tidak dijadikan baka boleh dibuat pada umur 4 - 5 minggu. Proses ini dapat mempercepatkan kadar tumbesaran, paling sesuai jika digemukkan untuk penjualan, juga dapat mempertinggikan kecekapan pengurusan pembiakbaik.
8.2.6 Mematikan Tanduk
Pertumbuhan asas tanduk perlu dimatikan di peringkat anak untuk mengurangkan kecederaan antara sesamanya, disebabkan perkelahian atau kemalangan. Untuk tanduk yang telah tumbuh, ianya perlu dipotong.
8.2.7 Memotong Kuku
Kambing yang tidak dilepaskan keluar dalam jangkamasa yang panjang menyebabkan kukunya menjadi panjang. Ini akan menyusahkan ia berjalan dan menyebabkan jangkitan penyakit kalau tidak dibersihkan. Maka itu, kukunya perlu dipotong dan dibersihkan dari kotoran.
8.2.8 Menggunting Bulu
Kambing kacukan terutamanya mempunyai bulu yang agak panjang perlulah dibersihkan. Bulu yang kotor menjadi sumber penyakit dan tempat pembiakan kutu. Bulu di sekitar tetek perlu digunting untuk memudahkan pemerahan juga mengelakkan bulu bercampur dengan susu. Gunakan gunting elektrik atau tangan untuk tujuan ini.
8.2.9 Kawalan Kutu
Masalah kutu tidak akan selesai bagi kambing dalam kelompok yang besar dan bercampur antara sesamanya. Kambing diberikan samada semburan ubat kutu atau dimandikan di dalam kolam mandi kutu, bagi membunuh kutu yang bersarang pada badan kambing.
RINGKASAN 8
Pengurusan yang baik dan sistematik dapat meninggikan prestasi pengeluaran ternakan. Pengurusan terbahagi kepada dua iaitu pengurusan ternakan dan pengurusan am. Pengurusan ternakan bermula dari lahir, dewasa, bunting dan beranak. Penjagaan yang rapi perlu dibuat kepada anak kambing yang baru lahir, membesar dan ibu yang bunting. Pengurusan ama pula meliputi pengurusan kawasan, buruh, jadual kerja, pengenalan, pengkasian, mematikan tanduk, memotong kuku, menggunting bulu dan kawalan kutu.
9. CARA PEMBIAKAN
9.1 Kaedah
I. Pembiakan boleh diadakan dengan dua cara iaitu:
? membiak dengan menggunakan baka jantan
? membiak melalui permanian beradas
Di antara kebaikan yang boleh didapati melalui permanian beradas adalah:
? dapat mengawal penyakit kelamin pada ternakan
? kegunaan sepenuhnya baka-baka terpilih
? air mani dari baka yang baik boleh disimpan dan digunakan walupun baka tersebut telah mati
? mengurangkan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung dalam pemeliharaan baka-baka jantan
II. Disamping kebaikan dalam menjalankan pembiakan melalui permanian beradas, kesulitan yang mungkin timbul adalah:
? penentuan biang dan waktu permanian
? menentukan teknik-teknik semasa menyuntik air mani adalah betul
? boleh menyebabkan kerosakan pada alat peranakan jika teknik dilakukan tidak betul atau kasar
Buat masa ini pembiakan dengan menggunakan baka adalah disyorkan kerana permanian beradas bagi ternakan kambing masih belum digunakan secara meluas.
9.2 Umur dan Berat Badan Untuk Mula Membiak
Kambing akan mula membiak apabila mencapai umur sembilan bulan. Namun begitu, pada umur ini, perkahwinan adalah tidak disyorkan kerana terlalu muda. Besar kemungkinan ianya tidak akan menghasilkan anak yang baik. Anak-anaknya nanti kebiasaannya kecil dan bantut. Umur yang biasa digunakan untuk membiak adalah di dalam lingkungan 1 tahun - 1 1/2 tahun di mana berat badan adalah di dalam lingkungan 20 - 25 kg. Pemberian makanan mempengaruhi tahap umur kematangan.
