Jurnal Uyun Hayah Komuniti Alkiram.Net

Kebebasan Melahirkan Kreativiti Dengan Pacuan Pemikiran..

Akal Anugerah Terhebat

Posted by BroadFarm under Pemikiran

Akal manusia merupakan pintu yang boleh digunakan oleh manusia untuk terus wujud. Dengan akal manusia boleh menterjemahkan semua perkara sehingga ia boleh difahami oleh pancaindera mereka seperti pendengaran, penglihatan, sentuhan dan bauan kepada beberapa pendapat dan pengertian..

Setelah itu berlaku proses penyusunan yang menjadi tugas utama akal manusia untuk menganalisis apa yang boleh diterima oleh akal atau apa yang boleh dipegang oleh diri mereka sendiri.Sebaik-baik pegangan yang boleh digunakan oleh manusia hasil dari pemikiran ini ialah berfikir tentang perkara yang berkaitan dengan alam yang luas di sekeliling mereka seperti penciptaan makhluk , keadaan, permulaaan dan kesudahanya. Perkara ini merupakan perkara yang terhad untuk dihayati oleh pancaindera materialisme manusia yang terbatas jika ia tidak dihayati.

Kita tidak dapat melihat sesuatu benda atau sesuatu yang berjisim kecuali apabila keluar cahaya darinya yang berlegar sepanjang di antara 4 hingga 7 gelomboang (iaitu dari 7 hingga 10 meter) dan kita juga tidak boleh mendengar sesuatu bunyi atau suara secara jelas melainkan apabila keluar darinya kadar getaran di antara 2500 hingga 4000 getaran sedetik.

Sekiranya lebih dari kadar itu samada suara atau sesuatu benda, kita tidak mampu untuk melihat dan mendengarnya walaupun ia berada di jarak yang boleh dilihat dan di dengar serta hidup dan bergerak di sekitar kita.

Seandainya kita meninjau ke ruang angkasa yang jauh dari penglihatan kita atau kita menggunakan alat pembantu penglihatan ( seperti teleskop) atau menggunakan alat pendengar ( seperti telefon yang menggunakan gelombang), mata dan pendengaran kita terlalu terhad pada masa kecepatan cahaya atau gelombang yang terbatas bahkan cahaya dan gelombang ini memerlukan kepada masa yang begitu lama malah apabila kita melihat ke angkasa kita dapati ianya semakin jauh dan bertambah jauh.

Tetapi cahaya matahari yang merupakan bintang yang paling hampir dengan planet bumi mengambil masa hanya lapan minit untuk cahayanya sampai ke bumi sedangkan untuk sampai kepada bintang-bintang yang lain cahayanya memakan masa selama bertahun-tahun lamanya.

Begitulah juga dengan cakerawala-cakerawala lain yang jaraknya dari bumi sejauh beribu-ribu, berjuta-juta malah berbilion-bilion tahun perjalanan cahaya.

Dari sini jelaslah bahawa pencaindera kita serta peralatan yang lain walaupun secanggih mana sekalipun tidak akan mampu untuk mengetahui apa yang ada dan berlaku di alam buana ini.

Kemungkinan pernah berlaku sesuatu perkara atau peristiwa di angkasa atau di sekeliling kita, tetapi kita tidak dapat melihatnya sehinggalah kesannya terserlah kepada kita dalam jangka masa yang singkat ataupun dalam jangka masa yang lama.

Itulah realiti keadaan manusia, betapa lemahnya manusia berhadapan dengan kekuasaan Allah yang Maha Esa, kekal mutlak sifat, masa, tepat dan kejadiaNya tidak akan berakhir.

Allah tidak memiliki zaman Dia berakhir. Allah tidak memiliki zaman Dia berakhir, kerana Dialah yang pertama semenjak azali lagi dan Dialah juga yang terakhir akan kekal abadi malah perkara ini boleh di terima oleh akal yang sempurna bahawa alam buana ini ada penciptaNya. Dia juga tidak berakhir pada tempat yang boleh kita lihat hari ini melalui sedikit ilmu yang ada pada kita dan membuktikan keluasannya yang dirasakan seolah-olah tiada kesudahan, seumpama penghujung yang tidak diketahui.Begitulah keadaan kita, sekalipun penglihatan kita dapat melihat ke angkasa luar, ke planet-planet yang lain dalam jarak cahaya beribu-ribu atau berjuta-juta tahun dengan bumi, ini bermakna kita melihat benda itu selepas beribu-ribu dan berjuta-juta tahun ia berada di sana.

Oleh yang demikian walaupun kita diberi kelebihan dan kecanggihan, secara saintifiknya kita tidak akan mampu untuk mengetahui apa yang terkandung di angkasaraya sekarang ini. Selama keadaan ini ada pada kita, selagi itulah akal kita tidak akan mampu untuk mendapat gambaran sebenarna mengenai alam ini (penciptaan, keluasan, kejadian, dan masa depannya).

Akal semata-mata terlalu lemah untuk mengetahui hakikat agama. Oleh sebab itulah Allah menurunkan rahmatNya kepada manusia yang telah dianugerahkan sebelum dari itu, akal dan pancaindera sebagai pemandu awal bagi manusia ke arah mengenal agama yang benar melalui Nabi-nabi dan para RasulNya.

Bahkan untuk membuktikan lagi kebenaran mereka ini supaya dapat di terima oleh akal manusia, dianugerahkan pula beberapa mukjizat yang boleh dilihat malah difahami oleh pancaindera manusia bahawa ia tidak akan berlaku dan terjadi kecuali dengan kekuasaan Pencipta Yang Maha Agung. Sehinggalah pemikiran dan pengetahuan manusia meningkat ke tahap yang menjadikan manusia itu mampu untuk menerimma dan bersedia untuk difahamkan dengan hujah, samada akal mahupun nas-nas pemikiran. Setelah itu barulah Allah menurunkan kitab-kitabnya. Bermula dengan Taurat, Zabur, Injil kemudian Al-Quran sebagai penutup dan sebagai dalil akal sehinggalah ke hari kiamat.

Sebenarnya tiada perbezaan di antara risalah yang diturunkan, kesemuanya mempunyai matlamat yang satu walaupun caranya berlainan dan berbeza. Iaitu memahamkan sistem dan cara kehidupan yang dikehendaki oleh Allah supaya boleh diterimapakai oleh manusia. Sasaran utama kajian ini ialah membetulkan akal pemikiran manusia dan membebaskan diri mereka dari belenggu kejahilan dan penyelewengan hawa nafsu.

Perkara ini dilakukan dengan berdebat secara baik dan berhikmah sebagai cara dakwah dan seterusnya membebaskan diri mereka dari berpegang dengan fahaman sesama manusia (bangsa, kabilah, nenek moyang dan orang-orang tua mereka) yang digunakan tanpa berfikir dan mengkaji terlebih dahulu.

Oleh kerana kecetekan akal, manusia mudah dipengaruhi dan terpedaya terhadap sesuatu yang boleh disentuh dan dilihat sahaja sehingga mereka mengingkari perkara ghaib yang wajib dipercayai walaupun tidak dapat dilihat oleh mata. Sebab itulah, mereka terus menggantung nasib mereka kepada berhala yang berupa patung dan gambar manusia yang disembah dan disucikan atau dijadikan perantaraan di antaranya dengan Allah atau tuhan-tuhan yang lain..Tiada sesuatu pun yang boleh mengeluarkan mereka ini dari kesempitan kejahilan yang mereka alami ke puncak hakikat yang luas kecuali petunjuk dan hidayah daripada Allah yang telah mengutuskan para Rasul bagi setiap umat dengan membawa dalil-dalil akal yang bersesuaian dengan akal pemikiran manusia.