9.3 Pengenalan Berahi
Berahi menunjukkan betina sudah matang dan boleh dikahwinkan. Tanda-tanda berahi:
? tidak tenang (gelisah)
? mengibas-ngibaskan ekor dan menggosok-gosok badan ke kandang
? mengembek terus menerus
? sering kencing
? kemaluan membengkak/keluar lendir kemerahan
Lama masa berahi 12 - 48 jam dengan siklus (edaran) berahi 18 - 24 hari, puratanya 20 hari.
9.4 Lilitan Dada Bagi Mentaksir Berat Kambing
Kadang-kadang kita terpaksa menganggarkan berat badan kambing misalnya jika hendak memberi ubat cacing, sukatan antibiotik yang perlu digunakan ataupun untuk mengetahui kambing itu telah boleh dikahwinkan atau tidak.
Salah satu cara bagi mengetahui berat badan kambing ialah dengan mengukur lilitan dada dengan menggunakan tali tape. Jadual di bawah boleh digunakan bagi mendapatkan berat kambing tersebut:
Lilitan Dada (sm)
Berat (kg)
Lilitan Dada (sm)
Berat (kg)
Lilitan Dada (sm)
Berat (kg)
27.3
2.3
54.0
16
80.6
44
20.6
2.5
55.2
17
81.9
46
29.8
2.7
56.5
18
83.2
48
31.1
3.4
57.8
19
84.5
50
32.4
3.2
59.1
21
85.7
52
33.7
3.6
60.3
22
87.0
55
34.9
4.1
61.6
23
88.3
57
36.2
4.5
62.9
25
89.5
59
37.5
5.0
64.1
26
90.8
61
38.7
5.5
65.4
27
92.1
64
40.0
5.9
66.7
29
93.3
66
41.3
6.8
67.9
30
94.6
68
42.5
7.7
69.2
31
95.9
70
43.8
8.6
70.5
33
97.2
73
45.1
9.5
71.8
34
98.4
75
46.4
10.5
73.0
35
99.7
77
47.6
11.0
74.3
37
101.0
80
48.9
12.0
75.6
38
102.0
82
50.2
13.0
76.8
40
104.0
84
51.4
14.0
79.4
42
106.0
89
JADUAL: MENENTUKAN UMUR KAMBING DENGAN PENGIRAAN GIGI-GIGI
9.5 Jangka Masa Bunting
Tempoh kebuntingan kambing adalah selama antara 145 - 155 hari atau puratanya 151 hari. Mengikut perkiraan kasar, tarikh kelahiran anak-anak kambing dapat ditentukan dengan menggunakan carta di bawah ini:
Tarikh dikahwinkan
Tarikh Dijangka Beranak(Tarikh dikahwinkan tolak bil. hari di bawah ini)
Ogos
Januari
-
3
September
Februari
-
3
Oktober
Mac
-
1 atau 2
November
April
-
1 atau 2
Disember
Mei
-
1 atau 2
Januari
Jun
-
1 atau 2
Februari
Julai
-
0 atau 1
Mac
Ogos
-
3
April
September
-
3
Mei
Oktober
-
3
Jun
November
-
3
Julai
Disember
-
3
Carta ini dibuat berdasarkan waktu bunting selama 150 hari (purata).
9.6 Jarak Kelahiran
Jarak kelahiran yang biasa didapati pada kambing-kambing di Malaysia adalah selama di antara 207 - 259 hari. Dengan kadar kelahiran kembar sebanyak 50% adalah dijangka purata anak yang boleh diperolehi dalam setahun ialah 1.3 atau 1.5 ekor untuk seekor ibu.
RINGKASAN 9
Kambing boleh dibiakkan dengan menggunakan pejantan atau teknik permanian beradas. Kematangan berlaku pada umur 9 bulan, dikahwin pada umur 1.5 tahun pada berat badan 20 - 25 kg. Tempoh bunting ialah 145 - 155 hari dan jarak antara kelahiran 207 - 259 hari.
10. MAKANAN DAN MINUMAN
Makanan adalah perkara yang paling penting dalam pemeliharaan. Makanan diperlukan untuk pembesaran, pembiakan, kesihatan dan juga akan menentukan untung ruginya sesuatu perusahaan ternakan. Makanan hijauan mempunyai kandungan air yang tinggi, ia merupakan sumber tenaga, vitamin dan mineral. Konsentrat mempunyai kandungan bahan kering yang tinggi, ia kaya dengan protein, lemak, mineral dan menjadi sumber tenaga.
Makanan yang seimbang mengandungi zat-zat berikut:
? protein
? karbohidrat (kanji)
? lemak
? vitamin
? zat galian
Jika zat-zat ini tidak mencukupi

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs

Sumber:http://www.yourlivestock.com/penanaman_cendawan_tiram_kelabu.html

Penanaman Cendawan Tiram Kelabu

Terdapat lebih kurang 30,000 jenis spesis cendawan di dunia ini. 5,000 daripadanya yang boleh di makan. Di Malaysia ada 17 jenis spesis dari 5,000 jenis spesis yang boleh di makan.Kali ini kita akan kongsi mengenai cendawan yang di namakan Cendawan Tiram kelabu atau nama saintifik dia (Pleurotus Sajor-caju).

Khasiat Cendwan Tiram Kelabu adalah seperti berikut.

Khasiat:
1) mengawal atur darah - anti trombotik, merendahkan tekanan darah, kandungan glukosa dan lipid
2) tingkatkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan virus dan bakteria
3) merencatkan tumbesaran tumor
4) sebagai anti-oksida dan aktiviti pelindung gen

Cara makan cendawan : (memang ada banyak jenis resipi cendawan ini)
1) di buat Tom Yam, Sup
2) di buat Sate
3) di goreng tepung
4) di masak sayur campur

Perusahaan penanaman Cendawan Tiram Kelabu secara komersial mula mendapat tempat di negara kita Malaysia.Buat masa ini permintaan adalah melebihi pasaran untuk bekalan cendawan segar. Untuk liputan kali ini, majalah YourLivestock.com beruntung kerena dapat bertemu dengan En Nabil Bin Sanusi seorang pengusaha Cendawan Tiram Kelabu di Kg Jenderam, Salak Tinggi.

En Nabil mula mengusahakan tanaman cendawan secara komersial ini dalam 6 bulan lepas iaitu dalam sekitar bulan Mac 2007. Beliau telah mula mengutip hasilnya dalam awal bulan Jun 2007.Kapasiti pengeluarannya adalah 50KG cendawan sehari dan akan di tingkatkannya kepada 100KG sehari dalam masa terdekat. Kapasiti ladang cendawan beliau buat masa ini boleh menghasilkan sehingga kepada 300KG cendawan sehari.

Encik Nabil merupakan graduan akauntan dari Universiti tempatan mula menceburi bidang logistik terlebih dahulu sehingga di perkenalkan oleh rakan-rakan beliau kepada perusahaan cendawan tiram kelabu secara komersial. Beliau kemudian telah mengambil beberapa kursus berkaitan cendawan dari Unit Tanaman Cendawan, Seksyen Penyelidikan dan Agroteknologi dan Persatuan Jurutera Pertanian Malaysia (MSAE) dan juga dari Jabatan Pertanian. Berbekalkan ilmu dan keyakinan, beliau melabur lebih dari 200K untuk membuka ladang tanaman cendawan tiram kelabu secara komersial.

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs

-Ternakan Ayam Kampung-

Sumber: Tidak diketahui

Ternakan ayam kampung

Mei 18, 2007
Ayam kampung diternak secara komersil dengan kaedah separa lepas. Kejayaan ternakan bergantung kepada baka yang berkualiti, makanan, pengurusan dan persekitaran yang baik. Baka ayam kampung bagi ternakan komersil biasanya dari jenis kacukan baka tempatan dengan baka luar negara seperti australia dan UK, baka2 ini boleh didapati daripada pembekal baka tempatan.
Kaedah eraman telur diguna dalam pembiakbakaan spesies ayam ini bagi kuantiti yang besar. Kaedah ternakan lebih kurang sama dengan ayam pedaging dimana ayam diternak dalam reban terbuka hanya terdapat sedikit pembezaan itu ayam haruslah dilepas dalam tempoh masa tertentu di sekitar kawasan reban.

Kebiasaanya ayam dapat dipasarkan dalam jangka masa 2 bulan setengah ke 3 bulan dari tempoh ternakan. Harga borong ayam kampung lebih tinggi berbanding ayam pedaging biasa kerana tempoh ternakan yang lebih panjang dan permintaan yang tinggi daripada pasaran tempatan.

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs

-Serai Peha Ayam

SERAI MAKAN

Nama Botani : Cymbopogen citratus (DC.) Stapf.Nama lain : Sereh makan (Indonesia), Takrai (Thailand) Lemongrass (Inggeris)
Famili : Graminae

PengenalanTanaman serai makan (Cymbopogen citratus) dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan Tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batangnya dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60?100 cm dan lebar 1.0?1.5 cm. Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.
Khasiat dan KegunaanDi Malaysia, serai makan terutama batangnya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tomyam, kerabu, masak lemak cili padi dan asam pedas. Aroma dan rasanya yang unik dapat menambahkan keenakan masakan dan meningkatkan selera. Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati. Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau `lemon?. Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian dan kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehide. Peratusan sitral dalam minyak pati serai makan adalah antara 65% hingga 85%. Sebatian-sebatian lain yang menpunyai lebih rendah peratusannya termasuklah linalol, geraniol, citronellal, citronellol, farnesol, farnesal, limonene dan nerol.Minyak pati serai makan diguna sebagai pewangi sabun, bahan pencuci, syampu dan produk lain.. Walau bagaimanapun sebahagian besar daripadanya digunakan untuk mendapatkan sitral (secara isolasi fizikal) dan ionones (secara tindak balas kimia terhadap sitral).