Pada permulaan dakwah, dalil dan mukjizat yang berbentuk kebendaan atau sesuati yang luar biasa ini telah memberi kesan positif kepada umat Nabi dan Rasul tersebut sehinggalah apabila berlalu masa yang lama, kesan tersebut terus hilang dan kaumna kembali semula kepada penggunaan hawa nafsu mereka yang asal, kemudian tibalah masana bagi akal manusia untuk sampai ke arah kematangan dan menjadikan dirinya layak untuk menerima dalil-dalil yang berterusan selagi adanya kehidupan, malah setiap kali ilmu dan makrifatnya maju ke hadapan setiap kali itulah menambahkan keyakinan dirinya.

Di mana perkara yang demikian itu merupakan petanda berakhirnya zaman kenabian dan telah sempurna petunjuk dan hidayah Allah terhadap makhlukNya di muka bumi ini. Risalah Allah pada hakikatnya adalah satu walaupun berbeza pada masa dan tempat serta apa yang dibawa oleh Nabi s.a.w adalah penyambung kepada risalah yang telah dibawa oleh Nabi-nabi sebelum baginda dan memperbahui mengikut kesesuaian zaman dia berada, sehinggalah risalahnya itu (Al-Quran) menjadi risalah yang terakhir sebagai penutup dan penyempurna kepada risalah-risalah sebelumnya, nasnya diperlihara dan dijamin oleh Allah seperti ia diturunkan dan juga seperti yang ada ditangan kita sekarang ini sehinggalah ke hari kiamat.

Al-Quran diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun. Pada peringkat awal ia dijaga secara hafalan oleh Nabi SAW serta para sahabat. Kemudian tidak memadai dengan hanya menghafal dan menyampaikan ayat-ayatnya, malah Nabi memerintahkan agar ia ditulis pada kulit-kulit binatang dan pelepah-pelepah tamar setiap kali ia diturunkan mengikut susunan ayat satu-persatu kemudian susunan ayat satu-persatu kemudian susunan surah-surah Al-Quran.

Kesemuanya itu diajar oleh Nabi Muhammad SAW sebelum baginda wafat. Kemudian pada zaman pemerintahan Khufak Ar-Rasyidin Saidina Abu Bakar AS telah mengeluarkan arahan kepada Zaid bin Thabit dan beberapa orang para sahabat supaya menghimpunkan kesemua nas-nas Al-Quran yang tertulis di kulit-kulit binatang dan pelepah-pelepah tamar termasuklah apa yang dihafal. Begitulah juga pada zaman pemerintahan Saidina Uthman Bin Affan (Khalifah ke-3) di mana beliau sekali lagi bangkit menyusun dan mencetak kembali sebanyak tujuk naskhah dan diedarkan ke setiap tempat. Sehingga kini, masih kekal satu naskhah asal berasa di Tashkent dan darinya pula dicetak beberapa naskhah untuk digunakan oleh umat Islam di setiap zaman dan tempat.

Perkara ini terlalu jauh perbezaannya dengan nas-nas Kitab Taurat dan Injil yang sampai kepada kita. Kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa AS tidak pernah ditulis walaupun satu nas darinya kecuali selepas tiga kurun kebangkitan Nabi Musa (lebih kurang 1300 Sebelum Hijrah). Malah penulisan dan perubahannya terus berlaku hampir seribu tahun nas Kitab Taurat yang ada sekarang adalah nas yang terdapat pada kurun yang ke-5 Masihi iaitu Taurat Al-Qadis Ibrunimas yang dikenali sekarang dengan nama cetakan VULGATE dan dipercayai bahawa ia diambil dari nas yang hilang semenjak kurun yang ke-3 Masihi iaitu nas ang dinamakan dengan Al Masuri, Al`Ibri dan As Samiri. Di dalam kitab ini pengajaran Allah dicampurkan dengan warisan kanun, politik, adab sejarah dan bangsa untuk Bani Israel ke dalam kata-kata Nabi Musa.

Kitab Taurat yang akan kita jadikan bahan kajian dalam perbincangan ini ialah apa yang terkandung di dalam kitab Al-Muqaddas yang dimiliki oeh orang-orang Kristian ang diberi nama Perjanjian Lama yang turut memuatkan 5 Sahifah Nabi Musa AS seperti : Sahifah Kejadian, Keluaran, Immamah, Bilangan Pulangan di samping Kitab Sejarah, Kitab Syair, Kitab Hikmah dan Kitab Nabi-nabi Bani Israel.

Kedudukannya sama dengan kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa AS di dalam bahasa Al-Aramiyah dan ia juga tidak pernah ditulis malah tiada satupun dari nas-nas kitab tersebut dibukukan. Sehinggalah pada kahir kurun pertama da npada kurun yang ke 2 barulah bermula penulisan Injil-Injil atau apa yang dinamakan dengan Kitab Injil iaiitu Kebenaran yang mutlak (Gospels). Ia merupakan satu himpunan perjalanan Nabi Isa AS serta pengajaran-pengajarannya yang diriwayatkan oleh para sahabat beliau. Perkara sedemikian sama kedudukannya mengikut pandangan Ilmu Islam iaitu himpunan sirah-sirah dan hadis-hadis Nabi.

Berdasarkan fakta sejarah terdapat berpuluh-puluh Injil dari jenis ini atau (Gosples) sehinggalah berlaku perhimpunan Naikiyah pada tahun 325 Masihi iaitu pada ke 4. Perhimpunan ini dianjurkan oleh Maharaja Konstantinople untuk meleraikan pertelingkahan yang berlaku di antara orang yang menyeru ke arah tauhid yang berpendapat  bahawa Nabi Isa AS adalah manusia luar biasa dan mereka ini kebanyakannya terdiri daripada pengikut-pengikut Arius dengan satu golongan lain yang berjumlah lebih sedikit.

Mereka mengatakn bahawa Nabi Isa sebagai Tuhan. Akhirnya mereka berjaa menewaskan pengikut-pengikut Arius. Selepas kemenangan tersebut mereka menetapkan hanya empat Injil sahaja yang boleh diterima pakai iaitu : Mata, Markus, Luka dan Yuhana, manakala kitab Injil selain daripada itu semuanya ditolak.

Ulama` Kristian dan pengkaji-pengkaji sejarah telah membuat kajian mengenai sejarah penulisan Injil-injil ini dan mengenal pasti sumber asalnya secara membuat perbandingan ibarat dan gaya bahasa yang terdapat di dalam empat buah kita injil dan kitab Injil ang lain dengan bantuan nas-nas agama dan sejarah yang lain.

Mereka berpendapat bahawa kandungan keempat-empat Injil ini diambil dengan berbagai cara dari beberapa catatan2 lain ang juga telah hilang sebagaimana yang dinyatakn oleh Muris Bukai di dalam kajiannya.

Bila bercakap tidak bersatu.. umat Islam yang ramai tidak mampu memberi impak apa2 terhadap dunia Islam kini..dunia hanya mentertawakan keangkuhan,kebodohan kita yang sentiasa bertelagah..siapa lebih Islam,siapa lebih ikut sunnah..siapa lebih benar..akhirnya kita sendiri dipijak oleh kaum kafir.