SERAI WANGINama Botani : Cymbopogon nardus (L.) rendleNama lain : Sereh wangi (Indonesia), Citronella (Inggeris)Famili : Graminae
PengenalanTanaman Serai Wangi (Cymbopogon nardus) dipercayai berasal sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai Wangi juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai wangi biasanya ditanam di halaman rumah sebagai tanaman dapur dan kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanam serai wangi bagi menghasilkan minyak patinya. Serai wangi ialah sejenis tanaman rumput yang tinggi dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia boleh tumbuh sehingga 1.0?1.5 m. Daunnya bersifat tirus, panjang sehingga 70 ? 80 cm dan 2 ? 5 cm lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai makan. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi 8 bulan.
Khasiat dan KegunaanDari segi ubatan tradisional serai wangi digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusannya sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan. Ia juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. Bagaimanapun di kebanyakan negara serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak patinya. Serai wangi menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `citronella oil? di pasaran antarabangsa. Minyak sitronela mengandungi dua bahan kimia penting iaitu sitronelal dan geraniol. Sitronelal dan geraniol amnya digunakan untuk bahan dasar pembuatan ester-ester seperti hidroksi sitronelal, genaniol asetat dan mentol sintetik yang mempunyai sifat lebih stabil dan banyak digunakan dalam industri wangi-wangian. Hidroksi sitronelal penting untuk sabun dan minyak wangi yang berharga tinggi, manakala mentol untuk bahan dasar ubat batuk, ubat gigi dan pencuci mulut. 2 bahan penting dalam industri… Caryophyllene & citronellol
Projek Tanaman Serai