Penyatuan tidak akan berlaku selagi kita tidak sama2 kembali kepada Islam..Rasulullah sendiri telah mengetahui dari awal akan nasib umatnya di akhir zaman..lihat saja di awal zaman selepas kewafatan Baginda..berlaku gejala riddah,disertai perpecahan golongan khawarij dan syiah..begitu juga dengan Peperangan Jamal antara Saidatina Aisyah isteri nabi sendiri dengan menantunya Saidina Ali..mari kita renungkan bersama apakah hikmah dari sejarah ini? melainkan ianya bertujuan untuk kita berjuang ke arah kesedaran bahawa sejarah itu adalah perulangan demi perulangan..

apakah hasil yang kita perolehi dari perpecahan?..tetapi itu juga yang telah tersurat dalam lembaran sejarah kita hari ini..marilah kita muhasabah diri .kita harus sedar..perpecahan hanya menguntungkan pihak luar yang cuba menguasai kita..yang ditindas, dibunuh,diseksa di palestin adalah refleksi diri kita sebagai umat Islam yang hanya mampu menonton dan membiarkan saudara seagama kita terkorban angkara zionis..sedangkan jika kita lihat dan kaji..di manakah nilai persahabatan dan persaudaraan negara jiran yang lain? Palestin dikelilingi negara Arab  dan orang Islam..apa yang mereka lakukan untuk membantu saudara seagama?  Sedangkan jumlah Yahudi jauh lebih sedikit dari umat islam sekelilingnya..

Samalah juga dengan kita..jika dibandingkan dengan Palestin, perbezaan parti dan fahaman membawa perpecahan kepada  umat melayu dan Islam..setiap hari kita memandang dengan penuh prasangka dan curiga terhadap rakan seagama hanya kerana kawan kita memakai kupiah dan kita memakai songkok..apakah kerana pakaian kita nampak ciri-ciri ke-Araban atau kepartian maka kita sudah cukup Islam?Apa salahnya kita buang sejenak perbezaan fahaman dan pemikiran..buka minda dan sama-sama mencari titik penyatuan dibawah nama satu bangsa dan agama.

Pedati, kerbau dan si tukang pedati

Posted by BroadFarm under Spritual

Gambar : Pedati

Pada suatu hari dalam satu perjalanan, kerbau yang menarik pedati itu setelah berkali-kali mendaki dan menurun, pada pendakian yang memanjat dengan alun langkah yang guntai sambil air ludah berbuih di mulut, melihat ke kiri dan ke kanan, seolah-olah dia bertanya kepada pedati.

Apa pertanyaannya itu? Yang ditanyakan ialah “Jauhkah lagi perhentian??” Dan apa pula jawapan pedati? Wahai kawan, engkau salah duga, salah anggapan, kenapa padaku engkau hadapkan pertanyaan itu? Ketahuilah olehmu, bahawa adalah aku benda mati sungguhpun mempunyai kaki (roda).

Dan kakiku tidak sebanyak kakimu. Kaki engkau empat dan kakiku dua. Akan tetapi kalau tidak kerana engkau, aku tak berjalan dan tak boleh berjalan. Aku tak boleh jalan sendiri. Bukankah engkau yang menarik, makanya aku sampai ke mari??

Engkau bernasib baik, kerana nanti kalau dah sampai di perhentian, aku engkau tinggalkan begitu saja. Dan engkau diberi makan minum, bahkan kadang2 dimandikan dan digosok. Persiapan2 untuk makanmu sentiasa diadakan.

Aku sesampainya di perhentian ditinggalkan begitu saja. Aku mengandung beban, bawaan, akan tetapi dipikulkan pada belakangku dan engkaulah yang menarikku. Kalau engkau hendak bertanyakan juga tentang perhentian (destinasi), tanyalah pada orang yang duduk di belakangmu, mungkin dia tahu.

Sang kerbau mengangkat kepalanya untuk melihat orang yang duduk di belakangnya itu. Belum sempat dia melihat orangnya yang ditunjuk itu, tiba-tiba dia mendengar suara yang bererti ‘terus jalan‘. Diwaktu itu, dia hanya sempat melihat api sebesar api rokok membayang dibelakangnya. Dan dia berjalan terus menarik beban yang terpikul dibahunya.

Adapun api yang nampak sekilas oleh kerbau itu ialah api rokok tukang pedati yang waktu itu dalam malam gelap gelita merokok sambil duduk ditempatnya dan pakaiannya yang serba hitam sampai persekitarannya juga hitam.

Itulah dia tiga jenis, jalan bersama untuk satu arah dan tujuan, kerbau yang bergerak dengan kakinya empat, pedati dengan rodanya yang dua dan si tukang pedati berjalan dengan duduk ditempatnya. Ketiga-tiganya menuju ke tempat perhentian dan konon khabarnya di tempat perhentian itu mereka akan berpisah satu sama lain, si kerbau tinggal dikerbaunya, pedati tinggal sebagai pedati dan si tukang pedati balik ke rumahnya.

Dan begitulah pula kisah kerbau dan pedati itu dari dahulu sampai sekarang selagi dia masih dipakai sebagai alat pengangkutan.

Pedati = Badan/Jasad
Kerbau = Diri
Si tukang pedati = AKU (Aku)

Sebelum ni, badan dan diri berjalan berasingan.
Skrg, badan, diri dan AKU berjalan seiring. Maka barulah dikatakan “Badan DiriKU” telah jalan seiring.

KeadaanKu dan PengakuanKu

Posted by BroadFarm under Spritual

Keakuanku tidak sama dengan akunya orang lain, apalagi orang kebanyakkan. Dan tidak pula seperti orang yang berakuan sebagai orang kemasukan atau kerasukan, yang mana tak sedar bilamana Aku-nya tiba.

Aku-ku tetap Aku iaitu ‘A’-ku dari Yang Maha Pengasih. Ini dapat kuketahui setelah aku dapat mengenal dan menemui diriku sendiri dengan rahsianya yang tersendiri pula, sehingga dapat pula aku mengenal yang mana Aku yang sebenarnya. Dan adalah perjalananku semenjak aku dapat menemuinya ialah “mengadakan pengakuan untuk mendapatkan Pengakuan”.

Pengakuanku ialah, ” Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad Rasul Allah”.

Demikianlah adanya.

Diriku…

Posted by BroadFarm under Spritual

Diri yang kulihat, berlainan dengan diri yang ku ketahui. Diri yang kukenal dan temui, berlainan dengan Diri yang kulihat dan kuketahui.

Apa yang sebenarnya diri itu? Dan terdiri dari apa diri itu?

Diri yang kulihat merupakan bentuk dari rupaku sendiri sebagai seorang manusia. Ini dapat kulihat melalui kaca (cermin).

Diri yang kuketahui ialah bercahaya-cahaya, laksana bintang yang berkilau-kilauan di langit. Dia adalah pelita. Pelita itu di dalam gelas, diminyaki dengan minyak kayu yang berkat, yang tiada tumbuh di Timur dan tiada pula di Barat. Ini dapat kuketahui dengan petunjuk Quran, Surah An-Nur ayat 35.

“Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca; kaca itu seakan-akan bintang, seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkatnya, pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api.

Cahaya di atas cahaya, Allah membimbing kepada cahayaNya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” – An Nur ayat 35.

Diri yang kukenal ialah merupakan gambaran dari badanku sendiri dalam erti keseluruhannya. Kalau badan dinamakan orang jasmani, maka adalah diri yang telah kukenal itu ialah rohani. Badan, jasad, jisim atau jasmani, keadaannya nyata.

Rohani keadaannya tidak nyata dan timbul dari adanya roh di dalam batang tubuh kita. Dia adalah perumpamaan pelita. Pelita itu di dalam gelas, yang bercahaya-cahaya laksana bintang berkilau-kilauan di langit. Dia adalah lampu kehidupan kita, nyawa kita. Dia adalah cahaya (Nur), Allah menunjuki orang yang dikehendakiNya kepada cahaya itu.

“Umpama sebuah rumah kayu yang di dalamnya terdapat sebuah spotlight. Sedikit2 cahayanya terpancar keluar menerusi tingkap, pintu dan celah2 dinding. Alangkah baik jika kayu2 dicabut semuanya terus satu persatu. Namun, segalanya urusan Allah yang menentukan.”

“Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang diri mereka? Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya

melainkan dengan yang benar dan waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakkan di antara manusia benar-benar

ingkar akan pertemuan dengan Tuhan-nya.” – Ar Rum ayat 8.

Kemana AKU…

Posted by BroadFarm under Spritual

DIA memberiku Hidup. Hidupku bergantung pada-Nya, suatu pemberian dari Yang Maha Pengasih. Maka hiduplah Aku sebagai kekasih dari Yang Maha Pengasih dan hidupku terjamin. Jaminannya ialah DIA menghidupkan Aku.

Maka duduklah Aku di tempatku. Dan semenjak itu berjalanlah kehidupan di dalam badan diriku. Dan jadilah Aku menjadi seorang manusia yang dihidupkan.

Siapa Aku? Mahu apa aku? Dan hendak ke mana aku?

Sebagai seorang manusia Aku harus menjalankan kehidupan sendiri di perantauan ini. Ya, memang Aku seorang perantau, seorang pengembara, mengembara sebagai seorang musafir. Dalam perjalanan pengembaraanku, banyak sudah Aku berbuat dan telah banyak pula telah Aku lakukan.

Adakalanya perjalananku sebagai seorang tua, berjalan dengan sebuah lentera (lantern) di tangannya, yang sentiasa berjalan terus siang dan malam, yang mana dengan lentera yang ada di tangan itu Aku mendekati seseorang atau setiap orang yang Aku temui seolah-olah ada sesuatu yang aku cari.

Yang anehnya, biasanya seseorang memakai lentera pada malam hari, akan tetapi dalam pengembaraan, Aku memakainya bukan malam saja, juga siang hari sehingga adakalanya menjadi ejekan dan tertawaan orang-orang yang melihat tindak-laku perbuatanku itu. Seolah-olah mereka itu mengatakan, “Apa juga yang dicari orang tua itu, pada siang hari buta dia masih memakai lampu?”

Apa betulkah tindak-laku perbuatanku itu ada mencari sesuatu? Hanya yang tahu juga yang akan dapat mengetahuinya. Dan aku akan mengatakan, “Berlainan pandangan dan penglihatan”.

Mereka memandang dan melihatku dengan pandangan penglihatan zahir saja, sedangkan Aku memandang dan melihatnya dengan apa yang ada padaku, seolah-olah Aku mengatakan,”Inilah Aku!” Sayang mereka tak mengerti dan tak tahu dan Aku berjalan terus dan terus berjalan sebagai seorang musafir.

Adakalanya tindak-laku perbuatanku seolah-olah memasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam; mengelurkan yang hidup daripada yang mati dan yang mati daripada yang hidup. Dan, inipun selalu Aku lakukan terhadap badan diriku sendiri dan diri orang lain. Akan tetapi, Aku bukan ayam yang mengeluarkan telur (barang yang mati) dan bukan pula telur yang mengeluarkan anak ayam, barang yang hidup.

Maka adalah apa yang kusebutkan di atas itu adalah hanya bayangan bagi orang yang mahu tahu dan mengerti siapa Aku sebenarnya. Aku ialah yang akan kembali ke Hadrat-Nya dengan dijemput dan bukanlah yang akan dikembalikan ke asalnya deng



Kadang-kadang amat menghairankan bagaimana manusia Melayu yang beragama Islam selalu mengalami gangguan ghaib termasuk nampak ruh-ruh ghaib, hantu, histeria, saka dan macam-macam lagi.

Di sini saya nak berkongsi terhadap ilmu tenaga keinsanan dari hasil kajian dan ujikaji yang telah saya buat selama lebih 25 tahun

Begini:

Dalam Islam tiada istilah hantu, pocong, polong, penanggalan, hantu bungkus dan seumpamanya dan dikira tak wujud pun. Yang ada hanya Iblis,syaitan dan jin yang kerjanya menghasut dan menyesatkan manusia. Syaitan ini dikatakan berada dalam aliran darah manusia dan ada hadith mengibaratkan syaitan seperti nyamuk yang menunggu masa/peluang untuk menyuntik kepercayaan/hasutan ke dalam hati manusia yang lalai.

Walaubagaimanapun makhluk-makhluk ‘perosak’ itu tidaklah terlebih hebat dari segi tenaga insaniah berbanding insan manusia. Insan adalah makhluk yang paling sempurna kejadiannya. Kelebihan ketara manusia berbanding Iblis, Syaitan dan Jin (ISJ) adalah tenaga hayat yang dimilikinya.

Tenaga Insan amat hebat. Buktinya semasa persitiwa Mikraj yang penuh keajaiban dari segi teknologinya ialah keupayaan Rasulullah SAW menjelajah ke Sidratul Muntaha bertemu Allah SWT iaitu sempadan had makhluk boleh tiba. Apabila diajak Rasulullah SAW agar Jibril menemaninya bertemu Allah SWT, Jibril berkata :”Jika daku mengikutmu walau serambut lagi Ya Rasulullah nescaya diriku akan musnah dan hancur”. Di situ membuktikan diri Insan melebihi malaikat pada tahap maksimum keupayaannya. Dalam istilah fizik kuantum semua perkara adalah tenaga atau cahaya. Ini menunjukkan jasad manusia (yang hakikatnya tenaga dan cahaya ini dari segi fizik kuantum) adalah yang paling hebat berbanding makhluk-makhluk lain yang pernah diciptaNya. Akhirnya, Rasulullah SAW sendiri sampai ke Sidratul Muntaha bertemu dengan Allah Penguasa Alam Semesta tanpa ditemani Jibril AS yang mungin difikirkan Baginda amat hebat kebolehannya.

Satu lagi bukti tenaga Insan ini hebat adalah ruh manusia mampu memiliki jasad. Tenaga Insan/hayat mampu memegang semua elemen asas kehidupan dan menyatakan dirinya secara zahir. Elemen asas ini ialah air, tanah, api angin .Dalam ilmu sains moden, kehidupan alam fizikal termasuk bumi, planet, matahari, bintang, galaksi dipegang oleh 4 unsur iaitu magnetism, gravitism, ikatan nuklear kuat dan ikatan nuklear lemah.

Didapati tenaga Insan mampu menggabungkan semua elemen asas tadi serta membina dan menggerakkan jasad lantas menjadi kehidupan atas mukabumi ini. Tenaga hayat syaitan/iblis/jin tidak mampu berbuat demikian !!

Berkenaan dengan jin terdapat pelbagai level keupayaannya. Dalam Al-Quran diceritakan bahawa jin digunakan dalam tugas-tugasan berat yang tak mampu dibuat oleh manusia. Dikatakan jin juga digunakan untuk memindahkan bongkah batu yang beratnya beratus tan untuk membina piramid dari Pergunungan Pyrennes, Perancis yang jaraknya ribuan kilometer dari Gaza.

Namun zaman kekuatan jin ini telah berakhir akibat perubahan gravitisme bumi (kisah ini panjang dan telah dibuktikan secara kajian sekumpulan pakar graviti-saya akan ceritakan kemudian). Jin-jin telah hilang ‘kuasa’ ini dan sekarang kuasa ini dibawah kawalan manusia pula (kuasa zero point energy-panjang juga ceritanya ini-akan dijelaskan juga nanti)

Syaitan dan Iblis hanya berkuasa dalam dimensi alam yang lain. Dalam alam dunia fizikal ini mereka tidak berkuasa. Buktinya ialah jin/syaitan/iblis tiada kekuatan tenaga menggabungkan semua elemen tadi untuk mendapatkan jasad. Apatah lagi berjalan di atas mukabumi ini !!