Ok….info diatas tu cuma asas tanaman yang perlu diketahui. Semua sumber tersebut boleh didapati dari website MARDI atau pun Jabatan pertanian. Berbalik kepada projek…Untuk membuat projek tanaman serai ni (sama ada serai wangi atau serai makan) sebenarnya x susah. Maksud nya mudah….anda x perlukan tanah yang besar maupun modal yang besar untuk melakukannya. Tanah seluas 1 ekar dengan modal RM3-4 ribu pun dah cukup bg semusim penanaman. (modal aku dulu dalam RM1500 je untuk seekar semusim).
Perkara asas sebelum memulakan projek..!!
Kesesuaian Tanah - Sepengetahuan aku, serai ni mudah ditanam dimana2 jenis tanah kecuali kawasan berair/berpaya. Kalau nak buat projek dikawasan tanah lembah atau lembab (berpaya)..pastikan saliran/longkang/parit2 mencukupi. Keadaan atau jenis tanah berkait rapat dengan penggunaan baja dan penjagaan kelak. Misalnya di tanah berpasir, tanah berpasir ni kebiasaannya kekurangan unsur organik didalam tanah. Kadar pegangan air dalam tanah juga mungkin kurang baik…jadi penggunaan baja organik mungkin terpaksa dilebihkan. Kalau tanah yg asalnya berpaya, tanah tersebut mungkin pH nya agak rendah (berasid) jadi penggunaan kapur akan menjadi lebih tinggi di kawasan ini. (bagi meninggikan pH) , keadaan tanah yg berasid akan menjejaskan kesuburan tanah dan tanaman kerana kebiasaannya, baja akan hilang atau terlarut begitu sahaja hasil tindakbalas asid dlm tanah.. (asid sulfat).
Pasaran - Pastikan dulu pasaran. Target pasaran. Untuk apa? Untuk serai makan atau serai wangi. Kalau serai makan, mana nak dipasarkan? Untuk kilang memproses (dijadikan serbuk sebagai contoh ADABI), secara basah…seperti dipasar2 aataupun dikedai2 secara terus. Sebenarnya nak memasarkan serai ni taklah susah sangat…cuma nak rajin bertanya…jangan malu. Pergi sahaja kekedai2 tom yam tu…tanya terus pada pengusaha kedai…. Dipasar pun boleh..cuma peniaga di pasar ni mau ’supply’ tak putus je. Jadi untuk projek tu kenalah rancang dengan teliti. Kalau dah dapat kontrak dengan pengilang, pemasaran ni taklah susah sangat. Ataupun buat pertanian kontrak. (contract farming). Rata2 usahawan, (tak semua, segelintir sahaja), bila dah dekat nak harvest baru terkial2 nak cari pasaran…bila tak dapat, macam2 alasan diberi mengenai projek..tak untunglah, info tak betul lah, sampai FAMA pun disalahkan. Kalau dah ‘last minute’ FAMA pun pening nak tolong carikan market. Bagitau awal2, contohnya 2-3 bulan sebelum harvest.. jadi mudahlah mereka nak rancangkan target pengeluaran serta ruang pasaran untuk kita.
Keluasan tanah - Kalau nak tanam serai ni, seperti mana yang saya sebutkan di atas, kita tak perlukan kawasan yang besar sebenarnya, memadai 1 ekar pun dah cukup…cuma bila habis musim menuai, kena lah tunggu balik, dalam 6-8 bulan untuk tuaian musi kedua, sementara musim kedua berhasil, alamat menung la menunggu. Kebiasaan untuk penghasilan berterusan sepanjang tahun sekurang-kurangnya memerlukan keluasan seluas 5-10 ekar (komersil) sistem menanam pun ikut urutan (rotation), bukan segaligus tanam. Tanam secara berperingkat/berkala. selang1 -2 bulan, tanam diplot baru misalnya(jika 1 plot keluasannya 1 ekar) jadi kelak… setiap 1-2 bulan, anda akan menuai….taklah menunggu selang 6-8 bulan untuk mendapat hasil. Kalau baru nak cuba2, boleh juga buat 1/2 ekar dulu… tak ada salahnya.
Ada tanah, tapi dah bertanam/diusahakan dengan buah-buahan (dusun misalnya), atau ladang getah/kelapa sawit. Boleh juga ditanam . Serai juga boleh ditanam secara intergrasi (boleh pakai ke istilah ni?) dengan tanaman lain. Misalnya berdasarkan pengalaman aku sendiri, sementara musim mangga keluar, aku boleh dapat hasil daripada tanaman sampingan (serai)… antara barisan pokok mangga atau tanaman lain kita boleh tanam dengan serai…jadi kuranglah sedikit pergantungan kita terhadap satu jenis tanaman sahaja. Bukannya apa, langit tak selalunya cerah kan? Kalau mangga tak menjadi, serai ada. Cuma yang penting, serai tersebut tidak berada dibawah naungan, (tidak mendapat cahaya), kalau nak dibuat di ladang getah atau pun estet, pastikan tidak dibawah naungan. (<60%).
Kos - Kos untuk menanam/ projek serai ni tak lah besar…. untuk 1 ekar (pekerja kita sendiri) kosnya dalam RM1-2 ribu sahaja…itupun semusim! Betul…percayalah…. Hasilnya.. InsyaAllah kalau RM1/kilo pun boleh dapat dalam paling minimum RM10,000 semusim/ekar !!! (kalau 1 ekar dpt ditanam 5 ribu rumpun…yang mana serumpun hasilnya 2 kilo serumpun dengan harga RM1/kilo.) Aku pernah dapat serumpun 9 kilo!! Harga ketika itu, RM1.40/kilo….tp siap proses (sebatang2 diikat sekilo-sekilo).