Kembali semula kepada perbincangan tadi, dengan tenaga yang paling hebat ini hanya manusia menjadi paling layak menjadi Khalifah iaitu pentadbir/dunia dan alam ini. Persoalannya lagi adakah manusia juga mentadbir planet-planet lain dan bintang? Ya..kerana dalam Al-Quran menyatakan bahawa ‘dijadikan bintang-bintang sebagai perhiasan’..walaupun saiz bumi ini kecil berbanding alam semesta tapi manusialah pentadbirnya. Kajian mutakhir mendapati UFO dan alien-alien itu berasal dari bumi. Buktinya ialah banyak satelit-satelit di atmosfera bumi telah merakamkam video pergerakan turun naik UFO ke angkasa dari bumi. (Kisah sebenar UFO ni akan saya posting kemudian)

Jadi bagaimana jin/hantu ni boleh muncul dan ‘mengganggu’ manusia jika tenaganya tidak sekuat manusia?

Rajah: fungsi haemoglobin dalam sel darah mera (red blood cell)—>

Sebenarnya tenaga syaitan dan jin di alam manusia ini amat lemah. Cuma kelebihan syaitan ini ialah kebolehannya sebagai elemen api yang boleh berada dalam atom besi/ferum yang banyak dalam hemoglobin (rujuk Wikipedia apa maksud hemoglobin). Bidang kajian antara ilmu kimia dan spiritual dinamakan Alchemy. Ibnu Sina dan Al-Ghazali adalah antara saintis Islam yang paling pakar dalam bidang ini. Perkembangan akhir-akhir ini memdapati Alchemy banyak membantu manusia berbanding bidang kimia yang terpisah dari spiritual (chemistry). Hemoglobin ini adalah molekul yang jumlahnya teramat banyak dalam sel darah manusia (dalam satu ml darah ada beribu-ribu dan tugasnya adalah mengikat oksigen agar boleh diangkut oleh sel darah merah.

Dalam kajian Tenaga Insan, apabila seseorang mengingati Allah dengan cara berzikir kepadaNya (sama ada ingat dalam hati, berwirid ,membaca Al-Quran atau berdoa, jaluran tenaga manusia telah di’upgrade’ agar membina satu lapisan pelindung tenaga luar (macam cerita Ultraman).Istilah pengamal tenaga dalam ffenomena ini dipanggil perisai aura.

Bila manusia ‘lalai’ atau kurang mengingati Allah, perisai ini makin ‘menipis’ yang akan memudahkan syaitan tadi memasuki gen manusia lantas mengubahsuai struktur molekul tubuh manusia agar organ badan dan sistem pertahanan badan gagal berfungsi . Inilah sebenarnya punca menyebabkan penyakit pada tubuh manusia. Jika sistem imun manusia kuat (fizikal dan spiritual) kuman/patogen tak mampu menyebabkan penyakit dan organ badan manusia tidak rosak.

Lebih merbahaya jika syaitan tadi ‘menyuntik informasi/hasutan’ ke dalam sel-sel otak manusia yang amat berkaitan dengan akal. Impuls-impuls elektrik yang ditafsir oleh otak manusia akan terganggu. Manusia tadi akan menjana satu rupa bentuk ‘hantu’ dalam fikirannya dan menganggap ianya sebagai ‘real’. Dalam kajian sains moden apa-apa yang dikesan/dirasai oleh pancaindera manusia seperti penglihatan, rasa, bau, sakit, tekanan, pendengaran dan lain-lainnya akan ditafsir dengan cara menukarkannya kepada isyarat elektrik yang dinamakan impuls oleh sistem saraf yang berhubung dengan organ pancaindera seperti mata,telinga , hidung dan kulit . Impuls atau isyarat elektrik saraf ini kemudiannya akan ditafsir oleh otak. Otak akan menganalisis dan mengintegrasi maklumat dari impuls tadi dan memberi tafsiran sepertimana dunia yang kita lihat, bau, dengar,sakit dan lain-lainnya yang kita alami 24 jam ini.

Secara ringkasnya manusia menafsir dunia ini adalah hasil tafsiran otak terhadap impuls tadi.
Jadi otak manusia yang disuntik info/impuls dari syaitan pula akan ‘menampakkan’ ‘hantu’ itu ‘real’. bila manusia melihat hantu ini ‘real’ dalam otaknya maka akan timbul gerakbalas badan yang menganggap ‘hantu’ hasil dari ‘projection image’ dalam otak boleh mendatangkan kemudaratan bagi dirinya. Manusia lain tidak dapat melihat apa yang dilihat ketika ini.

Untuk memahami bagaimana syaitan menguasai fikiran kita bolehlah kita membandingkannya dengan serangan virus.

Mekanisme ini sama seperti serangan virus terhadap hos atau sel-sel perumah (seperti sel manusia). Virus yang tiba ke permukaan sel yang diserang akan menyuntik DNA nya ke dalam DNA perumah yang telah dibuang pada satu bahagian oleh virus melalui enzim tertentu.

DNA yang telah berada dicelah DNA sel manusia akan mengalami perubahan. Akibatnya metabolisme sel yang diserang tadi dikawal sepenuhnya oleh DNA virus agar berfungsi mengikut kehendaknya. Contohnya sel perumah yang diserang akan menghasilkan virus-virus baru (Walhal sebelumnya sel-sel perumah yang diserang tadi tak mampu menghasilkan sel-sel baru !! Ajaib bukan?)

Apabila syaitan telah menguasai sebahagian kawalan tafsiran otak tadi, bermacam-macam ‘filem’ akan diputarkan oleh syaitan dalam fikirannya. Contohnya: ‘Hantu’ yang dijanakan oleh otak akan kelihatan cuba mencekik leher manusia yang telah disuntik tadi.

Manusia itu akan bergerakbalas untuk merasa ketakutan sakit. Apabila ketakutan dan kesakitan dijana oleh otak , bahagian otak manusia yang mengawal pernafasan pula akan dirangsang untuk menghasilkan ‘lebihan adrenalin’ di saluran pernafasan.

Adrenalin ini adalah hormon kecemasan yang menyebabkan otot-otot saluran nafas akan mengecut.

Manusia ini akan sesak nafas dan merasakan bahawa ‘hantu’ itu benar-benar wujud dan menyerangnya. Pakar-pakar yang mengkaji tentang otak manusia mendapati setiap kali manusia dirasuk, diserang sawan atau halusinasi akan berlaku suatu perubahan kimia pada satu bahagian otak yang mengawal penglihatan, bau, rasa dll.Ini menguatkan kaitan dengan kenyataan di atas tadi.

Hal yang sama berlaku kepada histeria. Apabila seorang pelajar menjerit kerana ‘kerasukan’( satu lagi jenis informasi yang disuntik oleh syaitan ke otak) maka jika ada pelajar lain ‘terpercaya’ secara pantas syaitan-syaitan yang sedia ada dalam darah pelajar-pelajar tersebut ‘menyuntik’ informasi yang sama..

Jadilah HISTERIA..Ramai-ramai ‘melihat’ dan ‘dirasuk’ hantu yang sama !!! Manusia yang kuat mindanya yang berada berhampiran tak mungkin mengalami histeria. Jadi histeria adalah bukti minda mereka adalah amat lemah !!

Dlam kajian pakar-pakar keimunan manusia, apibila seseorang itu ’stress’ dalam beberapa saat sahaja sistem imun badan akan menurun. Ini menyebabkan sel-sel darah putih dan sistem pertahanan luar kurang efektif..Manusia tadi mungkin akan mula mengalami pening, selsema, resdung, ketidak fungsian jantung, pankreas dan ginjal dan lain-lain lagi .Jadi betullah kajian perubatan mendapati bahawa kebanyakan penyakit-penyakit sekarang seperti jantung,ulser, gastrik, diabetes, kecederaan akibat stress berlebihan dan bahan-bahan pencemar atau kuman hanya menjangkiti/merosakkan sistem badan bila sistem imun telah menurun.

Perubatan moden (konvensional) melihat penyakit dari aspek fizikal manakala perubatan alternatif melihatnya dari aspek spiritual. Hal di atas menerangkan perbezaan kedua-dua jenis perubatan tersebut.

Kepercayaan atas apa yang ditafsir oleh otak adalah faktor paling penting dalam hal ini.

Jika anda tak percaya pun ‘imej-imej’ hantu yang wujud di depan mata seperti P.Ramlee buat dalam filem Pendekar Bujang Lapok, hantu-hantu itu akan sekelip mata lenyap. Saya sendiri telah mengalami beberapa peristwa yang seumpamanya.

Lihatlah bagaimana pengutip-pengutip sisa sampah ‘berharga’ di pusat pelupusan sampah didapati tiada menghidap kanser kerana mereka percaya bahawa sampah itu rezeki…Berbeza dengan kita.

Teringat kisah ketika saya berkawan rapat dengan pengamal-pengamal perubatan Islam Darul Syifa’ di bawah tunjuk jar Dr Haron Din. Saya tak mempelajarinya cuma ‘I wonder why’ apabila semua paku, wayar, rambut, miang buluh yang dimuntah oleh pesakit yang kena santau telah dikeluarkan dari badannya secara muntah, apabila beberapa bulan kemudian pesakit itu ‘merasakan semula’ kehadiran benda-benda tadi akan memuntahkannya.

Dari mana datangnya benda-benda ini. Saya percaya bahawa minda pesakit telah di’suntik’ ‘kepercayaan adanya santau dalam badannya’ oleh syaitan (yang diarah oleh pengamal santau). Apabila ‘image benda-benda’ tadi di jana semula dalam mindanya, tenaga insan akan ‘membina’ benda-benda tadi secara fizikal. iblis dan syaitan yang sudah hidup beribu-beribu tahun adalah ’saintis jahat’ yang amat tahu formula menghasilkannya sebagaiman virus tadi.

Hal yang sama berlaku dalam fenomena saka

Itulah sebabnya kebanyakan orang-orang yang kuat mindanya tidak ada ‘hantu’ yang mampu ‘muncul’ didepannya. Biasanya para saintis yang hebat-hebat dan golongan yang kuat kerohanian tidak ‘diganggu’ ole hantu..

Ingatlah..Hantu itu tiada..yang ada hanya syaitan/iblis/jin sahaja. Syaitan berjanji akan cuba 24 jam/7hari untuk menyesatkan manusia hingga kiamat menjelang.

Petua apabila ‘image projection’ ‘hantu’ itu muncul ialah jangan percaya kewujudannya, baca ayat-ayat Al-Quran dan ingat bahawa diri kita lebih ‘power’ darinya..

Saya teringat bagaimanana seorang pensyarah,  Prof Davidson pada tahun 1988 (yang kemudian jadi Presiden WWF Malaysia) yang membuat kajian tentang burung dan kelawar meminta beberapa orang kampung di Kelantan yang mahir tentang hutan agar membawa beliau jauh ke satu tempat dalam hutan di Kelantan.

Beliau meminta orang Melayu itu meninggalkan dia berseorangan dalam hutan dan datang kembali setelah 5 hari. Orang-orang kita pada pendapat saya tiada yang berani seperti beliau. Beliau tak berjumpa pun hantu atau jin selama berkhidmat di Malaysia

Ada seorang budak ni sangat bijak dan kuat minda yang bernama Nazirul cuba tinggal berseorangan atau tidur di tempat-tempat menakutkan pada waktu malam tapi tidak pernah nampak ‘hantu’..

Bangsa penjajah British adalah bangsa yang berani. Lihat bagaimana mereka adalah orang yang pertama sampai ke tempat-tempat tertinggi, jurang-jurang, hutan tebal tanpa peralatan moden lebih 100 tahun lalu. Harimau dan singa yang garang sanggup mereka hampiri dan berada bersebelahan untuk diambil fotonya !!

Saya banyak membaca dan melawat tinggalan residen-residen British di Malaya. Beratus-ratus singa, gajah, harimau yang besar-besar berjaya di tembak secara berhadapan.

Raffles yang pernah jadi Gabenor di Singapura adalah seorang saintis yang amat berani dan semasa pemerintahannya berjaya mengumpul puluhan ribu spesies tumbuhan hutan . Beliau melukis serta mengkalsifikasi yang akhirnya dimuatkan ke dalam buku Flora of Malesania yang menjadi rujukan utama ahli Biologi di Malaysia dan di seluruh dunia sampai hari ini.

Penjajah ini faham bahawa kelebihan manusia pada minda dan dengan minda mereka mampu menakluk negara-negara seluruh dunia yang minda mereka yang amat takut ‘hantu’ ini (Minda lemah).

Sehingga kini minda bangsa Barat ini amat kuat berbanding minda bangsa Asia terutama Melayu..Buktinya dalam sukan..

Ini adalah hasil kajian saya sahaja. Terpulang untuk anda ‘percaya’..wallahua’lam

Isu Penggunaan Nama ALLAH..

Posted by BroadFarm under Spritual



Saya rasa terpanggil juga nak membahaskan tentang isu panas dan hangat tentang penggunaan kalimah Allah bagi agama lain..

Kristian Arab dan juga musyrikin Mekah dahulu juga menyebut Allah sebagai Tuhan. Nas-nas al-Quran dan al-Sunnah tidak membantah hal tersebut. Sama halnya kristian di Mesir mereka juga menggunakan kalimah Allah sebagai tuhanNya. Begitu juga mereka memberi salam…sama seperti orang Islam..

KALIMAH ALLAH DI MESIR

Dalam agama lain,maksud ALLAH itu,tidak sama dengan apa yang dimaksudkan oleh umat Islam.Memang tidak dinafikan,di Mesir,kalimat ALLAH juga digunakan oleh penganut kristian ORTODOKS.

Ini dapat kita saksikan sendiri dalam siri ceramah-ceramah agama yang disiarkan oleh beberapa rancangan di parabola ,nile set di Mesir yang ke udara 24 jam, antaranya “AL MALAKOT,CTV dan AGHAPY”.

Namun, populasi masyarakat Islam yang merupakan majoriti sebanyak 90 peratus dari 80 juta itu dengan ditambah kekuatan program-program dakwah sama ada melalui media seperti television, bahkan majalah-majalah bulanan dan akhbar mingguan Islam yang bercambah justeru program-program yang membentuk dan menjaga akidah masyarakat Islam di Mesir tidak boleh dipandang rendah.

Elemen-eleman tersebut betul-betul telah dimanfaatkan semaksima mungkin berbanding di negara kita yang memerlukan usaha yang lebih giat dijalankan.

Namun dalam konteks Malaysia, perkara ini agak baru. Ia menimbulkan kegusaran terutama disebabkan berbagai persoalan yang timbul, antaranya apakah maksud yang terselindung di sebalik tuntutan ini?

Juga di pihak umat Islam sendiri, pendidikan akidah Islam tidak ditekankan secara yang sepatutnya. Kita lebih banyak menumpulkan soal fekah sehingga melupai pokok yang lebih penting iaitu akidah. Inilah sebabnya ramai orang melayu sekalipun bersolat, ada yang mudah terpengaruh dengan khurafat, bomoh, tahyul dan seumpamanya.