Masa - Kebanyakan daripada kita ni sudah bekerja tetap. Nak berenti sayang, lagipun tak mahu menanggung risiko. Kerja pun susah dapat sekarang. Jadi projek pertanian ni cuma part-time sahaja. Tidak mengapa…boleh… serai tidak memerlukan penjagaan serapi menanam sayur. memadai kite menjeguk1-2 minggu sekali pada hujung minggu. Kalau sesak sangat masa tu sebulan sekali. kalau nak tanam terus tinggal sampai musim menuai pun boleh…tapi sendiri mau ingatlah! Nanti semak lagi tinggi dari serai..selak semak baru jumpa serai. (kalau ular tu tak payah cerita la)….Ingat! kalau kerjanya part-time, hasilnya pun ‘part-time’ la!
Info lagi mengenai projek….Nak mula projek!!
Serai makanIkut pengetahuan saya, serai makan ni ada 2 jenis yang ketara.1. Serai paha ayam2. Serai kampungKalau nak buat projek serai secara komersil, eloklah kita ambil serai paha ayam ni. Kebaikannya ialah cuma pada saiznya sahaja. Ia lebih besar sedikit dari serai kampung. (+/- dua jari) tapi aromanya kurang kuat sikit dari serai kampung. Tempoh matang serai ni adalah antara 6-10 bulan (bergantung pada pembajaan). Bagusnya serai ni, kalau kita terlewat harvest pun tak apa, dia takkan mati, Cuma mungkin rumpunnya akan mengecil sedikit. Biasanya dalam satu ekar, kita dapat menanam lebih kurang 10000-15000 rumpun serai jika hanya tanaman serai diusahakan. Untuk integrasi kita boleh dapat antara 5000 ? 8000 rumpun serai seekar. Serumpun serai pula boleh menghasilkan lebih purata 3 kg serai yang siap proses. (kalau tanah subur, baja cukup kadang2 boleh capai 9kg serumpun) Harganya bergantung pada permintaan dan kawasan. Jangan risau. Market utk serai ni luas. Sekarang ni kan kedai tom yam banyak? Tapi pastikan dulu market, ok?Jarak tanaman yang disyorkan ialah 3ft x 3ft. Antara baris 3 kaki dan antara rumpun 3 kaki. (kalau nak kemas buatlah 3 x 4 kaki) Kalau kita tanam diladang getah, pastikan ada jarak 3-4 kaki dari anak pokok getah. Bukan apa biar nampak kemas. Lagipun ini utk memudahkan kerja2 pengurusan rumpai kelak.Sebelum mula menanam, pastikan dulu plot2 yg ada untuk ditanam serai, kalau boleh tiap 1@ 2 ekar dimasukkan sebagai 1 plot. Ini untuk memudahkan pengurusan nanti. Saya rasa yang sesuai kita buat begini. 2 ekar 1 plot. Jadi dalam projek nanti ada 5 plot tanaman. Kenapa kita buat 5 plot? Tak jadi masalah sebenarnya berapa plot pun yang kita buat, Cuma untuk memudahkan kerja kita kelak. Lagipun, kita tidak akan menanam kesemua plot tu cara serentak. Kita tak buat begitu supaya esok masa harvest tak pening kepala nak harvest semua dan tak perlu tunggu sampai 10 bulan balik untuk hasil berikutnya. Jadi untuk mendapatkan hasil tiap2 bulan, maka kita perlu buat plot2 tersebut dan menanam pada masa yang berlainan bagi tiap plot, misalnya selang 2 bulan. Jadi dalam setahun kita boleh harvest 5-6 kali setahun tiap 2 bulan. (utk harvest 1-2 ekar ini kadang2 makan masa 2 bulan gak, itu bergantung pada tenaga kerja yang ada.)Penyediaan kawasan.Kalau betul-betul semak, ada pokok-pokok renek, tolaklah dahulu dengan JCB (backhoe) kosnya dalam RM300 sehari, dah bersih barulah dibajak & rotor. Kalau tanah berair, pastikan anda membuat parit perimeter (parit besar sekeliling kawasan) dan parit2kecil ditengah kawaan tanaman. Ini untuk mengelakkan air bertakung. Dah siap semua nya itu, termasuk memagar..terpulang pada anda, ikutkan serai ni takde musuh, ternakan pun tak makan, cuma takut kena pijak sahaja. (lebih baik dipagar) . Step kedua barulah dibajak dan rotor . Kalau guna traktor Jabatan Pertanian, sewanya lebih kurang RM120-RM180 seekar (bagi bajak & rotor). Jikalau sistem integrasi, jangan bayar nilai diatas untuk seekar (pasal x bajak penuh…antara pokok sahaja). Nak bajak dan rotor cuma antara pokok getah kan? Jadi kita bayar nilai diatas separuh sahaja untuk seekar atau pun nilai diatas untuk 2 ekar. Ini penting kerana ramai yang tak tahu pasal ni. Kalau sewa traktor luar mungkin mahal sikit. Dalam RM 300 adalah kot (bagi bajak & rotor..2 kerja sekaligus/ekar)..Tak perlu buat batas. Kalau nak yang lebih bagus, selepas dibajak, taburlah baja tahi ayam dan kapur pertanian dahulu, baharu dirotor. Kalau x buat pun boleh…(kalau modal tak besar)Buat lining.Seperti jarak yang disyorkan diatas, pastikan kira jarak 3-4 kaki dari anak getah dahulu (kalau integrasi). Tandakan tiap poin 3 kaki dengan buluh atau anak kayu. Buat perkara yang sama di barisan hujung.(dibuat awal sebelum hari menanam)Tarik tali untuk luruskan lining. (dibuat pada hari menanam) Ambil kayu untuk buat ukuran poin antara benih serai. (potong kayu/buluh untuk pedoman. Cthnya 3 kaki)Pada tali yang ditarik tadi kita mulakan pada kayu yang dipacak gunakan kayu pedoman untuk menanam. Ukur dan tanam. Ulang dari benih yang ditanam sampai hujung barisan. Siap satu baris, buka tali dan alihkan ke poin sebelah. (ini teknik nak jimat kos sebenarnya) buat perkara yang sama sampai siap satu plot. (biasanya 1 plot 2 ekar antara anak getah ni boleh siap antara 1-2 minggu sahaja) Awas balik rumah kena cari tukang urut. Sakit pinggang!