Jika kita jelas dalam persoalan akidah, tentu unsur-unsur seperti itu, pengaruh kristianisasi, unsur-unsur agama lain tidak dapat mengelirukan akidah dan pemikiran umat. Isu nama Allah ini sepatutnya menyedarkan kita keperluan menegaskan soal akidah dan batas-batas iman dan kufur.

Bahkan Injil berbahasa Arab akan menyebut Tuhan/ The God dengan sebutan Allah, kerana tidak ada sebutan lain lagi untuk gantinama/ dhomir untuk ZAT MUTLAQ/ Diri kesendirian Pencipta.

Andainya digantikan dengan AR RABB, maka ertinya tidak mencerminkan AZ ZAT/ Diri, kerana AR RABB membawa pengertian = Pentadbir

Orang2 yang lahirnya lidah Arab sepastinya akan menyebut AZ ZAT/ KEDIRIAN dengan bahasa ibunda mereka ALLAH (الله)

Perkataan Allah disadur dari bahasa Yahudi Elah, yang juga memberi maana ZAT/DIRI/NAFS PENCIPTA

الله = ا ل إ ل ا ه = ال إلاه = ال إلاه Al ilahun = The God dalam bahasa Inggerisnya dan Tuhan dalam bahasa Melayunya. ِ Allah, The God, Tuhan, Gusti adalah sebutan/ gantinama bagi Zat Mutlaq.

Jadi…Ada pun الله itu terbit dari huruf ( ال إلاه).

Dan ال itu adalah Alif Lam Alma’rifah. Pengertiannya ال kepastian/kata nama khas.
إلاه ertinya tuhan. Dan jadilah ungkapan إلاه nama khas/ proper noun bila ditambah ال المعريفة .

Dan bukanlah الله itu TUHAN , kerana ia hanyalah satu ungkapan bahasa/huruf yang membawa maksud YANG MAHA SEMPURNA ujudNya.

الله / ال إلاه / bermaksud KeTuhanan/KeKuasaan/’The God’ /Yang Maha Sempurna PengaturanNya.

Kekeliruan adalah percaturan bahasa ’seumpama’ Maha Bijaknya pencatur bahasa. Yang Pintar ‘mengatur buah catur bahasa’, Yang Maha mengerti apa yang dicaturkan bagi diriNya sendiri.

Untuk kepastian, bertanyalah kepada ahli bahasa ‘yang benar2 ahli’. Ahli BAYAN, MANTIK, BALAGHAH, NAHU, bukan ahli bahasa yang menceduk2 bahasa. Agar insan tidak tertipu.

Semestinya KeTuhanan itu dibiarkan sahaja tanpa ungkapan. Allah (Arab) Tuhan (Melayu) Pramatma (Sanskrik) Brahman (India) God (Inggeris) ….

Tiada satu spesis makhluk pun pernah melihat ‘TUHAN’: Dari manakah senikata nama ‘ALLAH‘ ini datang? Bilakah dan bagaimana ‘TUHAN’ memberi tahu manusia namaNYA ALLAH.

لن تراني * سورة الاعراف آية 143 * Engkau tidak akan dapat melihat Aku

* لا تدركه الابصار * سورة الانعام – لآية 103 Penglihatan tidak sampai (mencapai) kepadaNya – didunia.

Dan yang sahihnya Rasullulah s.a.w tidak melihat Allah pada malam mi’raj. Sila ruju’ Ihya’ Ulummiddin (naskhah Arab) m.s 287 bab, juzu’ 4 بيان السبب في زيادة في لذة الآخرة علي المعرفة الدنيا والصحيح أن رسول الله ص ع س ما رأى الله تعالى ليلة المعراج * حديث * Dan yang sahih sesungguhnya Rasullulah tidak melihat Zat Tuhan pada malam mi’raj/ perjalanan naik. ( maksud hadis sahih dari Aisyah r.a)

Pada satu lagi hadis sahih bekata Aisyah: إنها قالت من حدثك أن محمدا رأى ربّه فقد كذب ertinya berkata Aisyah ’siapa menceritakan, Muhammad melihat Tuhannya, maka ia berbohong.

Satu lagi hadis sahih, bertanya Aisyah kepada Rasullulah s.a.w: هل رأيت ربّك قال نوراني أراه ertinya ‘apakah engkau melihat ‘TuhanMU? Berkata Muhammad ‘NURANIKU MELIHATNYA’. Riwayat Muslim , hadis Abu Zarr.

Ok..Manakala catatan pada http://en.wikipedia.org/wiki/All%C4%81h

In other scripts and languages

* Allah in other languages with Arabic script is spelled in the same way. This includes Urdu, Persian/Dari, Uyghur among others.
* Chinese: 阿拉 Ālā, 安拉 Ānlā; 真主 Zhēnzhǔ (semantic translation)
* Greek: Αλλάχ Allách, Θεός Theós (God)
* Hebrew: אללה Allah
* Hindi: अल्लाह Allāh
* Japanese: アラー Arā, アッラー Arrā, アッラーフ Arrāfu
* Maltese: Alla
* Korean: 알라 Alla
* Russian, Ukrainian, Bulgarian: Алла́х Allakh
* Serbian, Belarusian, Macedonian: Alah, Алах
* Thai: อัลลอฮ์ Anláw

Comparative religion

Some scholars[who?] have suggested that Muhammad used the term Allah in addressing both pagan Arabs and Jews or Christians in order to establish a common ground for the understanding of the name for God, a claim Gerhard Böwering says is doubtful.[11] According to Böwering, in contrast with Pre-Islamic Arabian polytheism, God in Islam does not have associates and companions nor is there any kinship between God and jinn.[11] Pre-Islamic pagan Arabs believed in a blind, powerful, inexorable and insensible fate over which man had no control. This was replaced with the Islamic notion of a powerful but provident and merciful God.[30]

According to Francis Edwards Peters, “The Qur’an insists, Muslims believe, and historians affirm that Muhammad and his followers worship the same God as the Jews (29:46). The Quran’s Allah is the same Creator God who covenanted with Abraham”. Peters states that the Qur’an portrays Allah as both more powerful and more remote than Yahweh, and as a universal deity, unlike Yahweh who closely follows Israelites.[7]

Ok tuhan Hindu ramai, tuhan kristian 3 , tuhan islam satu…tp masing2 mempunyai sifat2 yg tak jauh beda..yakni kena tunduk pd dia, buat baik sajer belum cukup syarat utk masuk dia punya surga..

Ada sorang kawan pernah bertanya…kenapa pulak tuhan maha kuasa mesti satu ? kenapa tak 1/2 sajer barulah nampak lebih super maha berkuasa? Cuba cari jawapan tersebut..Nabi s.a.w sering mengatakan seperti..kebersihan separuh daripada iman..cintakan negara separuh daripada Iman..dan sebagainya..

Oleh itu,adanya fahaman angka 1/2 sebab adanya 1, kalau tiada 1 maka 1/2 takkan ada, ketika itu 1/2 pun 1 juga. tuhan yang original 1 sahaja, yang jadi banyak tu tuhan ciptaan manusia. Jadi 1 itu penting…adanya 1 maka ada 10 seratus dan seterusnya…

Kesimpulannya..Apa yang penting dalam Islam jangan ada fahaman triniti agar kita terselamat aqidah..Allah adalah Esa..tiada yang lain selainNya…

KONSEP TRINITI DALAM AGAMA

1. Brahman, Visnu, Siva (Hindu).
2. Oris , Iris dan Horus (Mesir Purba)
3. Ormuzd, Ahriman, Mitras (Zaorastian Parsi)).
4. Ultimate Reality (God), Intelligent (Akal), World Soul (Ruh)…(Neo-Platonisme).
5. Tuhan-Bapa, Tuhan Anak, Ruh AlQudus (Kristian).
6. AlLatta, AlUzza, AlManat (Al-Latif, AlAziz, AlManan). (Arab Jahiliyah)
7. Poseidon, Hades, Zeus(Yunani)
8. Allah, Malikat, Muhammad (Islam).