Penandaan pancang pedoman sebelum direntang tali antara 2 hujung

tanaman serai antara mangga (baru dipangkas daun dengan mesen rumput)

MenanamTeknik menanam!! Ramai yang tak tahu cara ni,Tak perlu gali lubang. Sebab tanah dah gembur. Cucuk je benih tu ataupun guna kayu pedoman tu cucuk tanah dan masukkan serai dalam lubang tu. Kalau boleh satu lubang tanam 2 benih. (takut satu tu tak menjadi). Tekan sikit dileher benih tu utk padatkan tanah.Jangan tanam tegak !!! Nanti lambat keluar anak lain. Sendengkan sikit 45 darjah!!! Kalau tanam 2 anak benih selubang, sendengkan dengan cara bertentangan. Cara begini akan mendapatkan rumpun yang besar dan padat! Kalau 3 benih selubang, buat seperti lambang Mercedes dari pandangan atas. Ramai yang tak tahu cara ni.Sebelum tanam, basahkan dulu anak benih dalam air. Kalau boleh, tanam awal pagi atau petang sedikit. (tak nak benih stress) Rendam semalaman dalam besen paras leher benih pun boleh juga. (Kawan saya syorkan, rendam dalam air yang dah dicampurkan dengan hormon penggalak akar, jadi mudah untuk berakar) Saya tak pasti apa hormonnya…tapi memadai kita membeli sedikit CIRP da bancuh sedikit sahaja kedalam air dan rendam benih tadi.

penanaman pada barisan yg telah di tanda dengan tali. Jarak antara benih diukur sama dgn kayu pedoman (3 kaki)
PENJAGAANPembajaanSerai ni perlu juga dibaja. Cuma tak memerlukan kekerapan yang kerap dan kuantiti yang banyak. Memadai 2 atau 3 bulan sekali.Bagi permulaan mulakan dengan NPK 15:15:15. tak payah banyak, lebih kurang segenggam serumpun. Taburkan keliling rumpun tu. Tabur atas pun boleh. Tapi jgn pada tengah hari…panas. Lepas tu bolehlah cari baja yang kandungan P tinggi. Contohnya NPK 5:18:12. Nak lagi mudah, baja tahi ayam atau kambing pun boleh.Kawalan rumpaiSebelum rumpun serai membesar, tentu ada masalah rumpai diladang. Nak mudah gunakan racun rumpai sahaja. Tapi awas, jangan silap pakai! Saya menggunakan racun DIURON sahaja! Kalau kena serai (kalau disembur pada serai pun) serai tak akan mati. Rumpai lain akan mati. Cuma kesannya akan nampak selepas 4-5 hari. Tanyalah dikedai2 jual baja dan racun. Mesti ada. Ia dalam bentuk serbuk bancuh kalau dalam bentuk cecair mahal sedikit. (serbuk RM20-30/kotak sekilo, Cecair RM80-100/ botol 4 liter). Bila rumpun dah besar, masalah rumpai akan berkurangan kerana rumpai lain alah dengan serai ni. Kalau nak pakai paraquat ke basta ke glyphosate ke pun boleh, cuma pastikan tak terkena pada daun atau perdu serai ni. (boleh mati). Nak kemas lagi, kita mesin lah rumput antara barisan serai tersebut.Kawalan perosakSerai ni jarang ada musuh. Cuma ulat pengorek batang sahaja. Kalau kita jaga rumpun dengan baik tiada masalah. Caranya, kita buat trimming pada rumpun selang 2-3 bulan sekali. Potong daun diatas dan tepi rumpun.(pakai mesin rumput je) Jadi taklah lembab sangat tengah2 rumpun tu. Ini juga untuk mengelakkan tikus bersarang dicelah2 rumpun. Biasanya jadi sarang ayam hutan. (best juga) Potongan daun juga akan membuatkan batang serai jadi besar. (jgn buat kerap sangat. Nanti tak besar2 pulak) Kalau nak guna racun, guna malathion pun dah cukup tapi 30 hari sebelum harvest jgn sembur ok?! Kalau nak sembur racun racun serangga, campurkan sedikit baja foliar (apa2 jenis) dan racun kulat (Mancozeb). 3 dalam satu. Jimat masa. (buat lepas trimming pun elok juga- saja protection)Kesemua 3 kawalan diatas tak perlu dibuat selalu. Dari awal tanam hingga harvest, memadai buat 3 kali sahaja. Cubalah buat eksperimen anda sendiri. Anda akan dapat lihat perbezaannya.*kesemua teknik diatas boleh diguna pakai bagi projek tanaman serai wangi.

MENUAIMasa menuai inilah masa yang paling leceh bagi projek serai ni.Tuaian boleh dibuat selepas tempoh matang atau melalui pemerhatian. Agak nampak batang dah besar tu tuailah. Nak tuai senang guna chop ? macam penggali tapi depannya macam sudip burger. Asah hujung bagi tajam. Tajak sahaja dipangkal perdu rumpun dan cabut. Rebahkan rumpun tu dan potong akar dan tanah yang melekat dan tak diperlukan dengan chop tu. Daun pun boleh potong dulu dengan chop. Nak mudah, sebelum tuai, trim dulu rumpun tu macam kita buat trimming untuk kawalan perosak (guna mesen rumput). Buat pendek sikit agak2 batang serai tu tinggal 2 kaki pun boleh. Nanti lagi mudah kerja2 proses dan mengangkut nanti.Selepas cabut, kumpulkan rumpun2 tu kesuatu tempat untuk kerja membersih. Cabut batang serai satu persatu, potong lebihan akar dan daun. Nak senang ikut contoh yang ada dipasar. Bersihkan dari kotoran tanah. (cari tangki PVC tak pakai, tadah air dan rendam je….senang) Ikat atau bungkus serai yang dah diproses tadi ikut permintaan pasaran. (ada yang nak ikat sekilo-sekilo),pilih btg serai yang terbaik untuk pasaran. Yang kecil2 tu jgn dibuang. Boleh dibuat benih kembali. Jadi, benih serai tu cuma dibeli sekali sahaja. (pastikan plot untuk menanam kembali telah siap!). Ada juga yg tak memerlukan proses diatas, misalnya untuk diproses. Kalau untuk pemprosesan ataupun serai wangi, memadai mencabut perdu serai tersebut dan terus hantar ke kilang/pusat pemprosesan. (harga dalam RM1/rumpun). Terpulanglah pada anda. Nak mudah, keuntungan kurang sedikit, nak keuntungan lumayan kenalah kerja lebih sedikit.
KOS
Kos-kos yang terlibat secara amnya, bagi projek penanaman serai seluas 1 ekar (0.4 hektar) semusim.
Benih - Benih serai harganya dari 6-10 sen sebatang, bergantung pada kawasan dan jenis. Ada sesetengah projek ladang kontrak, pengusaha harus membayar lebih sedikit untuk benih kerana benih2 terpilih sahaja yang disediakan oleh pemproses. (salah satu cara pengilang nak untung lebih…apa daaaa)
JCB/Backhoe - RM300-350/ hari. bergantung pada kawasan.
Traktor pembajak/rotor - RM120-300/ekar. bergantung pada kawasan dan siapa yang memberi perkhidmatan tersebut.
Baja, Racun rumpai & Racun serangga - Bergantung pada jenis dan harga disesetengah tempat.
Upah (menanam & harvest) - bergantung pada anda.
Cash Flow Serai…click dibwh…
http://spreadsheets.google.com/pub?key=pCSQljaWo62g2SeRaSLmhHQ&output=htm

Share/Save/Bookmark

Anda Suka Dengan Posting ini..Jom Kita Kongsikan Apa Termampu, biar pun hanya secawan kopi sudah bermakna dalam usaha menampung perjalanan kita bersama di alkiram.net.Terima Kasih

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • E-mail this story to a friend!
  • kick.ie
  • Live
  • Print this article!
  • Reddit
  • YahooMyWeb
  • IndiaGram
  • IndianPad
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Socialogs