Sangat Jelas konsep ketuhanan ini, adalah evolusi yang kelihatan ada persamaannya kerana peniruan. Hanya berbeza/ diubah pada nama2 dan acara pengabdian/ ritual supaya tidak kelihatan bahawa ia menyerupai yang terdahulu daripadanya.

Last sekali manusia yang bodoh lagi jahil bertelagah dan bergaduh sesama sendiri akibat berebut2 tuhan..dengan berkata2 bahawa tanggapan aku terhadap tuhan akulah yg paling tepat…yg lain semua salah..maka berperanglah x berhenti2 mcm YAHUDI VS PALESTINE..


“Spinning Chevron Illusion”
Bagaimana ilusi di atas relevankah dengan persoalan otak atau akal?

Otak hanyalah kotak menyimpan segala program agar manusia dapat melakukan gerak dan tindakbalas. Semuanya dah set. Pandai2 lah diri masing2 nak up grade kan otak dengan memasang RAM yang lebih tinggi. Nak minum air zam2 ke, buah kismis ke, air tok pawang ke..atau buat pembedahan untuk sambung saraf2 optik atau fiber cabel.

Akal ni kiranya macam modem pun leh gak. Bergantung pada modem apa. Lagi canggih lagi bagus.

Ha..ha…kalau dah siap software dan hardwarenya, apa lagi, cuba try testlah. Berapa KHZ boleh
tangkap isyarat.Siaran kutub utara pun masuk dalam siaran.Haru biru jadinya.

Kalau kita bedah otak ni, apakah sebenarnya ada dalam daging yang seketul ni. Kemudian anda ceritakan apakah yang difikirkan oleh benda nih. Adakah anda lihat sesuatu dari apa yang difikirkan di dalamnya?


Kalau dibedah secara saintifik….akan tau lah tentang saraf2 dan sel2. Setakat ini ujikaji sains telah membuktikan pelbagai penemuan yang unik tentang otak. Otak boleh di upgradekan, boleh di baiki,boleh dirosakkan.

Walau apa pun ia ibarat sebuah memori proseser menerima data dan mengarahkan anggota dalam bentuk tindak balas.

Pastinya ada suatu lebih halus dari otak yg.tersimpan dalam peti otak hingga ia boleh mengatasi dan menguasai program yang dilakukan otak.

Bila manusia diberi suntikan dadah atau pelali, otak tak dapat apa2 maklumat dan tak dapat menganalisa apa2.

Tapi dalam masa itu satu fenomena pengetahuan berlaku dan sedar tentang
kejadian dan mengambil peranan otak.

Otak manusia sangat unik. Saintis masih belum dapat mengetahui ketetapan2 makenisma sel2 otak berkerja. Sistemnya adalah dicipta oleh penciptanya yang begitu tinggi kepakaran ilmunya. Bahan2 makenismanya yang sangat halus sehingga tak dapat ditiru.

Maka ciptaan otak yang tecanggih itu dipasangkan oleh sang pencipta kepada makhluk bernama manusia.

Dengan adanya otak,tubuh manusia dapat berkerja dan berfungsi dengan sifat sebagai manusia.Maka setiap otak yang dicipta,akan diprogramkan bersama sifat2nya mengikut makhluk yang diciptakan.

Sebagai fungsi utama otak ialah menerima kod2 yang dihasilkan oleh setiap saraf pengesan dan secara auto ia mengeluarkan kod2 arahan. Namun otak hanya melakukan kerja apa yang telah diisikan sebagai programkan tampa ia mengetahui soal baik buruk,betul atau salah.

Dengan otak sahaja suatu makhluk tak jadi sempurna hidupnya,kerana ia akan membuat kerja yang sama dan tak berkembang maju. Contohnya haiwan yang berotak.

Untuk keupayaan diri makhluk itu, penciptanya memasukkan sebuah cip yang tersimpan dengan rapi dan tak dapat dikesan tempatnya iaitu akal.

Akal untuk haiwan bermacam macam program.Akal untuk manusia lebih istimewa.Kerana ia mempunyai kelebihan mengadakan programnya sendiri dan mengaturnya mengikut ilmu yang diisikan.

Oleh itu manusia yang mula berakal akan mula mempelajari sesatu.Sesuatu yang dipelajari dari hasil pengalaman hidupnya sebagai manusia,sebagai haiwan,sebagai tumbuhan,sebagai jin dan pelbagai pengaruh persekitaran.

Maka otak mempunyai kebolehan menerima dan memberi,mengarah dan mengatur serta memahami hukum alam kejadian.Sehinggalah semakin matang ilmu yang diterokai akal itu, maka semakin berkuasa dan berdayalah ia melakukan pelbagai kerja.

Maka tak heranlah kelebihan dan kekurangan seseorang itu jika dikatakan akalnya adalah penyebab setiap apa yg.diamalkan.Jika ia tertarik kepada suatu pengaruh ilmu dan kebenarannya maka ia akan berpegang pada fakta tersebut sehinggalah terdapat satu ilmu yang mengatasi fakta dan pengaruh sedia ada.

Otak cuma cecair spongegy, berelemen: urat, darah, daging, air, tube2… layak kah berfikir?

Saya bertanya kepada anda sekali lagi ‘Apakah otak manusia mampu berfikir?’

Apakah yang ada dalam otak manusia yang sebegini rupa? Cuba bedah dan lihat.. tiada apa2 kan? !@#$%%$^^$$#

Adakah otak itu fitrahnya untuk berfikir? Apakah sebenar yang difikirkannya? Apakah yang ada dalam otak ini’? nescaya setiap persoalan telah terjawab, maka telah tamatlah pencarian yang anda yang mencari2. Carilah penciptaNya..cipnya ada disitukah !

Semoga kita dapat memahaminya. Selamat mencuba.

Sekarang si ibu 21 tahun lebih tua dari anaknya. 6 tahun kemudian, umur ibunya adalah 5 kali ganda umur anaknya. Jadi, di mana bapanya sekarang? (hint*= rujuk masa entri ini dibuat! )

Silakan berfikir dan menjawab secara ilmiah/matematik, sila buktikan bahawa anda punya kemampuan untuk
berfikir secara wajar…

Tetapi…… .
Jikalau kamu malas, terlalu sibuk, terlalu…dll yang membuat kamu tidak mahu menghitung atau tidak percaya
bahawa hal ini bukan JOKE semata….Cuba lihat jawapan di bawah..

Sekarang Ibunya ( I ) 21 tahun lebih tua dari Anaknya ( A )

I = A + 21

6 tahun kemudian, umur ibunya jadi 5 kali ganda umur anak

I + 6 = (A + 6) x 5
dimana I = A + 21

A + 21 + 6 = (A + 6) x 5
A + 27 = 5A + 30
27 – 30 = 5A – A
-3 = 4A

oleh itu A = -3/4 tahun

Bererti umur anaknya sekarang
* 3/4 tahun = – 3/4 x 12 bulan = – 9 bulan.

Ini bererti anaknya sekarang belum dilahirkan (akan lahir dlm kira-kira 9 bulan kemudian)

Kesimpulannya, sekarang Bapanya berada di …

atas ibunya atau di bawah atau di sebelah (mengikut
posisi kesukaan masing-masing) . Si anak baru hendak
dihasilkan …ha… ha… ha..

Subscribe to Jurnal Uyun Hayah Komuniti Alkiram.Net